Dahagakanlah Ilmu..WASIAT IMAM GHAZALI

 



Dengan nama ALLAH yang maha mengasihani dan maha lembut terhadap hambaNYA.

Alhamdulillah.

Mencuri sedikit masa untuk menulis sesuatu dalam blog ni walaupun ada banyak report menanti.Sudah immune dengan report-report yang banyak. Nak buat macam mana, katanya pelajar....

Alhamdulillah juga, ALLAH izinkan saya dan anda untuk terus hidup memohon keampunan dan mengecap nikmat atas bumi ni.

Hari ini, ALLAH gerakkan lagi kaki saya untuk menambah ilmu di musolla Farabi.
1
Setiap hari rabu di musolla Farabi ada pengajian kitab Ayyuhal Walad karangan Hujjatul Islam Imam Ghazali oleh Dr.Wan Yusuf. Saya sebenarnya sangat-sangat mencintai buku-buku karangan Imam Ghazali. Antara buku-buku yang saya pernah baca yang dikarang oleh Imam Ghazali ialah :
-Bidayatul Hidayah
-Mukashafah al-Qulub
2
-Ihya' Ulumiddin (kat rumah ada, tapi tak pernah baca lagi )

Kitab Bidayatul Hidayah ni, saya sempatlah menadah kitab bersama sahabat-sahabat di Masjid an-Nur di matrix Johor dulu. Ustaz M.Noor Omar @ Abi yang sampaikan kuliah. Tapi, tak sempat habis pun kitab tu disebabkan kekangan masa. Saya tak tahu nak cakap macam mana, anda bacalah sendiri kitab-kitab karangan Imam Ghazali, sangat menyentuh hati dan menginsafkan diri.

3
Kitab Mukashafah al-Qulub pula, saya diperkenalkan oleh seorang sahabat yang sangat gemar berbicara soal hati dan akhirat sewaktu di matrix dulu. Memang, sahabat yang baik ialah bilamana kita melihat wajahnya, kita akan ingat ALLAH. Saya akui, setiap kali saya pandang wajah sahabat saya yang seorang itu, pasti teringat akan akhirat. Dia nampak ikhlas dalam melakukan amalan. Moga saya juga jadi seperti dia. Dan, kini abah saya dah pun beli kitab Mukashafah al-Qulub tu. Sayang nak habiskan kitab tu sebab terlalu banyak benda berharga yang boleh dikutip.
4

Mengenai kitab Ayyuhal Walad ni,  kitab ini sebenarnya ditulis oleh Imam Ghazali sebagai jawapan kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid beliau yang sangat mencintainya, di mana dalam surat itu, murid beliau meminta agar Imam Ghazali sudi menulis sepucuk surat yang merupakan satu wasiat yang ditujukan khusus kepada anak muridnya, walaupun ia yakin bahawa isi kandungan surat tersebut telah ada termaktub dalam kitab-kitab karangan Imam Ghazali.

Lalu, Imam Ghazali dengan murah hati menjawab surat anak muridnya tadi dan memberikan kepadanya beberapa nasihat yang sangat mahal harganya.


Jika berkesempatan, saya akan kongsikan kepada anda semua nasihat-nasihat yang ada dalam kitab Ayyuhal Walad tu.

Ada 25 nasihat kesemuanya:

-nasihat 1: waktu itu ialah kehidupan
-nasihat 2: bagaimana sepatutnya kita menerima nasihat
-nasihat 3: ilmu itu tidak bermanfaat kecuali bila sudah diamalkan
-nasihat 4: kadar balasan mengikut kadar amalan
-nasihat 5: ikhlaskan niatmu
-nasihat 6: hakikat hidup,cinta dan amal
-nasihat 7: dahulukan belajar ilmu fardhu ain
-nasihat 8: ilmu shj belum memberi manfaat kepada engkau
-nasihat 9: tinggikan himmahmu dan lawanlah nafsumu dan buatlah bekalan akhirat
-nasihat 10: bangunlah beribadat di waktu malam
-nasihat 11: ibadatmu hendaklah mengikut aturan syara'
-nasihat 12: setelah mengamalkan ilmu, barulah engkau mengetahui hakikatnya
-nasihat 13: 4 sifat kesempurnaan bagi orang yang salik
-nasihat 14: wasiat imam syibli rahimahullah taala
-nasihat 15: 8 wasiat imam hatim al-asam
-nasihat 16: carilah guru yang mursyid
-nasihat 17: pati ilmu tasauf
-nasihat 18: hakikat ubudiah
-nasihat 19: makna tawakkal
-nasihat 20: hakikat ikhlas
-nasihat 21: hakikat riak
-nasihat 22: jangan engkau banyak bertanya, tapi hendaklah engkau banyak beramal
-nasihat 23: tinggalkan 4 perkara
-nasihat 24: kerjakan 4 perkara
-nasihat 25: penutup dan doa

Sekadar itu dahulu. Saya nak sambung buat report.
Apa yang saya kongsikan di sini moga ada manfaatnya.

p/s: Rajin-rajinkan diri untuk datang musolla. hari-hari ada pengisian. insyaALLAH.

Dan ingatlah, dengan rahmat ALLAH lah kita mampu bergerak ke masjid atau musolla.

wallahua'lam


Comments

Popular posts from this blog