Skip to main content





Quantcast

Senjata Ampuh Juak-Juak Dajjal
Teknologi adalah tanda kemajuan yang dicapai mengikut peredaran zaman. Namun begitu, setiap teknologi dan ciptaan mempunyai pro dan kontranya. Dalam hal ini, kita akan membicarakan tentang kesan sampingan dan kaedah mengawal dari kita terus dibuai oleh CIPTAAN MUSLIHAT DAJJAL yang sentiasa memberikan kita ruang untuk menjadi lalai dan alpa terhadap tanggungjawab kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini.
Kesan Sampingan Facebook
  1. Membazir waktuPengguna Facebook enggan berenggang dari komputer, laptop, handphone, dan gadget yang mampu mengakses Facebook. Banyak waktu terbuang di depan komputer. Jika terasa kehidupan yang sementara ini tidak lengkap tanpa facebook, aturlah waktu.
  2. Keretakan dan keruntuhan rumah tanggaAda kes seorang isteri dibunuh kerana si isteri menukar statusnya menjadi single. Si suami yang marah tanpa berfikir panjang telah menamatkan riwayat isterinya.
  3. Foto yang diletakkan dalam Facebook boleh dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawabLetaklah foto di Facebook dengan bijak, karena bukan anda dan teman anda sahaja yang boleh melihat. Seluruh dunia boleh melihatnya, kecuali anda men-setting foto anda menjadi private, dan hanya orang-orang tertentu yang mampu melihat foto anda.
  4. Manipulasi maklumat peribadi – Semua maklumat yang diletakkan dalam Facebook, ia akan dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak bertanggunjawab.
  5. Gangguan orang yang tidak dikenali.
Tips Dan Panduan Dalam Menggunakan Facebook
  1. Jangan gunakan password yang lemah.
  2. Jangan berikan tarikh lahir yang tepat dalam Profile
  3. Jangan pandang remeh kebaikan yang ada dalam Privacy Controls.
  4. Jangan masukkan nama-nama penuh anak anda (mahupun nama penuh kawan-kawan anda) dalam Photo Caption.
  5. Jangan beritahu semua orang “You ll Be Away From Home”.
  6. Jangan biarkan search engines mencari anda.
  7. Jangan biarkan anak anda menggunakan Facebook tanpa dikawal atau dipantau.
Walaupun kesemua perkara ini nampak remeh, banyak kes berlaku bermula dengan Facebook. Bijaksanalah dalam penggunaan Facebook.
Sedar Bahaya Maklumat Peribadi Terdedah, Kian Ramai Tutup Akaun Facebook Penutupan akaun laman jaringan sosial Facebook yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini seolah-olah menjadi petanda kepada permulaan zaman lesu laman web tersebut. Pakar psikologi Internet, Graham Jones memberitahu pengguna Facebook mula berasa bosan setelah satu tempoh masa menggunakan Facebook.

 http://apanamadotcom.wordpress.com/2011/06/16/sedar-bahaya-maklumat-peribadi-terdedah-kian-ramai-tutup-akaun-facebook-via-rencah-alam/

Comments

Popular posts from this blog