BLOGGER RAYA


Latar Belakang Isu :
  • Revolusi maklumat dalam talian sedang melanda Malaysia dengan  kemunculan ratusan ribu laman-laman blog.
  • Blog – blog menjadi medium penyampaian maklumat sama ada berhubung bisnes, silaturrahim mahupun politik.
  • Blog tampil menarik kerana paparan gambar, foto dan persembahan grafiknya cukup hebat. Ditambah pula dengan barisan fakta dan hujah yang disampaikan lebih pantas mendahului  media arus perdana.
  • Hari ini, blog kewartawanan siber bukan sahaja telah menjadi fenomena tetapi juga mengundang trauma. 
  • Ia amat penting dalam perang propaganda politik dan sosial di negara ini sama ada Kerajaan mahupun pembangkang.
Apa itu Blog?
  • Blog juga adalah satu jenis laman web. Blog adalah singkatan daripada perkataan ‘web log’. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dan dikemaskini dari masa ke semasa.
  • Jadual kemas kini bergantung kepada displin pemilik blog. Sama ada secara harian atau mingguan.  Pembaca juga boleh memberi komen atau maklum balas mereka terus kepada pemilik blog. 
  • Secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diari yang ditulis setiap hari dan selalu dikemaskini kandungannya. 
Apa itu Blogger?
  • Blogger bermaksud pemilik atau penulis di blog mereka. Tulisan yang ditulis oleh blogger di blog dirujuk sebagai artikel.
  • Artikel yang ditulis oleh mereka juga boleh diberikan komen oleh para pembaca yang melawat blog- blog mereka.
  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Berbicara hal politik, bisnes juga merapatkan silaturrahim.
  • Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online
  • Tempat meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak lain.
 Kesan Baik Blog:
  • Blog dapat menyebarkan maklumat dengan cepat malah menjimatkan masa dan kos semua pihak.
  • Blog juga membuka capaian kepada semua di seluruh dunia. 
  • Blog terbuka kepada semua baik orang perseorangan, pengusaha perniagaan kecil, perniagaan produk multi-level atau lain-lain jualan personal yang tidak memerlukan anda mendaftarkan syarikat.
  • Ia menyediakan sumber komunikasi secara terus dengan pelanggan atau pengunjung blog, di mana mereka bebas meluahkan idea, pertanyaan atau pengalaman berkenaan dengan sesuatu komoditi atau topik.  Dengan cara ini, penerbit atau 'tuan punya blog' akan mendapat gambaran dari pelbgai cadangan,pendapat dan boleh membuat beberapa perubahan di dalam proses pengeluaran.
  • Blog membolehkan sesiapa sahaja berdebat atau berdiskusi secara 'on-the-spot'.  Tidak perlu menunggu keesokan harinya seperti membaca akhbar.  Blog pengiklanan juga boleh membuat pemasaran dengan segera.   
  • Tidak ada halangan bagi sesiapa pun untuk membuat 'post', melainkan jika menyebabkan pembaca lain tersinggung.  Melalui blog, anda akan mendapat pandangan yang berbeza dan mengelakkan idea yang berulang-ulang daripada respon yang diterima bagi sesuatu produk atau servis. Dengan ini juga, ia mengikut konsep demokrasi di dalam sumber informasi.
Persekitaraan Blog Di Malaysia:
  • Muncul bagai cendawan selepas hujan pasca reformasi 1997/1998. Malah, Tun Dr. Mahathir Mohammad sendiri pernah mengakui kekuatan media baru itu.
  • Beliau antara orang yang menjadi mangsa kesan kemajuan dunia siber Malaysia. Meski beliaulah orangnya yang mewujudkan koridor raya multimedia yang telah menyaksikan persekitaran dunia maklumat Malaysia bertukar 360 darjah. 
  • Sambutan kepada blog di luar dugaan apabila orang ramai mendapati media tradisional (media arus perdana) tidak memberi maklumat/ berita yang dicari- cari oleh mereka.
  • Blog juga mengambil ruang kosong itu apabila media konvensional dikatakan bias dan tidak telus.
  • Blog menjadi pengerak utama dalam peperangan siber, dunia propaganda dan perang psikologi media.
  • Pembangkang menggunakan media baru melancarkan perang persepsi terhadap kerajaan, para pemimpin parti UMNO dan Barisan Nasional.  Bahan-bahan dari blog lebih dipercayai dan tidak dipersoal kesahihannya. Tambahan pula penulis blog datang dari latarbelakang kerjaya dan kelulusan akademik yang mengagumkan.
  • Blog telah dengan berkesan memporak- perandakan ‘mangsa’ mereka dan memberi mudarat kepada kerajaan yang memerintah kerana blog politik dilihat bertujuan untuk mengucar-kacirkan pemikiran awam dan penyokong setia.
  • Revolusi wartawan siber ini telah berkembang begitu cepat.  Paling menarik kehadiran mereka  berupaya merungsingkan semua pihak.
Kesan Buruk Blog:
  • Blog menjadi medium bagi sesetengah pihak untuk menyuarakan,menerbitkan, mahu pun menyebarkan bahan berbentuk fitnah dan berita palsu.
  • Kualiti bahan yang dipaparkan tidak dapat disekat dan dikawal dan selalunya mengundang kesan yang amat dahsyat kepada masyarakat contohnya pornografi.
  • Blog dengan cepat boleh memberi aib kepada mangsa. 
Kesimpulan:
  • Blog berkemampuan untuk menyampaikan maklumat secara cepat dan lebih pantas. 
  • Blog mempunyai kesan baik dan buruknya.
  • Blog adalah lambang kemajuan dunia teknologi maklumat dan multimedia.
  • Blog boleh berfungsi sebagai senjata juga sebagai benteng pertahanan serangan peperagnan persepsi. 
  • Blog kini adalah salah satu medium komunikasi penting baik kepada Kerajaan mahupun Pembangkang. 

 Disediakan Oleh:
Unit Pengurusan & Penyelidikan Isu (UPPI)
DTUBES.TV
http://www.dtubes.tv

Comments

Popular posts from this blog