Cara Menambah Daya Ingat..Mari Cuba



Lupa dan ingat adalah dua hal yang paling sering dialami manusia sepanjang hidupnya. Dengan mengingat segala hal penting pastinya boleh membuat urusan kita lebih mudah,sebaliknya kalau sedikit-sedikit lupa dan lupa lagi, awas jadi orang yang cepat pikun.
brain otak (Gambar) Cara Menambah Daya Ingat..Mari Cuba
Ada 6 cara yang boleh membantu kita menambah kemampuan mengingat. Semogaterapi ini boleh membantu.
1. Bangun pagi dan cium rosemary.
getty rm photo of woman smelling rosemary sprig (Gambar) Cara Menambah Daya Ingat..Mari Cuba
Dalam sebuah kajian tahun 2003, para psikologi meminta 144 sukarelawan untukmelakukan siri uji cuba tentang ingatan jangka panjang, cara kerja ingatan, dan ujireaksi dan perhatian. Beberapa orang melakukan ujian itu di bilik yang tidak bau,beberapa di bilik dengan bebauan dari minyak esensi rosemary, dan selebihnyabekerja dengan bebauan minya lavender. 

Hasilnya, mereka yang bekerja di bilik dengan memiliki hasil yang bagus dalam ingatanjangka panjang dan kerja ingatan berbanding dengan yang bekerja di bilik tanpabebauan, sementara yang bekerja di bilik beraroma lavender lebih jelek dalam hal kerjaingatan. Lebih jauh, mereka yang bekerja di bilik beraroma rosemary merasa lebih terjaga berbanding dengan mereka yang bekerja di bilik kawalan (tanpa bebauan).Nah, yang bekerja di bilik beraroma lavender ternyata lebih merasa mengantuk.
Wah, rupanya lavender memang bagus untuk mengusir nyamuk. Tapi kesansampingnya boleh membuat kita lebih suka tidur.
2. Makanan untuk berpikir
b1d883cdcd307 f2.jpg (Gambar) Cara Menambah Daya Ingat..Mari Cuba
Untuk menjaga ingatan tetap muda meski otak mulai menua, saintis menyarankanmengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti blueberry, epal, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau tua, bawang, dan lobak merah.
Antioksidan merupakan molekul yang dengan mudah mengikat dan meneutralkanelektron yang disebut dengan ”radikal bebas” yang berkeliaran secara bebas di alirandarah. Radikal bebas ini bertambah seiring usia dan boleh membunuh otak.
Yang kedua, sebahagian besar otak diperbuat dari lemak sihat, termasuk yang palingpenting adalah omega-3. Agar supaya otak boleh memperbaiki dirinya sendiri dan menjadi neuron-neuron bersambung dengan betul, kita harus memberikan makanan yang tepat buat otak. Nah, omega-3 ditemui di banyak jenis ikan dan kacang-kacangan.
3. Kunyah gula-gula getah
gulagetah (Gambar) Cara Menambah Daya Ingat..Mari Cuba
Penelitian pada tahun 2002 yang dilakukan di Inggris menemukan bahwa mengunyah gula getah memberikan hasil yang lebih baik pada uji ingatan jangka-panjang dan jangka pendek dibandingkan dengan mereka yang tidak mengunyah apa-apa.
Para ilmuwan menduga, tindakan mengunyah  gula getah akan menghasilkan air liur yang meningkatkan denyut jantung; atau ia mempengaruhi fungsi daerah otak yang diberi nama hippocampus yang menyebabkan tubuh melepaskan insulin sebagai persiapan untuk metabolisme makanan.
4. Permainan otak
SudokuChains 500 (Gambar) Cara Menambah Daya Ingat..Mari Cuba
Sebuah program yang disebut dengan Lumosity, dibangunkan dengan bantuan saintissaraf dan psikologi kognisi dari Standford University dan University of California di SanFrancisco, secara khusus direka untuk orang tua yang ingin memperbaiki ingatan,konsentrasi, keterjagaan, dan bahkan mood mereka.
Tentu saja, selalu ada sukan otak yang klasik dan murah meriah, seperti Sudoku dan teka-teki silang yang boleh ditemui di mana saja. Latihan-latihan itu akan menggugahpengetahuan dan membantu saraf-saraf di otak saling bersambungan.
5. Tidur.
selamat tidur (Gambar) Cara Menambah Daya Ingat..Mari Cuba
Dalam skala kajian di lab menggunakan tikus, saat tikus tidur, dua kawasan di otak -hippocampus dan medial prefrontal cortex, kawasan yang berkaitan dengan pengambilan ingatan dari masa lalu (baik di manusia atau tikus) - berputarmenayangkan kejadian-kejadian sepanjang hari itu. Proses ini dipercayai sangatpenting untuk mengonsolidasikan dan merapikan file-file ingatan-ingatan baru yangterbentuk.
6. Berjalan kaki
walk 009 (Gambar) Cara Menambah Daya Ingat..Mari Cuba
Kajian menunjukkan bahawa pusat ingatan di otak yang disebut hippocampus menyusutseiring usia. Namun kajian pada tahun 2011 memberikan khabar bagus: orang dewasa yang beranjak tua yang rutin melakukan jalan kaki dapat mempertahankan kelantanganhippocampus.
Penelitian yang dipimpin oleh Arthur Kramer dari University of Illinois-UrbanaChampaign itu melibatkan 60 orang dewasa berusia 55 hingga 80 tahun. Merekamelakukan jalan kaki tiga kali seminggu masing-masing selama 40 minit.
Aktiviti yang cukup untuk meningkatkan denyut jantung mereka. Peserta lain sejumlah yang sama melakukan latihan pengencangan otot latihan beban, yoga, dan peregangan, dalam ikatan yang sama.
Setelah setahun pengencangan, anterior hippocampus peserta hilang sedikit di atas 1peratus dari volumenya, secara rata-rata. Sebaliknya, setahun latihan aerobik membuatpeningkatan 
sekitar 2 peratus  pada kelantangan anterior hippocampus, membalikkanpenuaan alami hippocampus selama dua tahun.
Saintis percaya bahawa hal itu disebabkan oleh imbas latihan yang menimbulkan stresringan yang mencetuskan pengeluaran faktor pertumbuhan di dalam otak. Kemungkinanjuga kerana aliran darah yang lebih besar ke otak, semakin banyak nutrisi dan oksigen yang dihantarkannya.
Sumber: Apakabardunia.com

Comments

  1. salam
    tentunya mereka yg sering berzikir dan membaca alquran, lebih2 lagi yang hafaz akan membantu ingatannya.
    banyak pengalaman guru ngaji quran yg baik ingatannya hingga waktu meninggal dunia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog