Abby Abadi Nafi Bernikah Dengan Adun PAS
By Jalan Pulang KL POST
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim
menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi yang bulan lalu
menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.
Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan
menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu
fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.
Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.
“Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh
timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh
politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika
dihubungi hari ini.
Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah
Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru
sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah
pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.
“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini
terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah
satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah
ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.
“Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab
menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena
Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir
untuk mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi
membersihkan nama saya,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini.
Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium
laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang
hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan
semoga jodohnya cepat sampai.
Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, “hai
abby… betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran”
dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah
semata-mata.
Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat ‘jodoh’
hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam
garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.
VIDEO-VIDEO MENGENAI ABBY SELEPAS BERHIJRAH
NASIHAT ABBY KPD REMAJA MALAYSIA
http://kualalumpurpost.net
VIDEO-VIDEO MENGENAI ABBY SELEPAS BERHIJRAH
1
KOMEN USTAZ KAZIM
MALAM KEINSAFAN BERSAMA ABBY
1
2
http://kualalumpurpost.net
Comments
Post a Comment