TAK NAK KAH KITA KELEBIHANNYA SEPERTI YANG DIJANJIKAN

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh (27) darjat iaitu ganjaran.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sembahyang berjemaah menyamai 25 sembahyang, maka apabila seseorang itu bersembahyang di tanah lapang yang luas, lalu dia menyempurnakan rukuknya dan sujudnya, nescaya ia dapat menyamai sampai 50 sembahyang.
(Riwayat Abu Daud dari Abu Sa’id al-Khudri)
Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak".
(Riwayat Bukhari Muslim)

Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam.
(Riwayat Muslim)
Dapatlah dirumuskan di sini, solat berjemaah itu bukan satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut hingga ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Alhamdulillah

Banyak sebenarnya hadis-hadis Rasulullah yang ditekankan dalam mengerjakan solat berjemaah kalau kita perhatikan betul2 . Tentu sekali banyak fadilat dan ganjarannya kerana Baginda Rasulullah kerap kali memperkatakan tentangnya dan menekankannya.

Namun tuntutan kerja hari ini di dunia menyebabkan kita tidak dapat mengerjakan solat berjemaah sepenuhnya.

Sebelum membuka cerita, terlebih dahulu ku mohon keampunan dari Allah S.W.T kerana niat ku bercerita hanya untuk peringatan kepada diri ku dan tidak terniat untuk riak atau sebaliknya .

Seboleh2 aku akan pergi menunaikan solat berjemaah di masjid seperti yang disarankan oleh islam kepada orang lelaki. Namun kekadang akibat tuntutan kerja dan faktor2 yang tak dapat dielakkan, aku kekadang terlepas waktu berjemaah bersama2.


http://rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com/search/label/FOTOGRAFI%20DAN%20TAZKIRAH

Comments

Popular posts from this blog