- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Thursday, August 9, 2012






Mengingat Kematian


Masih ada diantara kita yang tidak merasa bahawa hidup ini ada tempoh yang ditetapkan oleh Allah untuk hidup didunia ini.
Masih ada yang leka menghitung harta dan kemewahan juga menghitung teman sekeliling pinggang untuk pelengkap kehidupan duniawi tanpa menghitung hari untuk bertemu Allah.

Akan rugilah orang-orang yang lalai dari mengingati Allah dan sentiasa melakukan maksiat kepada Allah kerana apabila sampai waktu Allah mematikan mereka maka terputuslah segala apa yang dihimpunnya didunia tanpa dapat membawa walau sedikit pun.

Mari kita sama-sama renung-renungkan adakah kita tergolong dikalangan mereka-mereka yang mendapat kerugian seperti yang digambarkan Allah didalam Al -Quran.

Jika hendak mengetahui apa akan jadi kepada orang-orang yang lalai dan engkar kepada Allah, bacalah Al-Quran dan ambil tahu maknanya.




1
2
3

1
2
3
4
1

No comments:

Post a Comment