BERNAS | Hari Raya 2012 & REAKSI PADA 10 OGOS 2012



BERNAS buat pertama kalinya menyiarkan iklan televisyen Hari Raya Aidil Fitri 2012 bertajuk “The Journey” bermula pada 9 hingga 24 Ogos 2012.

Konsep iklan yang menyentuh perasaan dan emosi  ini memaparkan nilai persahabatan tanpa mengira  perbezaan dan kekurangan seseorang insan, perkongsian kekuatan dan kemampuan masing-masing dalam mencapai apa sahaja yang dicita-citakan.


Iklan ini mengisahkan perjalanan dua anak yatim kurang upaya, Ahmad dan Fizi untuk pulang ke kampung semasa Hari Raya. Dalam perjalanan, mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun mereka mampu mengatasinya sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju. 

 

Iklan ini menceritakan bagaimana sesuatu kejayaan dapat dicapai berkat ketabahan dan sikap yang bersungguh-sungguh.

Keseluruhannya, iklan ini memaparkan nilai-nilai murni yang merangkumi kasih sayang, perkongsian, kecekalan, tanggungjawab, ikatan persahabatan dan ketaatan kepada ibubapa.


“Setulus Kasih, Hikmah yang Abadi” yang terungkap di penghujung iklan ini merumuskan keseluruhan maksud yang ingin disampaikan kepada penonton.


Untuk makluman, iklan versi 3 minit telahpun mula disiarkan di Buletin Utama TV3  dan Berita Mandarin NTV7 pada 9 Ogos 2012, diikuti pada  18 dan 19 Ogos 2012.


Iklan versi 3 minit ini juga akan turut disiarkan pada 10 Ogos 2012 semasa Program Jejak Rasul dan Mega Movie di TV3. Pada 18 Ogos 2012 pula, ianya akan turut disiarkan semasa program Sampaikan Raya 2012 juga di TV3.

Walau bagaimanapun, iklan-iklan seterusnya hanya akan disiarkan dalam versi 2 minit sahaja.


Tetapi, sebelum anda menonton drama ini, anda adalah dinasihatkan untuk menyediakan kertas tisu atau sapu tangan terlebih dahulu.


Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way.



Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.

KOMEN MEREKA YANG TELAH MENONTON DRAMA INI. ANDA BAGAIMANA?

Selepas 2 hari video ini ditayangkan di Youtube ianya telah hits sebanyak 77,754 bagi versi sari kata bahasa inggeris dan lebih 52,000 hits versi Bahasa Malaysia.

Dibawah ini adalah sebahagian drp 837 komen penonton yg rata sedih....yg likes adalah seramai 3,270 dan dislikes pula 40.

Ahmad jadi "mata" untuk Fizi, manakala Fizi pulak jadi 'mulut' untuk Ahmad... ini baru namanya sahabat sejati. mungkin mereka tidak sempurna, tetapi mereka lah orang yang beruntung di akhirat sana ! :')
  • Memg sedih .. :(
  • aku sedih baca korang punya komen.....
  • cerita ni penuh makna, ALLAH sedang menguji kamu.. Alhamdulillah adik2 ni tetap bersabar dlm menepuh perjlanan mereka...semoga ALLAH melindungi kamu sekalian...
  • yang sempurna takda tiket melalak menjerit.. yang kurang sempurna, ikhtiar tanpa mengeluh.. :)
  • perghhhhh ... memang syahdu gilerr .. baru dengar dia bercakap, dah melimpah-limpah airmata ni.. Adik ni balik segamat, kalau real, aku dah carik, aku pun balik segamat gak ... :'(
  • YA ALLAH.. TERIMA KASIH SEBAB SAYA MASIH ADA IBU DAN BAPA YANG MENYAYANGI SAYA :'(
  • so touching T_T
  • Terharu (':
  • "kami anak yatim. kami nak tumpang balik kampung
  • Selama aku lepak kat dunia ni,aku tengok langit biru luas memayungi makhluk di bumi,laut pulak sejauh mata memandang membiru di depan mata.Fesbuk yang digemari manusia seluruh dunia juga bewarna biru.
    Adakah alam ini memberi mesej kepada rakyat untuk memilih kerajaan berwarna biru untuk menikmati kehidupan aman tenteram?
    Udah-udah la der.Orang datang sini nak layan vklip.Bukan berpolitik.Stop kejap ye.Nak raya dah ni.Pilihanraya,kita sembang lain nanti.
    Selamat beramadhan.
  • Terima kasih untuk iklan ni :'( -ayah..selamat hri raya..lau pon ayah dah xde...
  • ya allah.....
  • NAK MENANGIS AKU NENOK CITENYE...
    SEDIH-2
  • aq pernah tinggal rumah rumah anak yatim dan aq faham perasaan kanak2 ini.
  • stat waktu berbuka lagi air mata nie dah melimpah ruah kuar....
  • touching my heart.. :'(
  • Seganas2 aku pun menangis tengok klip ini... Alhamdulillah, bersyukurlah kepada yang masih punya orang tua dan sayangilah anak-anak yatim.. T__T

  • memang sedih iklan nie...tp iklan nie bukan lah menggambarkan sikap semua rakyat malaysia tp sebahagian rakyat yg lebih senang berpeluk tubuh daripada menghulurkan bantuan..
  • 5 kali tgk, 5 kali menagis walau dah tahu jalan cerita..huuuuhuu (T_T)
  • Fizi je boleh faham bahasa Ahmad.
  • hati iblis kot
  • well, it is reallity..byk makna boleh kupas, terpulang pada anda utk menilai...
  • This.Is.Pure.Gem. Thank You Hafiz Ibrahim. Thank you. 
  • Allahuakbar... Sedihnya....
  • This.Is.Pure.Gem. Thank You Hafiz Ibrahim. Thank you.
  • Allahuakbar... Sedihnya....
  • cukup bererti...penuh makna... :')
  • Kesiannn..
  • Terima kasih bernas.. kerana membuatkan hati ini menangis...
  • cerita yang penuh makna dan memberi kesedaran pada kita semua.walaupun masyarakat kita xkenal agama dan bangsa tapi tetap menolong orang dalam kesusahan.tapi dalam kisah nie nampak sgt masyarakat melayu x menghiraukan keadaan owg yang kesusahan dan orang kurang upaya.(OKU),terima kasih.
  • Giler sedih siyot..aku dah bertahun2 x nangis ni pon tangkap leleh.. Aduh.. Kepada anak yatim sabar la dgn ujian allah bg.. Aku pon anak yatim..tp dah umor 25 bapak aku pergi..heh
  • aiii bca komen org pn blh sedih/
  • menangis tgk vid nie..
  • Oh sedihnyeeeeee...sangat menyayat ati iklan nie..:)
  • sahabat yg slg melengkapi antara satu sama lain...

  • Syukur Alhamdulillah kita yang masih ada mak ayah nie..Jaga mereka elok2..jngan sakitkan ati mereka..kalau jauh tu tengok2 lah mereka seklai sekala,,kalau bz sangat pun mesej la..
  • Asal ad Dislike.. Something wrong ke..
  • Ahmad jadi "mata" untuk Fizi, manakala Fizi pulak jadi 'mulut' untuk Ahmad... ini baru namanya sahabat sejati. mungkin mereka tidak sempurna, tetapi mereka lah orang yang beruntung di akhirat sana ! :')
  • Memg sedih .. :(
  • aku sedih baca korang punya komen.....
  • cerita ni penuh makna, ALLAH sedang menguji kamu.. Alhamdulillah adik2 ni tetap bersabar dlm menepuh perjlanan mereka...semoga ALLAH melindungi kamu sekalian...
  • yang sempurna takda tiket melalak menjerit.. yang kurang sempurna, ikhtiar tanpa mengeluh.. :)
  • perghhhhh ... memang syahdu gilerr .. baru dengar dia bercakap, dah melimpah-limpah airmata ni.. Adik ni balik segamat, kalau real, aku dah carik, aku pun balik segamat gak ... :'(
  • YA ALLAH.. TERIMA KASIH SEBAB SAYA MASIH ADA IBU DAN BAPA YANG MENYAYANGI SAYA :'(

  •  

    Comments

    Popular posts from this blog