BAHAYANYA MENYEBARKAN FITNAH DAN MENGUMPAT



 Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh

Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah
Penyebaran fitnah sekarang sangat mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web ,Facebook twitter dan emel membolehkan penyebaran maklumat dengan sangat pantas tanpa memerlukan pertemuan secara berdepan akhirnya dengan mudah kita melakukan Fitnah tanpa memperdulikan bahayanya ,sebab hanya menganggap biasa sahaja

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud :
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Saudara dan saudariku yang kukasihi KarenaNya
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah tanpa dia sedari dan tanpa mempunyai sebarang kepentingan berkaitan dengannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan,maka banyak yang turut menyertainya sebab merasa mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa yang besar bahkan lebih besar dari pembunuhan sepermana di jelaskan Allah dalam FirmanNya bermaksud "fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan.(Q surah al-Baqarah 191)
 
Dan dosa ini adalah kepada sesama manusia,Justeru,dosa itu tidak akan diampunkan oleh Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan diri

Walhal perbuatan menyebaran fitnah ini umpama api yang membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti atas perbuatannya itu

Saudaraku sekalian hakikat, dosa membuat fitnah adalah menjauhkan diri pelakunya dari syurga. Sabda Rasulullah SHallallahu Alahi Wasallam bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Saudara dan saudariku sayangilah diri anda
Begitulah serba sedikit penjelasan tentang bahayanya menyebarkan fitnah lalu ada yang berkata bagaimana kalau apa yang aku sebarkan itu betul , maka jika demikian maka kita telah mengumpatnya yakni seperti memakan daging saudara sendiri yang sudah membusuk tentu sangat jijik bukan...?
 
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan dengan penyebaran itu.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud
“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.”
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Saudaraku sekalian mengumpat itu adalah Riba yang paling besar sebab memakan daging yang busuk ,sedangkan hukum riba yang paling rendah dan kecil adalah dosanya seperti 36 kali berzina
dengan ibu atau ayah kandung sendiri sebab itulah perkara ini sangat dilarang Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Dan janganlah kamu menjadi mata-mata terhadap orang lain, janganlah kamu suka mendengarkan berita/kabar kelakuan orang lain, janganlah kamu berlomba(dlm keburukan),saling berdengki2an, saling mmbenci & saling memalingkan muka.Dan jadikanlah kamu SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG BERSAUDARA"(HR Bukhari-Muslim)

SELAMAT BERAMAL SEMOGALAH KITA SEMUA DIJAUHKAN DARI DUA PERKARA INI YANG TERAMAT BAHAYA AKIBATNYA
 

Comments

Popular posts from this blog