Shifting_Paradigms #17 : Tatkala Lidah itu Mula Bermadah
Posted by Muhd. Hazim Bin Dahuli
.::
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.
Pencipta hakiki yang Maha Teliti, lagi Maha Bijaksana..
Ketelitian dan kekompleksan ciptaanNya menjadi ibrah dan petanda kekuasaanNya..hatta seekor lalat sahaja sudah cukup untuk membuatkan para manusia terpegun dengan kebijaksanaan Allah SWT dalam menguruskan penciptaanNya..ditambah lagi dengan kekurangan diri kita yang tidak mungkin akan tersampai akal untuk memikirkan bagaimana agaknya hendak mencipta sesuatu yang sama seperti ciptaan2Nya itu..
'
Wahai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan
itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah
sekali-kali
tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu
menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah yang
dapat mereka merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan
amat lemah (pulalah) yang disembah (al-Hajj
:73)
Begitulah hakikatnya lalat ciptaan Allah yang meskipun jijik di mata kita, tetapi petanda2 dan kesenian Allah dalam penciptaanNya itu sememangnya tiada tandingan..
Cuma yang sedihnya, diri kita lah yang seringkali lari
daripada pengajaran dan petanda-petanda tersebut =( ..melihat lalat tidak lebih
daripada sekadar serangga jijik yang mendatangi sampah dan
najis..
Salam Ukhuwah rakan2 semua ^_^
Post untuk kali ini bukanlah ingin menyelongkar rahsia
dan keunikan lalat..tetapi sesuatu yang lebih utama daripada itu..yakni
membongkar hakikat ciptaan Allah yang wujud dalam badan kita..organ yang menjadi
asas utama dalam badan seorang manusia..tergolong dalam 'kaum2 muscle yang
terkuat' , sekuat ibrah dan hikmah penciptaannya...meskipun organ tersebut tidak
disokong oleh mana2 tulang seperti otot2 lain, tetapi signifikan kewujudannya
menjadi sesuatu yang bermakna buat kita semua..itulah hakikatnya 'Lidah'
kita..
Bersyukurlah kerana masih mampu bertutur-kata dengan
lidah yang 'lembut' itu..kerana boleh jadi pada saat ini, ada hamba Allah yang
telah pun ditarik nikmat tersebut drp dirinya..
~~Manis bicara indah tutur
kata
tak seindah rupa
pengertiannya
lembutnya lidah mengata
nista
lidah yang tiada
bertulang
mengadu domba
serta memfitnah sesama
saudara~~
Demikianlah beberapa rangkap lirik lagu 'bicara kata' , nyanyian In Team .. lagu yang penuh dengan nasihat dan pedoman buat kita semua =)
Realitinya... ;
Kerana 'Lidah' itu , Islam menguasai hampir 2/3 dunia
suatu masa dahulu ..
Kerana 'Lidah' itu, Sumayyah, Abu Bakar, dan Siti
Khadijah mengakui kebenaran Islam..
Dan kerana 'Lidah' itu jugalah, berlakunya perang saudara
yang pertama dalam sejarah Islam..rentetan fitnah yang tersebar luas tanpa
sebarang usul periksa =( ..
Betapa veto-nya lidah kita ini, sehinggakan satu
perkataan sahaja sudah cukup untuk mengubah paradigma..satu ayat sahaja sudah
cukup untuk mengubah diri..dan satu ucapan sahaja pun sebenarnya sudah cukup
untuk mengubah dunia ini..
Tidak hairanlah Imam Al-Ghazali pernah menyifatkan lidah
sebagai benda yang paling tajam di dunia ini..lebih tajam daripada mata pedang
yang tusukannya hanya mampu mencederakan seorang lawan di medan perang..tetapi
'tusukan' lidah pula boleh melukakan lebih daripada sejuta insan..malah lebih
'fatal' daripada tusukan2 pedang..
Sahl Bin Sa'ad R.A pernah
bertanya kepada Rasulullah SAW, 'Wahai Rasulullah, apakah jalan keselamatan ?
Nabi menjawab, 'Tahanlah lidahmu,
perluaslah rumahmu dan tangisilah kesalahanmu.' (Hadis Riwayat
Tirmidzi)
Kadangkala, dalam keadaan sedar ataupun tidak, lidah kita
begitu lembut dalam menyebarkan fitnah, mengumpat serta membuka aib saudara2
kita..tanpa memikirkan kesan perlakuan tersebut terhadap diri mereka..kita
terlalu 'excited' mendapat tahu keburukan saudara kita, sehingga satu dunia
ingin diberitahu perihal keburukan tersebut..ingin mencari perhatian dan
sebagainya...sehinggalah hubungan persahabatan yang dahulunya indah lg rapat itu
terputus begitu sahaja dek lidah yang tidak dijaga 'kelembutannya'
...
Oh..begitu 'cantik' akhlak kita, sehinggalah orang-orang
lain juga turut sama membawa berita yang sama kepada rakan2 mereka..maka,
wujudlah satu 'chain-reaction' yang pada asasnya bermula daripada seorang
sahaja..rasa2nya berapa byk dosa dah
kita kutip daripada tersilap bicara sahaja =(
?
Apabila yang kita ucapkan hanyalah dusta dan nista
semata-mata, maka bagaimanakah agaknya lidah kita ingin lembut mengucapkan nama2
Allah, berzikir mengingati kebesaranNya =( ? Allahu A'lam.. sesungguhnya semua
ini khusus untuk diri ini juga yang kadangkala tidak sedar sering memperkatakan
sesuatu yang tidak bermanfaat kepada orang lain =( ..
Rakan2 pembaca semua,
Allah berfirman dalam Surah Al-Fussilat
;
'Siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan
berkata ; 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri ?
(41:33)
Tidak ada perkataan yang lebih baik, tidak ada pengucapan
yang lebih sempurna, dan tidak ada ajakan yang lebih vital daripada seruan
kembali kepada jalan Allah SWT..
'
Oh..semua orang tahu benda nie..tak payah cakap pun takpa..semua orang tahu kita
kena jaga lidah masing2 '
'Lidah..alaa biasalah..bak kata peribahasa melayu..terlajak perahu boleh
diundur..terlajak kata buruk padahnya..betul tak betul tak ?
'
Begitu mudah diri kita
mengambil mudah perkara yang dianggap mudah..apabila hakikatnya perkara 'mudah'
itulah yang memudahkan kita masuk ke dalam 'kemudahan' dosa =(
..
Memang benar, sejak dari kecil sehinggalah dewasa kita
diajar untuk menjaga lidah dan ucapan kita..tetapi melihat senario dan keadaan
kita pada hari ini..agak2nya kita ambil tak pengajaran daripada nasihat2 yang
kita terima sejak berbelas-belas dan berpuluh-puluh tahun dahulu tue
?
Apabila masih ramai lagi insan di luar sana yang pernah
terluka dengan kata2 kita..
Apabila bohong2 yang kita pernah buat masih dianggap
benar oleh beberapa orang rakan kita..
Dan apabila ejekan2, gelaran2 yang kita anggap 'lawak'
itu kelak menjadi penyebab timbangan dosa kita menjadi berat di akhirat
kelak...
Adakah kita masih ingin mengaku kita telah menjaga lidah
kita dengan baik ? Atau adakah kita masih yakin betapa lidah kita ini kelak akan
memberikan kesaksian terhadap perkara2 yang baik sahaja di hadapan Allah SWT
kelak ? Sedangkan sekecil-kecil zarah pun Allah SWT hisab daripada semua
hambaNya..termasuklah panggilan2 buruk,ejekan,dusta, dan tipu daya yang pernah
kita lemparkan itu =( ..
Bukan itu sahaja, malah terdapat juga daripada kalangan
kita yang menyangka sedang menegakkan kebenaran dan kesucian Islam..tetapi
batasan2 lidah tidak dijaga dengan betul..sebagai contoh, buka sahaja video2
YouTube yang memaparkan tentang islam dan kebenaran islam..kemudian baca komen2
di bawah video tersebut..lihat bagaimana orang2 Islam sendiri membalas komen2
yang dikemukan oleh orang2 bukan Islam yang cuba mempertikaikan kebenaran video
tersebut..
A:
- ' This is lame..what is this video ? islam ? '
B:
- ' Hey you ***** .. dont insult islam..islam is the best religion ever ! u will
be sent to hell..remember that u ***** ' ...
Wow..begitu 'teguh' iman kita menegakkan islam..sehingga
kata-kata dan ucapan tidak dijaga dengan betul..mudah sahaja kita berkata islam
itu best religion ever..sedangkan diri kita sendiri alpa dan leka dalam
mengerjakannya..agak2nya si A tadi terkesan tak nak kaji kebenaran dan
kesucian ajaran islam selepas membaca komen si B ? Diri ini sendiri
sangsi..
Memanglah pada hakikatnya hati kita terasa sakit
mendengar dan membaca komen2 'panas' yang diutarakan oleh mereka semua..tetapi
adakah kita juga sama seperti mereka ? Turut melontarkan celahan dan
makian..malah menjanjikan 'Hell' kepada mereka..
Kita menyangka kita sedang
mempertahankan kesucian dan kebenaran Islam..sedangkan kita sendiri sedang
membawa fitnah yang agak besar kepada ad-Deen ini..fitnah yang membuatkan orang
bukan islam lebih yakin betapa 'desas-desus islam' yang mereka tonton di TV dan
internet itu benar..
Kita berkelakuan seolah-olah hanya kita sahaja yang
berhak memiliki islam..diri kita sahaja yang berhak mendapat syurga..tidak ingin
orang lain mendapat perkara yang sama..sedangkan islam ini pada hakikatnya milik
Allah SWT..dan setiap daripada hambaNya berhak mendapat kebenaran
tersebut..tetapi nampaknya kitalah juga yang membawa mereka jauh daripada
kebenaran yang suci lagi indah itu =( ..
'Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya TuhanMu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat
dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk. ' (An-Nahl : 125)
'
Rasulullah SAW sendiri, meskipun mendapat cacian dan
makian yang diri ini yakin, sekiranya terkena kepada diri kita..entah berapa
kali kita melatah dan memaki orang tersebut..tetapi bukan Rasulullah
SAW...Walaupun Abu Jahal dan musuh2 lain mencuba pelbagai cara untuk menjatuhkan
baginda..tetapi baginda tidak pernah membalas segala2nya itu dengan celahan,
makian mahupun dendam..malah, setiap hari baginda akan mengajak Abu Jahal utk
kembali kepada Allah SWT dengan penuh kesabaran dan berhikmah...berbeza dengan
diri kita, yang kadangkala mengajak orang lain kepada islam dengan memperli dan
sebagainya..
Oleh sebab itulah diri ini agak sedih apabila membaca
kenyataan beberapa orang da'ie yang agak mudah melemparkan fitnah dan perlian
kepada orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka..malah lebih teruk lagi
apabila ada yang sehingga tahap mengkafirkan orang lain =( .. Taktik dakwah
manakah yang kita ikuti ini ? Ajaran siapakah yang kita patuhi ini wahai da'ie
sekalian =( ?
Ya Allah..sesungguhnya insan2
itu juga hamba Allah SWT..manusia biasa yang mempunyai perasaan dan hak untuk
mendapat layanan yang baik..teguran yang baik..bukannya 'punching-bags' yang
boleh diperlakukan sesuka hati menurut kehendak kita...kita sedarilah betapa
niat dan matlamat itu tidak sama sekali akan menghalalkan
cara..
Janganlah kita begitu mudah memandang rendah terhadap
orang lain..kerana boleh jadi pada pengakhiran hidupnya, dia beramal dengan
amalan ahli-ahli syurga...kita pula bagaimana ?? Yakinkah diri kita ini kelak
akan mampu melihat keindahan syurga itu ? Kalau tidak pun sekurang2nya mencium
baunya ? Allahu A'lam ..
Sedarlah kita betapa insan2 yang masih belum mendapat
hidayah Allah itu melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam keadaan
mereka jahil terhadap perkara tersebut..tetapi kita pula, mudah sahaja
mengerjakan maksiat, sedangkan diri kita berada dalam keadaan tahu dan sedar
akan dosa perlakuan tersebut..maka, agak2nya siapakah yang akan mendapat
kemungkaran yang lebih besar di sisi Allah SWT =( ?
Rakan2 pembaca semua...
Insya Allah, marilah kita kembali kepada ajaran Islam
kaffah (keseluruhan) .. kajilah setiap ayat2 al-quran yang diturunkan khas buat
kita itu..bukannya menjadikannya perhiasan2 rumah, dilekatkan di dinding2 dan
sebagainya... kitab itu bukannya buku2 novel, majalah atau cerita2 dongeng yang
kita beli di kedai2 buku..itu Al-Quran..kitab terbaik yang diturunkan kepada
manusia yang terbaik..mengandungi firman yang Maha Terbaik..buat pedoman kita
semua..
Insya Allah..mari pakat ramai2
...
"
Shift Our Paradigm !! "
Comments
Post a Comment