A tribute to TSAB



Seawal saya memasuki perkidmatan awam dan ditempatkan di kementerian yang gah ini…

Baru berusia tak sampai sebulan, saya diberi peluang menjadi setiausaha mesyuarat tertinggi di kementerian ini. Ketika itu, saya belum pun pandai berjalan dengan betul…

Saya mengenali nama-nama besar dalam kementerian. Duduk disebelah ketua setiausaha kementerian. Kali pertama saya hadir ke mesyuarat ini, saya hanya pemerhati. Melihat bagaimana berlangsungnya mesyuarat terpenting kementerian ini, sebelum saya mengambilalih tugas keurusetiaan mesyuarat tersebut. Itu kali pertama saya melihat beliau dari jarak dekat. Kemudian itu, lebih dekat lagi (sebab duduk kat sebelah). Hanya tuhan yang tahu betapa besar dan bangganya hati saya dapat duduk di sebelah seseorang yang cukup gah dalam perkhidmatan kerajaan ini...

Kali pertama saya mendengar cara cakapnya bersahaja dengan loghat kedah bercampur KL… saya sudah mula terasa aura kepimpinannya. Saya kagum dengan semua ilmu-ilmu ketenteraan yang dimiliki. Sebut sahaja apa sahaja… semuanya ada dalam kepala. Teknikal atau tidak semuanya dikuasai olehnya… saya kagum melihat dia menyelesaikan masalah-masalah antara 3 perkhidmatan ATM dan kakitangan awam di kementerian ini. Dia seolah pemudahcara efektif diantara 3 perkhidmatan dan awam. (dah jadi 4 perkhidmatan). Ilmu diplomatic yang dikuasainya bagi saya cukup tinggi. Ketika itu beliau membuat saya kagum seolah-olah:

 ‘tidak ada apa yang tidak diketahui oleh beliau dikementerian ini”

Sepanjang menguruskan mesyuarat beliau, dia yang saya kenali cukup jitu dengan keputusan yang dibuat, berani, dan kadangkala tidak terjangka. Dia seorang ketua yang cukup mudah untuk saya berinteraksi, tidak mengambil berat hal remeh temeh dan sentiasa cuba memudahkan keadaan. Kata-katanya serius dan penuh makna dalam keadaan riak mukanya yang bersahaja memang menarik perhatian saya. Seringkali mensyuarat menjadi gamat dengan seloroh yang keluar dari lidahnya. Saya tidak pernah bosan…. Walau kadangkala berlanjutan sehingga 7 jam lamanya… adakalanya saya berfikiran keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang cukup besar… kerana itu saya panjangkan kekaguman saya dengan keberanian yang dimiliki olehnya.

Cukup senang kaki saya melangkah ke semua mesyuarat yang dipengerusikan olehnya… memandangkan ketika itu cawangan saya tidak ada 'boss', maka semua mesyuarat kementerian berkisarkan kewangan/pembangunan/perolehan yang dipengerusikan olehnya akan saya hadir sebagai wakil organisasi. Benar…. Saya memang tidak pernah bosan menghadiri mesyuaratnya… setiapkali hadir melihat beliau bersuara seolah satu motivasi bagi saya. Memandangkan saya sangat ‘muda’ dalam perkhidmatan dan biasanya saya adalah ahli yang termuda di dalam mesyuarat tersebut, teguran beliau kepada saya didalam mesyuarat sangat berhemah dan tidak pernah sedikitpun melemahkan semangat saya.

Dia boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa menyangka dia adalah seseorang dikalangan yang terbilang. Walau saya hanya secebis kecil dalam perkhidmatan awam yang tidak pernah beliau akan ingat, kekaguman saya terhadapnya berpanjangan sehingga kini. Masuk sahaja dalam perkhidmatan ini beliau telah berjaya memberikan saya satu inspirasi ‘bekerja’, ‘berkomunikasi’ dan ‘berdiplomasi’ yang cukup kuat.

Memandangkan beliau adalah antara PTD “dihadapan mata saya… “
beliau sememangnya menjadi inpirasi yang sangat kuat kepada saya.
Contoh yang dipamerkan oleh beliau kepada saya cukup positif dalam jiwa saya.
Sehingga kini pun belum ada yang menggantikan tempatnya dalam hati dan minda saya…

Ketiadaannya dalam perkhidmatan kerajaan
Bagi saya satu kehilangan permata yang sinarannya sebenarnya mampu pergi lebih jauh…
Walau hati saya direntap dalam kehilangannya dalam perkhidmatan
Seolah saya rasa hilang salah satu lampu (cahaya) dalam hidup saya
Walau saya bukan sesiapa
saya tetap sedih
sayu…
bakat besar sepertinya diketepikan...

Namun saya percaya
Beliau akan tetap seorangnya yang tabah dan gagah
sepertimana sebelumnya…
seperti mana sediakala
Dan beliau tetap menjadi inspirasi saya
Dalam mengharungan perkhidmatan saya yang masih terlalu jauh untuk saya lihat

 Tan Sri Abu Bakar bin Hj Abdullah
Semoga tuhan sentiasa merahmati hidupnya
Keluarganya…

Doa saya untuk seorang seorang pemimpin dalam hati saya

http://indahnyacahaya.blogspot.com

kalam akhir seorang KPPA:

Comments

Popular posts from this blog