Restoran Dalam Gua

Di selatan Itali, ada sebuah restoran dinamakan Grotta Palazzese. Tiada apa yang menarik jika nak dibandingkan dengan restoran lain di seluruh dunia. Cuma ianya dibina di dalam gua, hanya 74 kaki dari paras laut dan memberikan pemandangan dan pengalaman unik kepada setiap pelanggan yang hadir yang disapa dengan angin pantai malam yang sejuk dan nyaman. Namun, restoran ini hanya dibuka kepada umum pada Mei hingga Okober setiap tahun.









sumber: gempak.org



Satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.

Greece pula dilabel sebagai negara paling kurang malas dalam kajian tersebut. Hanya 15 peratus penduduk negara Mediterranean itu dikategorikan sebagai tidak aktif.

The Lancet menjalankan satu kajian global termasuk keputusan daripada 122 negara bagi melihat negara mana paling malas.

Secara keseluruhan, kajian itu mendapati wanita kurang aktif berbanding lelaki. Peratus tertinggi wanita tidak aktif didapati berada di negara-negara yang sukar mendapat pekerjaan akibat kekangan sosial seperti Arab Saudi yang menduduki tangga ketiga senarai berkenaan.


sumber: utusan malaysia, dailymail.co.uk

Comments

Popular posts from this blog