- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, July 3, 2012







Sistem Wang Kertas Ideologi Zionis (Pengenalan)

Posted by Nazri Salleh 
Asalnya wang kertas hanyalah resit simpanan syiling emas.


Syiling emas 10 dollar : 1834

Proses pertama: Sijil dikeluarkan sebagai bukti kamu menyimpan syiling emas

Proses kedua : Tiada lagi tertulis simpanan syiling emas pada kertas.


Proses ketiga : Mereka ( Federal Reserve ) menyimpan semua emas.


Proses keempat : Kita hanya mendapat kertas !


Dengan wang ini mereka berbelanja, membiayai peperangan di Iraq, Afghanistan, membantu Israel. Wang ini sebenarnya tidak ada nilai ( no intrinsic value ) tetapi kerana manusia percaya, ia menjadi bernilai. Kenapa ? Kerana kejahilan umat Islam sendiri mengenal matawang mereka.

Bank mewujudkan wang melalui rizab berkanun dan meminjamkannya kepada pelanggan dengan interest. Pelanggan membeli tanah, rumah ,mesin dll. Aset berpindah tangan tetapi jumlah wang yang ada dalam ekonomi bertambah. Perpindahan harta berlaku melalui inflasi.

Implikasinya :
Barangan semakin naik.
Kawalan harga keatas barangan tertentu.
Harga bagi aset – aset semakin naik kerana menyerap jumlah wang yang bertambah.
Muflis atau bankrup

Kita patut dengar apa yang diucapkan oleh Tun Dr. Mahathir tentang kejatuhan sistem ekonomi barat.

Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

Sebagai contoh, Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

Saya akan kupaskan dengan lebih lagi pada artikel seterusnya bagaimana sistem ini boleh diterima oleh masyarakat dunia satu ketika dulu yang sebenarnya perosak sistem masyarakat yang makmur. Yahudi Zionis sangat pintar!!

Rujukan:dirham2dinar.com

No comments:

Post a Comment