Hikmah Dan Falsafah Syari’ah

HIKMAH DAN FALSAFAH SYARI’AH OLEH SYEIKH ALI AHMAD AL-JARJAWI
Bab Satu:Hikmah Tasyri’

Empat tujuan syari’ah samawi:

1.         Mengenal Allah, mengesakanNya, mengagungkanNya dan menjelaskan sifat-sifat kesempurnaanNya, sifat yang wajib,mustahil dan harus bagiNya.

2.         Kaifiyat pelaksanaan ibadah kepadaNya yang mengandungi usaha mengagungkanNya,mensyukuri ni’mat kurniaanNya yang tidak terhitung. Firman Allah:

Mafhumnya:Dan jika kamu sekalian menghitung ni’mat Allah,nescaya kamu tidak berupaya menghitungnya.Surah Ibrahim ayat 34.

3.         Gesaan kewajipan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan kewajipan mencegah daripada melakukan kemungkaran serta memperelukkan budi pekerti yang baik, akhlak yang terpuji dan keutamaan yang memertabatkan seseorang kedarjat yang tertinggi seperti membantu orang yang lemah dan berhajat, melindungi kepentingan jiran tetangga, menunaikan amanah, meningkatkan kesabaran ketika menempuh ujian dan seumpamanya.

4.         Mencegah orang yang melampaui batas-batas hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah dengan melaksanakan undang-undang yang ditetapkan dalam pelbagai lapangan muamalat. Tujuannya supaya peraturan sosial berjalan dengan sempurna dan keamanan dapat diwujudkan dengan melaksanakan peraturan-peraturan yang kukuh. Demikian juga pelbagai bidang kehidupan perlu dikawal oleh undang-undang yang berwibawa. Tegasnya untuk untuk empat tujuan ini peraturan samawi diturunkan.

Hikmah perutusan Para Rasul a.s. dan Keperluan Manusia kepada mereka
  • Kehidupan didunia hanyalah jalan sementara menuju kehidupan abadi.
  • Akal yang murni menyetujui adanya pembalasan yang adil terhadap amalan manusia.
  • Perlunya hakim atau penguasa dikalangan manusia untuk menegakkan keadilan.
  • Ketidakupayaan akal untuk menyuluh jalan kehidupan memerlukan kebangkitan dan perutusan para pemimpin yang bergelar para rasul a.s. yang membawa sinar untuk menyuluh jalan dan menjelaskan undang-undang Ilahi demi kesejahteraan ummah.
HIKMAH ISLAM PERATURAN HIDUP YANG TEGUH

Islam telah dibawa dan dilaksanakan oleh seorang Nabi yang mulia penamat segala Rasul a.s. Ia adalah wahyu Allah SWT yang diperkukuhkan dengan mukjizat.Al-Quran itu sendiri adalah mu’jizat teragung. Al-Quran mengemukakan ayat-ayat yang nyata tanpa ada keraguan didalamnya. Ia juga merupakan pertunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa. Ia adalah pengingat kepada orang yang lalai dan alpa. Ia adalah kitab yang teguh tanpa penyelewengan atau kebatilan didalamnya.

Islam datang ketika dunia diselubungi kegelapan, kezaliman, kejahilan dan kedunguan.Islam telah datang untuk membimbing manusia keluar dari kebebalan akal manusia yang menabiri hakikat tauhid. Amat banyak belenggu yang memenjarai akal manusia terutama kebebalan faham kebendaan dan hawa nafsu.

Islam diturunkan untuk membawa undang-undang yang menyelesaikan kebuntuan manusia untuk menghadapi krisis dan pelbagai jenayah. Beberapa contoh berikut boleh diperhatikan:
  1. Islam membawa hukum potong tangan bagi pencuri.Jika peraturan ini ditegakkan anda tidak akan dapat melihat lagi pencuri merengkuk di dalam penjara. Peniaga emas merasa bebas dan aman daripada pencuri dan perompak.
  2. Syariat mengenakan hukuman rejam dan sebatan kepada penzina yang menyebabkan jenayah zina tidak lagi berleluasa.
  3. Demikian juga hukuman sebatan kepada peminum arak berupaya membenteras ketagihan arak di dalam masyarakat.
  4. Kegiatan jenayah dalam pelbagai bentuk boleh dihapuskan apabila undang-undang syariat ditegakkan.Jenayah yang merupakan kecederaan dan pencabulan terhadap sesama manusia dapat dihapuskan.
  5. Institusi zakat yang disyariatkan Islam berupaya merapatkan jurang golongan kaya miskin dan mengukuhkan sillaturrahim dikalangan masyarakat.

Pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh disertai dengan gerakan pengilmuan dan pemasyarakatan ilmu didalam masyarakat Islam berupaya mengembalikan peradaban Islam yang pernah berada dimercu peradaban manusia pada zaman silam di kota Madinah, Baghdad, Kordoba, Qaherah, Qairawan, Ghaznah, Melaka, Aceh dan Istanbul.

Hikmah Tanggungjawab Manusia:Hamba/Khalifah Allah

Segala makhluk Allah termasuk haiwan diciptakan mempunyai anggota untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Demikian juga manusia dipersiapkan dengan pancaindera dan akal untuk mempertahankan diri dan demi survivalnya. Justeru dengan akal manusia dibebani dengan tanggungjawab yang lebih besar. Bebanan merupakan taklif yang datang dalam bentuk perintah dan larangan serta persiapan-persiapan untuk menghindari manusia daripada memusnahkan peraturan masyarakat. Taklif berfungsi memakmurkan bumi yang dilaksanakan oleh manusia makhluk yang berakal. Taklif tidak dikenakan keatas manusia yng tidak siuman, kanak-kanak yang belum baligh dan keatas haiwan yang pastinya tidak berakal.

Taklif yang dimaksudkan disini ialah perintah dan larangan Allah yang telah disampaikan dan ditunjukkan oleh para Rasul a.s. Diantara sesama manusia pun ada perintah dan larangan yang apabila diengkari akan menerima hukuman tertentu. Ia dinamakan undang-undang buatan yang tidak terlepas daripada kekurangan dan kelemahannya yang memerlukan pindaan dan rombakan.Lain halnya dengan undang-undang Samawi yang sesuai sepanjang masa,di semua tempat, semua bangsa tanpa kecacatan dan kelemahan.

Dalam konteks amanah dan tanggungjawab ini Allah SWT berfirman:
انا عرضنا الامانة علي السماوات والارض والجبال فابين ان يحملنها واشفقن منها وحملها الانسان انه كان ظلوما جهولا

Maksudnya:”Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang,maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu,mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.”(S.Al-Ahzab ayat 72)

Amanah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah taklif yang hanya layak untuk dipikul oleh manusia kerana mereka dipersiapkan dengan akal. Antara taklif itu ialah larangan mencuri kerana sesiapa yang mencuri akan dipotong tangan.Apabila manusia gerund untuk dipotong tangan akibat mencuri keamanan akan wujud dan inilah matlamat syariah. Demikian hukuman keatas penzina dengan 100 sebatan atau rejam, semua itu mempunyai tujuan-tujuan yang amat murni. Demikian juga perintah sholat, zakat, haji, jihad, puasa mengandungi matlamat yang jauh untuk memperkukuhkan keperibadian dan memantapkan pembinaan masyarakat madani dan bertamadun.

Hikmah Ibadah Menjadi Hak Allah

Sungguhpun seseorang itu kaya raya dan hidup sentosa. Dia lebih suka dikatakan: "Ambillah milikku ini!” Daripada anda mengatakan kepadanya :”Berikan milikmu itu kepadaku!”. Sehubungan ini Ibnu al-Wardi menyatakan sesuatu yang paling bernilai apabila aku berkata kepadamu, ambillah ! Kecenderungan seperti ini memang telah menjadi fitrah seluruh makhluk ciptaan Allah.Malah seandainya Qarun yang kaya raya itu diberi sekeping emas,dia akan menghormatimu dan mendoakan kesejahteraanmu.

Seandainya orang kaya senang hati diberikan sesuatu kepadanya. Inikan pula orang fakir dan papa yang engkau ringankan beban hidupnya dengan suatu pemberian yang baik kepadanya. Sememangnya dia kan menyanjungimu. Dia akan enggan meninggalkan rumahmu dan hanya bergantung kepadamu.

Jelas sekali disini dalam konteks kurniaan Allah kepada kita berupa pelbagai ni’mat. Konsep kufur ni’mat iaitu mengingkari ni’mat kurniaan Allah, tidak mahu mengiringi ni’mat itu dengan syukur, bererti membenci pemberi ni’mat yang mahu mengampuninya. KeampunanNya juga ni’mat teragung yang wajar disyukuri manusia sebagai hamba-hambaNya. Inilah keadilan yang mendekati taqwa.Allah berfirman:
وان تعفوا اقرب للتقوي
Maksudnya:Bahawasanya dengan kamu memberi kemaafan itu lebih dekat kepada taqwa.(Surah al-Baqarah ayat 237)

Beribadah kepada Allah adalah manIfestasi kesyukuran terhadap segala keni’matan kurniaanNya yang tiada terhingga.Inilah landasan hubungan dan interaksi hamba dengan Yang Maha Pemberi Ni’mat. Firman Allah:
وان تعدوا نعمة الله لا تحصوها

Maksudnya:Dan seandainya kamu menghitung ni’mat Allah,nescaya kamu tidak berupaya menghitungnya.(Surah Ibrahim ayat 34)

Antara ni’mat itu ialah ni’mat kesihatan yang hanya dihargai oleh orang yang sakit sebagaimana kata pujangga Arab:
الصحة تاج علي رؤوس الاصحاء لا يعرفها الا المرضي
Mafhumnya:Kesehatan adalah mahkota bagi orang-orang yang sehat, hanya diketahui oleh orang-orang yang sakit.

HIKMAH BERSUCI/TAHARAH DALAM IBADAH

Seandainya seseorang berpakaian kotor, tubuh badannya kotor serta jiwanya jelek, nescaya tiada siapa mempedulikannya.Andainya menghadapi manusia memerlukan kebersihan dan ketertiban, tentunya berhadapan dengan Allah Yang Maha Suci memerlukan kita mensucikan lahiriah dan batiniah. Justeru itu Allah mewajibkan kita berwudhu` dan bersuci agar terhindar kita daripada kekotoran (hadath/najis) dan kekejian (khaba`ith) untuk kita melaksanakan ibadah.

Para malaikat membenci mereka yang berpakaian kotor dan berbau jelek,lebih-lebih lagi ketika sholat berjama’ah yang mengganggu orang lain. Dengan sebab itu Rasulullah SAW mensunatkan kita mandi dan memakai wangian untuk bersholat jama’ah,jumaat dan bersholat sunat hari raya.

Ada hikmah khusus mandi janabah kerana manusia memiliki nafsu haiwani dan malaki.Ketika dia berjima’ jiwa malakinya terseksa,setelah mandi janabah jiwa malakinya tenang kembali.Selanjutnya apabila jasad manusia disirami air telah mengembalikan semangat dan menghilangkan sifat malas serta memudahkan dia bangkit melaksanakan kewajipan.

Dalil-dalil bersuci atau taharah:
فيه رجال يحبون ان يتطهروا والله يحب المطهرين
Maksudnya:”Didalam masjid itu ada beberapa orang yang suka mensucikan diri;dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”Surah al-Tawbah ayat 109.
  مايريد الله ليجعل عليكم من حرج ولكن يريد ليطهركم وليتم نعمته عليكم لعلكم تشكرون
Maksudnya:”Allah tidak mahu menjadikan kamumenanggung sesuatu kesusahan,tetapi Dia berkehendak mensucikan kamu dan hendak menyempurnakan ni’matNya ke atas kamu,supa kamu bersyukur.”Surah al-Ma`idah ayat 6.
Sabda Rasulullah SAW: مفتاح الصلاة الطهور

Mafhumnya:Kunci sholat adalah bersuci.

Dengan kata-kata lain kebersihan dan kesucian adalah wajib menurut penghujahan syara’ dan akal.Kebersihan dalam konteks ini meliputi lahiriah dan batiniah yang meliputi keikhlasan hati tanpa sifat sombong,iri hati,’ujub dan segala sifat mazmumah

HIKMAH BERSUCI/TAHARAH DALAM IBADAH 2

Bersuci adalah wajib dari aspek syari’ah dan akal.Kesucian itu meliputi lahiriah dan batiniah.Kebersihan rohaniah bermaksudkeikhlasan hati tanpa sifat kesombongan,iri hati,ujub dan sifat-sifat tercela lain yang merosakkan akhlak.Mafhum sabda Rasulullah SAW bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman adalah merujuk kepada kesucian maknawi kerana sifat-sifat tercela boleh menjejaskan keimanan.

Tegasnya taharah terdiri dari dua bentuk iaitu Taharah hakikiyyah dan Taharah Hukmiyyah.Taharah hakikiyyah adalah bersih pakaian,daban dan tempat shjolat daripada najis hakiki.Taharah hukmiyyah pula adalah suci anggota wudhu` dari hadath kecil dan suci seluruh badan daripada janabah.Berdasarkan firman Allah:
وثيابك فطهر   Maksudnya:Dan pakaianmu bersihkanlah.Surah al-Mudaththir ayat 4.
Sabda Rasulullah SAW:
لا صلاة الا بطهور        Maksudnya:Tiada sholat kecuali dengan bersuci.Sabda Rasulullah SAW lagi:
مفتاح الصلاة الطهور   Mafhumnya:Kunci sholat adalah bersuci.
Semua nas-nas diatas boleh dirumuskan sebagaimana berikut:
  • Perintah mandi janabah merupakan pensucian batin dari penipuan,iri hati,sombong,prasangka jelek terhadap sesama Mukmin dan lain-lain perkara yang membawa dosa.
  • Mensucikan anggota badan juga sebagai tanda terima kasih diatas segala ni’mat Allah yang disalurkannya melalui sholat.
  • Selanjutnya perintah mensucikan tubuh badan adalah simbol pembebasan daripada dosa-dosa.Lantaran kebanyakan dosa dilakukan oleh pancaindera.Seperi memakan yang haram,mencuri,mengambil rasuah dan  seumpamanya.

Taharah mempunyai empat tahap:
  1. Taharah zahir dari kotoran
  2. Taharah anggota badan daripada dosa
  3. Taharah hati daripada sifat-sifat tercela
  4. Taharah hati daripada mensyirikkan Allah dengan segala makhlukNya.Iaitu tidak menyembah dan bergantung kepada yang lain daripada Allah.
HIKMAH MENGHAPUSKAN NAJIS DENGAN AIR

Allah SWT Yang Maha Bijaksana telah memfardhukan kita umat Islam menggunakan air untuk menghilangkan najis lantaran keupayaan air untuk menghapuskan bau yang tidak enak daripada mengganggu diri sendiri dan orang lain demi kesempurnaan ibadah.Air yang diogunakan untuk bersuci semestinya tidak berubah keadaan aslinya,iaitu lembut,bergerak dan mengalir.Tetapi apabila air itu berubah menjadi kasar kerana bercampur dengan unsur lain,air tersebut tidak boleh digunakan lagi untuk membersihkan apa pun.Demikian juga apabila air itu bercampur dengan najis seperti air kencing,ia juga tidak boleh menyucikan.Air yang sedikit apabila terkena najis nescaya ia akan menjadi najis,sesuatu yang najis tidak berupaya mensucikan.Syariat Islam menetapkan hanya air yang suci lagi menyucikan atau air mutlak sahaja yang boleh membersihkan sesuatu daripada najis atau kotoran.

HIKMAH WUDHU`

Antara hikmah berwudhu` dan mandi wajib ada persamaan dan perbezaannya.Kedua-duanya berfungsi menghilangkan kotoran yang zahir dan maknawi.Perbezaannya mandi wajib adalah pada keseluruhan badan sedangkan berwudhu` adalah untuk anggota-anggota tertentu.

Ada beberapa hikmah tertentu berwudhu` antara lainnya ialah:-
Mencuci kedua tangan merupakan tindakan awal berwudhu` lantaran tangan merupakan anggota badan yang terpenting dalam kehidupan harian Muslim seperti bersalam,menjalankan pekerjaan dan lain-lain.Demikian pula membersihkan mulut dengan berkumur-kumur kerana anggota mulut adalah muara hawa yang keluar daripada perut yang mengeluarkan bau serta kotoran dari bekas makanan yang tersisa dicelah gigi.Berkumur-kumur adalah untuk mengetahui rasa air apakah sudah berubah dari keadaan aslinya atau belum.Mulut juga secara simboliknya merupakan anggota badan yang mengeluarkan perkataan samada baik berhikmah atau sebaliknya kerana apa yang diucapkan oleh mulut mempunyai pertanggungjawabannya.

Demikian juga membersihkan hidung dan membersihkan muka yang merupakan anggota terawal yang dapat dilihat dan dikesan daripada manusia.Diikuti dengan membasuh tangan hingga siku.Diikuti dengan menyapu atau mengusap sebahagian kepala sudah mencukupi kerana peranan kepala kepada badan manusia adalah amat penting.Diikuti dengan membasuh kedua-dua telinga dan diakhiri dengan membersihkan kedua-dua kaki hingga buku lali.

Firman Allah SWT tentang kewajipan berwudhu` ini seperti berikut:

ياءيهاالذين ءامنوا اذا قمتم الي الصلاة فاغسلوا وجوهكم وايديكم الي المرافق وامسحوا برؤوسكم وارجلكم الي الكعبين وان كنتم جنبا فاطهروا وان كنتم مرضي او علي سفر او جاء احد منكم من الغائط او لمستم النساء فلم تجدوا ماء فتيمموا صعيدا طيبا فامسحوا بوجوهكم وايديكم منه ما يريد الله ليجعل عليكم من حرج ولكن يريد ليطهركم وليتم نعمته عليكم لعلكم تشكرون

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu hendak mendirikan sholat ,maka wajiblah kamu membasuh mukamu dan tanganmu sampai kesiku,dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai kekedua buku lali,dan jika kamu berjanabah  maka mandilah,dan jika kamu sakit atau dalam musafir atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan,lalu kamu tidak memperolehi  air,maka bertayammumlah dengan tanah yang bersih,sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu,Allah tidak menghendaki untuk menyusahkan kamu,tetapi Dia hendak menyucikanmu dan menyempurnakan ni’matNya bagimu supaya kamu bersyukur.(Surah al-Ma`idah ayat 6)

HIKMAH SHOLAT

Sholat tiang agama,cahaya keyakinan,penyembuh hati dan ia adalah isyarat kepada keseluruhan ajaran Islam.Ia mencegah kekejian dan kemungkaran,menjauhkan diri daripada runtunan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejelekan.Sebagaimana firman Allah:
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ

Maksudnya:”Dirikanlah sholat kerana sesungguhnya sholat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar,dan sesungguhnya mengingati Allah adalah terlebih utama.”Surah Al-Ankabut ayat 45

Setiap hari Muslim menghadap Allah sholat lima kali dengan penuh tawadhu` dan khusyu’ serta merendahkan diri dihadapan keagungan Ilahi semata-mata untuk mendambakan diri mencari redhaNya.Seseorang yang sholat subuh pada pagi yang hening dan keadaan ruhnya bersih dan damai.Sholat seolah2 penghapus dosa ketika hamba Allah ruku’,sujud,i’tidal dan sebagainya dosa2nya berguguran.Rasulullah SAW menggambarkan hal ini dalam sabdanya:

مثل الصلوات الخمس كمثل نهر عذب علي باب احدكم يغتسل منه كل يوم خمس مرات فما يبفي ذلك من الدنس
Mafhumnya:Perumpamaan sholat lima waktu seperti sebatang sungai jerneh yang berada didepan pintu salah seorang daripada kamu.Dia mandi disitu lima kali setiap hari,maka tiada kotoran lagi yang tinggal.

Hikmah sholat seterusnya ialah ketenangan jiwa walaupun seseorang sedang menghadapi kesulitan hidup.Tidak kedekut  untuk memberi pertolongan dan tidak kecewa serta keluh kesah bila berdepan dengan cabaran.Kekikiran dan mementingkan diri adalah penyakit jiwa yang kronik sepertimana firman Allah:

ان الانسان خلق هلوعا اذا مسه الشر جزوعا واذا مسه الخير منوعا الا المصلين الذين هم علي صلاتهم دائمون

Maksudnya:Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.Dan apabila dia mendapat  kesusahan dia akan mengeluh dan sebaliknya apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir.Kecuali orang2 yang mendirikan sholat,yang mereka terus menerus mengerjakan sholat.

HIKMAH SHOLAT 2

Hikmah membaca fatihah.Ia diibaratkan cahaya bulan purnama dimalam hari dan cahaya matahari diwaktu siang..Ia dimulai dengan bacaan basmalah sebagai seruan memohon pertolongan dengan nama zat yang mewajibkan sholat.Memohon agar segala yang dilaksanakan diredhaiNya,mendekati rahmatNya dan menjauhi siksaNya.Setelah memuji Allah yang mengurniakan ni’mat sholat.Dialah yang memelihara makhluk pada alam wujud.Yang memberi pelbagai ni’mat dan kemuliaan.Dialah Tuhan dunia dan akhirat,yang memberi pembalasan kepada setiap hambaNya.Pertunjuk adalah ni’matNya yang teragung.Justeru itu kita memohon pertunjukNya untuk kita berupaya menjalani jalan yang benar dan yang menyampaikan kita kepada keredhaanNya.

Didalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menjelaskan tentang kepentingan dan signifikasi sholat.Misalnya:

1.Surah al-Nisa` ayat 103;
إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَّوْقُوتاً
Maksudnya:Sesungguhnya sholat diwajibkan keatas orang2 yang beriman pada waktu yang tertentu.
2.Surah al-Baqarah 238;
حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ
Maksudnya:Peliharalah sholat2 dan sholat wustha/asar
3.Surah Hud ayat 114;
وَأَقِمِ الصَّلاَةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفاً مِّنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّـيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ
Maksudnya:Dan dirikanlah sholat itu pada kedua tepi siang pagi dan petang dan pada bahagian permulaan malam.

Ayat ini mencakupi sholat lima kali sehari semalam kerana sholat subuh dilaksanakan pada salah satu hujung siang,manakala solat zohor dan asar pada satu hujung lagi.Solat maghrib dan isya` deilakukan diawal malam.
4.Surah al-Isra` ayat 78;
أَقِمِ الصَّلاَةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُوداً
Maksudnya:Dirikanlah sholat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan sholat subuh.Sesungguhnya sholat subuh disaksikan malaikat.
Yang dimaksudkamn tergelincir matahari hingga gelap malam adalah sholat zohor dan asar.Manakala “Quran al-Fajr” adalah sholat subuh.Dalil sholat zohor dan asar disebut dalam Surah Ar-Rum ayat 17-18;
فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ
وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيّاً وَحِينَ تُظْهِرُونَ
Maksudnya:Maka bertasbihlah kepada Allah diwaktu kamu beradadiwaktu petang dan waktu subuh,dan bagiNyalah segala puji dilangit dan dibumi dan dan waktu kamu berada pada waktu petang dan waktu zohor.

HIKMAH SHOLAT 3

Ijmak ulama` sepakat tentang kewajipan solat fardhu dengan hujah-hujah berikut;-
  1. Sholat fardhu diwajibkan sebagai melahirkan rasa syukur terhadap ni’mat-ni’mat Allah SWT.
  2. Lebih-lebih lagi ni’mat penciptaan atau al-Imjad,yang mana manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian.Firman Allah didalam Surah al-Taghabun ayat 3:
وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ     Maksudnya:Dan (Allah) membentuk kamu lalu mengindahkan rupamu dan kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan.
  1. Ni’mat dianugerahkan tubuh badan yang sempurna untuk meni’mati kehidupan darinya.Justeru itu ibadat sholat melibatkan pergerakan seluruh anggota badan seperti berdiri,ruku’,sujud,duduk,meletakkan tangan pada tempatnya,menjaga mata dan lain-lain.Demikian juga sholat menyertakan pergerakan hati seperti takutkan kemurkaan Allah,mengharapkanNya,konsentrasi dengan mengagungkanNya dan memuliakanNya.
  2. Ni’mat persendian antara organ badan yang menyebabkan berlaku pergerakan seperti berdiri,ruku’,duduk dan sujud.
  3. Sholat adalah pengabdian hamba kepada TuhanNya yang wajib dilaksanakannya kerana itu hak Tuhannya.
  4. Sholat pencegah mungkar dan kekejian sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45;
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ
Maksudnya:”Dirikanlah sholat,sesungguhnya sholat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar,dan mengingati Allah itu adalah lebih agung.”
  1. Sholat penghapus dosa dan kehinaan yang membebaskan manusia daripada kelalaian dan kealpaan yang membelenggunya.
HIKMAH KHUSYU’ DALAM SHOLAT

Khusyu’ didalam sholat menjadi prasyarat kebahagiaan yang tidak boleh diukur secara lahiriah. Ketundukan orang yang khusyu` lantaran menghayati keagungan Allah serta menyucikan diri daripada sifat-sifat yang tercela, yang natijahnya jiwa menjadi tenang dan hening bak kristal. Inilah yang dimaksudkan ihsan ketika Rasulullah SAW menjawab soalan Jibril a.s.:

ان تعبد الله كانك تراه وان لم تكن تراه فانه يراك
Mafhumnya:Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya dan kalau kamu tidak melihatNya nescaya sesungguhnya Dia melihatmu.(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari).

Khusyu` dalam sholat bermakna hadir hati dihadapan keagungan Allah serta diam dan tenangnya anggota badan yang mencerminkan kemantapan iman dan taqwa. Berikut ini dalil-dalil wahyu tentang kekhusyukan sholat;

يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحاً فَمُلَاقِيهِ
Maksudnya:Hai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu,maka pasti kamu akan menemuiNya. S.Al-Insyiqaq,6
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Ertinya:Dirikanlah sholat untuk mengingatiKu.S.Thaha,14
وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ
Maksudnya:Janganlah engkau termasuk dikalangan orang yang lalai.S.Al-A’raf , 205

Saydatuna Aisyah r.a. meriwayatkan sabda Nabi SAW:
لا ينظر الله الي صلاة لا يحضر الرجل فيها  قلبه مع بدنه
Mafhumnya:Allah tidak melihat pada sesuatu sholat itu yang seseorang itu tidak menghadirkan hatinya serta anggota badannya dalam sholat.

Nabi Ibrahim ketika melakukan sholat akan berdebar hatinya sebagai takutnya kepada keagungan Allah.Demikian juga Ali bin Abi Talib berubah wajahnya menjadi pucat apabila mendirikan sholat. Apabila ditanya oleh para sahabatnya.Ali menjawab telah dating waktu amanat iaitu sholat yang dahulu pernah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung ganang tetapi semua mereka menolak.Sekarang ini amanat itu aku bawa.

Rasulullah SAW melihat seorang lelaki yang sedang sholat tetapi sering mengusap janggutnya lantas Junjungan SAW bersabda:
لو خشع قلب هذا لخشعت جوارحه
Mafhumnya:Jika hati orang itu khusyu’ tentu khusyu’ pula seluruh anggota badannya.

HIKMAH SHOLAT BERJAMA’AH

Sholah jama’ah bukan sekadar fardhu kifayah malah ia menjadi tuntutan Islam yang paling utama iaitu kesatuan dan kehidupan berorganisasi.Antara keistimewaan sholat jama’ah ialah:

1.       Pertemuan dan perhimpunan Muslimin/Muslimat dalam satu kesatuan     dibelakang kepimpinan seorang pemimpin atau imam.Dsinilah terpancarnya ajaran Islam yang paling unggul.

2.       Perhimpunan Muslim/muslimah kaya dan miskin tanpa mengira derjat dan kedudukan.Konsep al-masawah atau persamaan ditayangkan dengan jelas dalam sholat berjama’ah.Sebagaimana firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
Maksudnya:”Wahai orang2 yang beriman sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan,Kami jadikan kamu berbangsa2 dan berpuak2 supaya kamu saling berkenalan.Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu ialah yang paling bertaqwa.”Surah al-Hujurat ayat 13.

3.       Pertemuan dan perhimpunan dalam sholat dan ibadah akan menyuburkan kasih sayang antara ahli jama’ah walaupun sebelumnya mereka belum kenal mengenali,lebih2 lagi mereka menghadap kiblat yang satu serta melaksanakan suatu tanggungjawab yang sama.

4.       Perhimpunan sholat kerana undangan Allah untuk melaksanakan agenda hablumminaLlah dan hablumminannas yang menjadi paksi wehdah Islamiyyah.

Rasulullah SAW bersabda mengenai kewajipan sholat berjama’ah:
صلاة الجماعة تفضل صلاة الفذ بخمس وعشرين
Maksudnya:Sholat jama’ah melebihi sholat sendirian dengan 25 derjat.

Demikian juga sholat juma’at telah difardhukan oleh Allah SWT untuk mengukuhkan kesatuan ummah melalui perhimpunan Muslimin disesebuah masjid selain sholat berjama’ah,mereka turut mendengar khutbah yang berupa nasihat untuk memperbaiki urusan kehidupan mereka.

Hari juma’at telah menjadi hari kebesaran Islam kerana kefardhuan sholat juma’ah.Perintah sholat juma’at ini dirakamkan oleh al-Quran dalam surah al-Juma’ah ayat 9-10.Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيراً لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya:”Wahai orang2 yang beriman ! apabila diseur untuk menunaikan sholat juma’at,maka bersegeralah kamu untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.Yang demikian itu lebih baik bagi kamu  jika kamu mengetahuinya.Apabila telah ditunaikan sholat,maka bertebaranlah kamu di muka bumi,dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak2nya supaya kamu berjaya.”

HIKMAH ZAKAT

Zakat adalah kefardhuan yang ditentukan oleh Allah SWT mulai tahun kedua Hijrah.Allah telah menggambarkan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah sebagaimana ayat berikut:

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ وَتَثْبِيتاً مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya:Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat,maka kebun itu menghasilkan buah-buhan dua kali ganda.Jika hujan lebat tidak menyiraminya,maka hujan gerimis pun memadai.Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.Surah al-Baqarah 265.

Ayat diatas mencerminkan hakikat sebenar zakat dan infaq harta yang dihamburkan kerana mencari keredhaan Allah akan menyuburkan ruh keimanan dan kepedulian sosial yang tinggi dalam masyarakat Islam.

Objektif utama mengeluarkan zakat ialah;
  1. Dalam rangka beribadah kepada Allah serta membantu golongan yang berhajat.
  2. Menyuburkan sifat pemurah dan keperihatinan didalam jiwa orang-orang yang beriman serta menyucikan jiwa daripada sifat-sifat tercela seperti kikir.Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Tawbah ayat 103; خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا
Maksudnya:Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka,dengannya kamu dapat membersihkan dan menyucikan (jiwa dan harta) mereka.
  1. Zakat sebagai saluran untuk orang-orang yang dianugerahkan harta dan kelebihan untuk mensyukuri ni’mat-ni’mat Allah.
Rahsia kenapa perlu dirahsiakan pemberian zakat kepada golongan yang memerlukan pertolongan antaranya;Memelihara kehormatan orang-orang yang  berhajatkan pertolongan serta menghindarkan orang yang berzakat itu daripada sifat riya` iaitu inginkan sanjungan dan pujian.Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 271;

إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya:Jika kamu menambahkan sedekahmu,maka itu adalah lebih baik dan jika kamu menyembunyikannyadan kamu berikan kepada orang-orang faqir ,maka menyembunyikannya itu lebih baik bagi kamu.Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Bersedekah atau berzakat secara terang-terangan sering mengundang risiko riya` dan ‘ujub yang menjerumuskan kita kepada syirik kecil serta menghapuskan amalan-amalan sholeh kita,firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 264:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْداً لاَّ يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُواْ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya:Wahai orang2 yang beriman janganlah kamu menghapuskan pahala sedekahmu dengan menyebut2nya dan menyakiti perasaan kerana riya` atau menunjuk2 kepada manusia serta dia tidak beriman kepada Allah dan hari kiamat.Maka perumpamaan orang2 seperti ini adalah seperti batu licin yang diatasnya ada tanah,kemudian batu itu ditimpa hujan lebat,lalu ia menjadi bersih (tidak bertanah lagi).Mereka tidak menguasai sesuatu jua pun yang telah mereka usahakan.Dan Allah tidak member pertunjuk kepada golongan kafir.

HIKMAH ZAKAT 2

Hadis berikut ini membicarakan hikmah zakat dan keluhuran akhlak Islam (keikhlasan hati)didalam kefarduannya.Rasulullah SAW bersabda;
سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل الا ظله يوم امام عادل وشاب نشاء في عبادة الله ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وافترق عليه ورجل قلبه متعلق بالمسجد اذا خرج منه حتي يرجع اليه ورجل دعته امراءة ذات منصب وجمال فقال اني اخاف الله رب العالمين ورجل تصدق بصدقة فاخفاها حتي لا تعلم شماله ما انفقت يمينه

Mafhumnya: Tujuh orang akan mendapatkan perlindungan dari Allah pada suatu hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya; Iaitu (1) pemimpin yang melaksanakan keadilan,(2) pemuda yang membesar dalam keadaan beribadah kepada Allah, (3&4) dua orang lelaki yang berkasih sayang pada jalan Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah,(5) seorang lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid keluar dan masuk didalamnya, (6) seorang lelaki yang diajak oleh wanita cantik dan berkedudukan tetapi dia menjawab aku takut kepada Allah Tuhan sekalian alam dan (7) seorang lelaki yang bersedekah/berzakat serta merahsiakannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” 

Sifat kedermawanan telah ditunjukkan oleh Saydina Hussein putra Fatimah putri Rasulullah SAW yang menyedekahkan harta miliknya untuk perbelanjaan setahun sebuah keluarga bangsawan yang jatuh muflis.

ZAKAT MENCEGAH KEKIKIRAN

Nafsu manusia cenderung kepada sifat tamak sejak seusia bayinya lagi.Kewajipan berzakat adalah suatu usaha melatih jiwa untuk memiliki sifat kedermawanan secara berangsur-angsur sehingga menjadi sebati dengan jiwa seseorang.Ini disebabkan harta kadang-kadang dicintai oleh manusia lebih daripada zuriat keturunan.Allah SWT sendiri mendahulukan kalimah harta daripada anak-anak ketika memperkatakan perhiasan hidup duniawi ke atas manusia.FirmanNya;

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا  Maksudnya:Harta dan anak-anak itu perhiasa hidup didunia.Surah al-Kahf ayat 46.

Apabila anda mengeluarkan zakat,berjuang melawan runtunan hawa nafsu serta melatih jiwa kedermawanan bermakna anda telah membersihkan maruah dan nama baik anda serta menghilangkan sifat mazmumah atau tercela anda iaitu kikir.Perlu diingat kekikiran adalah akibat terhakisnya keimanan kepada Allah dan adanya sifat berburuksangka dengan kemurahan Allah keatas anda.Allah SWT telah dan akan melimpahkan rezeki kepada anda dan mengganti apa yang telah anda belanjakan pada jalan Allah serta melipatgandakan rezeki yang lain kepada anda.Kedermawanan adalah dampak keimanan yang sempurna.Ayat berikut ini mencela kekikiran dan menjanjikan kehinaan dan kesengsaraan kepada golongan yang kikir dan mementingkan diri semata-mata;

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيم
ٍ يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَـذَا مَا كَنَزْتُمْ لأَنفُسِكُمْ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ
Maksudnya:Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah,maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih.Pada hari dipanaskan emas dan perak  itu didalam neraka jahannam,lalu dibakar dengannya dahi,lambung dan punggung mereka.(Lantas dikatakan kepda mereka) Inilah harta benda yang anda simpan untuk diri sendiri,maka rasakanlah sekarang akibat dari apa yang anda simpan itu.”(Surah al-Tawbah ayat 34-35)

HIKMAH KEADILAN BERZAKAT 

Zakat adalah kefardhuan yang mementingkan kualiti daripada kuantiti.Setiap pemberian dari harta yang dimiliki sewajarnya dari bahagian yang paling baik dan paling disayangi.Bersandarkan firman Allah SWT:

لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Maksudnya:Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.Surah Ali Imran ayat 92.

Konsep keadilan adalah mengeluarkan zakat dengan harta yang terbaik.Anda adalah manusia terbaik kerana mendidik jiwa sendiri bersifat pemurah dan sedia berkorban kerana Allah SWT.Firman Allah SWT lagi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الأَرْضِ وَلاَ تَيَمَّمُواْ الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ إِلاَّ أَن تُغْمِضُواْ فِيهِ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman,belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu.Dan janganlah kamu memilih yaqng buruk lalu kamu belanjakannya,pada hal kamu sendiritidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejam mata terhadapnya.Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.Surah al-Baqarah ayat 267.

Apabila seseorang mengeluarkan zakat dari harta yang terbaik dan merasa gembira kerananya.Dia wajar dipanggil dermawan yang sebenar.Tegasnya ni’mat yang disyukuri akan menetap dibumi,sebaliknya apabila diingkari ia akan lenyap.Mensyukuri ni’mat boleh dengan kaedah ucapan dan boleh juga dalam bentuk perbuatan.Ini disebabkan beribadah itu sendiri adalah kaedah terbaik mensyukuri ni’mat.Memandangkan ni’mat Allah tidak boleh dihitung maka cara terbaik adalah beribadah seperti mengeluarkan zakat sebagai tanda bersyukur kepada ni’mat Allah yang tidak terhitung itu.Ingatlah dengan membelanjakan harta bermakna kita menyuburkannya dan mengembangkannya sebagaimana firman Allah SWT:

لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya: Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu,dan jika kamu mengingkari  (ni’matKu),maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.Surah Ibrahim ayat 7).

Hikmah zakat sebenarnya memperkukuhkan ni’mat Allah keatas manusia.Antara hikmahnya dari aspek sosial:
i.        Anda membelenggu tangan orang miskin dari berbuat kejahatan.
ii.       Anda memperkukuhkan keamanan awam
iii.      Anda menghindari harta daripada hilang.

Oleh sebab itu Rasulullah SAW bersabda:

حصنوا اموالكم بالزكاة
Mafhumnya:Peliharalah harta kekayaanmu dengan mengeluarkan zakat.

HIKMAH ZAKAT BAGI PENERIMANYA

Ketahuilah bahawa Allah jualah yang dengan rahmatNya melapangkan anda untu berbuat kebajikan dan tumbuh subur sifat kasih sayang anda kepada sesama manusia.Terdapat amat banyak hikmah yang tersurat dan tersirat daripada kewajipan berzakat sebagaimana yang diungkapkan oleh Allah dalam ayat 60 Surah al-Taubah berikut ini:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاء وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Maksudnya:Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang fakir,orang miskin,para pengurus zakat,golongan mu`allaf yang jinak hati mereka (dengan Islam),untuk membebaskan hamba,golongan yang berhutang,orang-orang yang berjuang di jalan Allah dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan,sebagai suatu kefardhuan dari Allah.dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Orang miskin adalah orang yang dinisbahkan memiliki persediaan makanan yang cukup untuk satu hari sahaja,sedangkan orang fakir adalah orang yang tidak memiliki bekalan makanan sama sekali.Mereka adalah orang dibelenggu oleh kesengsaraan dan penderitaan kelaparan serta kehidupann yang merempat.Justeru itu apabila orang kaya memiliki sifat kasihan belas kepada golongan ini,bukan sahaja mereka dapat memenuhi hajat orang yang lapar tetapi lebih jauh dari itu melepaskan mereka dari belenggu kehinaan meminta-minta dan putus harapan.

Alangkah jengkelnya situasi apabila kebakhilan membelenggu tangan orang yang berada yang mengakibatkan sifakir dan simiskin menderita kehinaan yang merupakan musibah yang lebih perit daripada kelaparan.

Oleh itu orang kaya yang berzakat merupakan amalan kebaikan dan kebaktian yang amat tinggi nilainya dari perspektif syariah Islamiyyah.Sebaliknya amat hina dan kemurkaan Allah keatas orang kaya yang bakhil yang hanya mementingkan diri serta sombong dengan kemewahannya.Sabda Rasulullah SAW:
لئن تضع يدك في فم التنين الي المرفق فيقضمها خير لك من ان تسئل من لم يكن له شئ فكان له شئ
Mafhumnya:Apabila kamu memasukkan tanganmu ke mulut ular besar sampai kesiku,kemudian ular itu menggigitnya,sungguh lebih baik daripada meminta-minta kepada orang yang tidak memiliki sesuatu,sedangkan dia sendiri memilikinya.

Sifat kemurahan dan keprihatinan golongan mu`min terpancar pada kisah Fatimah az-Zahra` binti al-Rasul SAW.Pada suatu hari Rasulullah SAW menziarahi dua cucunya al-Hasan dan al-Husein sakit lantas junjungan SAW meminta Ali krw bernazar agar kedua-dua puteranya sembuh.Ali bernazar untuk berpuasa tiga hari.Setelah sembuh anak-anaknya Ali meminjam gandum sebanyak 3 cupak.Fatimah lalu membuat 5 roti daripadanya.Kemudian datang seseorang meminta sedekah.Lalu mereka memberi semua gandum kepada orang yang lapar itu tiada tersisa untuk mereka untuk bersahur.Seluruh keluarga Fatimah hanya bersahur dan berbuka dengan air sahaja.Junjungan melihat semua ahli keluarganya dalam kelaparan lantas turun firman Allah SWT:

يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْماً كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيراً   وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِيناً وَيَتِيماً وَأَسِيراً   إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاء وَلَا شُكُوراً
Maksudnya:“Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata dimana-mana.Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin,anak yatim dan orang yang ditawan.Sesungguhnya Kami member makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah,kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak juga ucapan terimakasih.”  Surah al-Insan ayat 7-9.

Perhatikanlah sifat kasih sayang dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh ahli keluarga Rasulullah SAW. Selanjutnya golongan ‘amil yang bertugas menguruskan zakat tetapi mengkhianati tugasan itu wajiblah dihukum oleh pemerintah Islam.(Bersambung).

HIKMAH ZAKAT FITRAH

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah untuk menunaikan kewajipan dan mencari kebaikan serta ketaqwaan.Apabila jiwa menjadi suci terhindarlah seseorang itu daripada kejahatan dan larangan Allah SWT.Kesucian yang sempurna sememangnya menjadi tujuan syari’ah.Untuk memperkukuhkan ibadah berpuasa Allah SWT memfardhukan pula zakat fitrah yang bertujuan menyucikan jiwa daripada sifat-sifat mazmumah seperti kikir dan mementingkan diri semata-mata.Zakat fitrah adalah bermatlamat member makan kepada fakir miskin dan orang-orang yang terlantar sebagai tanda kesyukuran orang-orang yang beriman kepada limpah kurnia rezeki Allah SWT kepada mereka.Junjungan Nabi SAW bersabda:
اغنوهم عن المساءلة في مثل هذا اليوم  Mafhumnya:Perhatikanlah urusan mereka (fakir miskin) pada hari seperti ini.

Zakat fitrah merupakan setengah sya` gandum yang mempunyai hikmah berlipat ganda dibandingkan dengan makanan lain kerana khasiat serta ia menjadi makanan utama.

HIKMAH ZAKAT KEPADA ZIMMI

Kaum zimmi mempunyai perjanjian dengan kaum Muslimin yang dijamin jiwa,kehormatan dan harta mereka dalam Negara Islam.Ia juga mempunyai hak dan kewajipan sebagaimana orang islam.Oleh itu kaum Muslimin boleh memberikan zakat kepada kaum zimmi dengan bertujuan untuk melaksanakan kebaikan.Apabila kaum Muslimin berbuat baik dan mengambil berat tentang ehwal mereka tentunya mereka akan memandang tinggi kepada Islam dan barangkali dengan iziun Allah mereka mendapat hidayah untuk memeluk Islam.Inilah hikmah zakat yang diharuskan diberikan kepada mereka.Allah SWT sendiri menjelaskan persoalan ini didalam firmanNya:

لا َ يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya:Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang2 yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusirmu dari negeri mu.Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang berlaku adil.Surah al-Mumtahanah ayat 8.

Sabda Rasulullah SAW:
خذ من اغنياءهم و رد ها في فقراءها
Mafhumnya:Ambillah zakat dari golongan kaya mereka dan bahagikannya kepada para faqir mereka.

HIKMAH KEPERLUAN MANUSIA KEPADA KEPIMPINAN/KHILAFAH

Keperluan umat Islam kepada kepimpinan atau khilafah adalah satu kewajipan sebagaimana keperluan jasad kepada nyawa.Umat Islam telah bertebaran diseluruh pelusuk bumi di Cina, India,Afrika,Eropah,Rusia,Amerika dan seluruh bumi Asia.Mereka perlu kepada pemimpin yang dapat menyatupadukan mereka dan yang dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh mereka.Lewbih-lebih lagi kini umat Islam tertindas dan hidup sengsara akibat penjajahan,penaklukan,pencerobohan,kemiskinan dan kejahilan.

Kekhalifahan itu adalah pemerintahan agama yang memiliki kekuasaan agama dan politik sekaligus sedangkan umat Islam hidup tidak teratur urusan mereka  yang diakibatkan terpisahnya kedua-dua kekuatan itu.Justeru itu umat Islam perlu kepada kepimpinan yang tunggal yang menyatukan kedua-dua elemen itu.Sebagaimana firman Allah SWT:

يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُوْلَـئِكَ يَقْرَؤُونَ كِتَابَهُمْ وَلاَ يُظْلَمُونَ فَتِيلا وَمَن كَانَ فِي هَـذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي الآخِرَةِ أَعْمَى ً وَأَضَلُّ سَبِيلاً
Maksudnya: (Ingatlah) Hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama Imamnya,kemudian sesiapa yang diberikan kitabnya ditangan kanannya,maka mereka akan membacanya (dengan sukacita),dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikit pun.Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada didunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya),maka dia juga akan buta diakhirat dan lebih sesat lagi jalannya.Surah al-Isra` ayat 71-72.


Surat Imam Abu Yusuf kepada Khalifah Harun al-Rasyid mengenai Kepimpinan:

Sesungguhnya Amir al-Mu`minin mengarahkan aku menulis buku mengenai undang-undang pajakan,percukaian 1/10,zakat,jizyah dan lain-lain.Semua arahan itu untuk menghindari daripada menzalimi rakyat dan mencari perbaikan dalam kehidupan mereka.Aku pun menulis sebagaimana berikut:Wahai Amir al-Mu`minin sesungguhnya Allah telah membebankan dilehermu suatu urusan yang besar.Pahala dan dosanya sama besarnya.

i.        Tuhan telah mengikat dirimu dengan urusan ummah.Waktu pagi dan petangmu telah dipilih untuk menangani masalah rakyat.

ii.       Allah telah memilihmu untuk memimpin mereka dan mereka memberi mandat dan kepercayaan kepadamu.Ia adalah satu ujian Allah keatasmu.

iii.      Sesungguhnya tidak bermakna sama sekali sekali seandainya mendirikan bangunan tanpa asas.Dan asas bangunan ialah taqwa.Janganlah anda mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang telah dibebankan keatas mu itu.Sesungguhnya kekuatan beramal adalah keizinan Allah.

iv.      Janganlah anda menunda urusan hari ini kepada esok.Seandainya anda berbuat demikian bermakna anda telah mengabaikan amanah,kerana ajal itu bukan angan-angan,tidak ada lagi amal selepas ajal.

v.       Sesungguhnya para pemimpin akan dibentangkan amalan/tanggungjawab mereka dihadapan Allah.Maka tegakkanlah kebenaran dan keadilan yang dikuasakan Allah keatasmu walau sesaat.Lantaran pemimpin yang paling berbahagia ialah yang telah membahagiakan rakyat kerananya.

HIKMAH JIHAD DI JALAN ALLAH

Terlalu banyak salah faham terhadap konsep jihad.Sesetengah manusia berpendapat bahawa jihad bermakna memaksa dan memerangai orang-orang bukan Islam untuk memeluk Islam.Sangkaan ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam.Malah merupakan fitnah yang dahsyat terhadap Islam.

Nabi Muhammad SAW tidak diutuskan untuk menumpahkan darah sesama manusia,atau melakukan pencerobohan keatas wilayah lain atau sengaja mahu menimbulkan kekacauan dan peperangan.Hanya orang-orang yang mendapat hidayah akan memahami dan menghayati ajaran Islam yang murni tentang jihad.Sesungguhnya jihad itu adalah suatu kefardhuan keatas umat Islam dan sesiapa yang mengingkari kewajipannya sesungguhnya mereka sengaja menempah kekafiran.Sungguhpun demikian jihad mempunyai syarat-syarat yang tertentu serta didalam kefardhuannya terkandung hikmah yang agung dan penuh kebijaksanaan.

Pada dasarnya jihad dalam Islam ialah memerangi dan menentang golongan yang berusaha untuk merobohkan keamanan dan kesentosaan kaum Muslimin serta mereka berusaha menceroboh dan mengancam keamanan dan kedamaian yang sudah wujud didalam masyarakat.Jihad juga bermakna menentang mereka yang membuat fitnah,golongan yang mengingkari perintah agama,golongan yang keluar dari jama’ah Islam dan golongan yang menderhaka kepada pemerintahan Islam yang adil dan sah.Tegasnya jihad dalam Islam bermaksud mencegah kerosakan dan kekacauan,melenyapkan kezaliman dan penindasan serta membasmi golongan yang sengaja melanggar peraturan-peraturan Islam.

Jelas sekali jihad merupakan sunnah Allah yang bertujuan untuk memelihara keseimbangan dan keadilan yang telah diciptakan oleh Allah sejak azali lagi.Jika haiwan berusaha mempertahankan dirinya daripada diceroboh oleh pihak lain dengan menggunakan seluruh kekuatan dan senjata yang dianugerah oleh Allah keatas mereka,maka demikian juga manusia yang dikurniakan akal dan naluri kefitrahan tidak akan membiarkan harta benda,maruah,agama dan tanah airnya daripada diceroboh atau ditindas oleh pihak lain.Disinilah terserlahnya ajaran Islam tentang gagasan jihad sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 251 berikut ini:

وَلَوْلاَ دَفْعُ اللّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الأَرْضُ وَلَـكِنَّ اللّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ
Maksudnya:Seandainya Allah tidak menolak (penindasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain,nescaya rosaklah bumi ini.Akan tetapio Allah SWT memiliki anugerahNya yang dilimpahkan keatas alam semesta ini.

Tegasnya Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk membawa rahmat kesekalian alam serta member khabar gembira tentang kebaikan dan kesejahteraan yang dianjurkan oleh Islam keatas alam sejagat.Sebagaimana firman Allah SWT:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ Maksudnya:Dan tidaklah Kami mengutuskan dikau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat keatas alam sejagat.Surah al-Anbiya` ayat 107.

HIKMAH JIHAD DI JALAN ALLAH 2

Al-Quran mengemukakan hujah-hujah yang sarat mengenai matlamat perdamaian bukannya menganjurkan pertumpahan darah.Nabi Muhammad SAW tidak melatih para pengikutnya untuk menjadi tentera sebaliknya mengajak mereka kepada jalan Allah yang lurus untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.Para sahabat junjungan SAW adalah bintang-bintang yang menyinari kaum Muslimin dalam menyelesaikan urusan agama dan dunia.
Junjungan Nabi SAW bersabda:

ادبني ربي فاحسن تاءديبي وامرني بمكارم الاخلاق
Mafhumnya:”Tuhanku telah mendidikku,kemudian telah membuat pendidikanku itu sebaik-baiknya dan memerintahku untuk berakhlak dengan akhlak yang paling mulia.”  Dan sabdanya lagi:
بعثت لاتمم مكارم الاخلاق  Mafhumnya:Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Justeru itu tidaklah termasuk dalam lingkungan akhlak yang mulia sekiranya berlaku pertumpahan darah dengan cara aniaya atau pencerobohan.Dan tidak termasuk didalam akhlak yang mulia seandainya berlaku pembentukan kerajaan secara zalim dan melampaui batas.

Allah SWT mengutuskan rasulNya ketika manusia tenggelam dalam lautan kesesatan dan jahiliyyah dalam pelbagai bentuknya.Rasulullah SAW mengajak mereka beriman kepada Allah yang menguasai kerajaan langit dan bumi.Dan mengajak mereka meninggalkan segala bentuk syirik dan kezaliman.

Apabila dakwah Islam dihalang dan umat Islam dizalimi dan ditindas maka Allah SWT memerintahkan umat Islam  supaya mempertahankan diri dan berjihad demi perintah Allah SWT.Sebenarnya tidak ada perang kecuali untuk menghindari penindasan kaum musyrikin yang berleluasa ke atas umat Islam.Perintah perang itu datang daripada Allah SWT jua.Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 194:

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُواْ عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ
Maksudnya:”Oleh kerana itu sesiapa yang menyerang kamu,maka seranglah mereka sebagaimana serangan mereka keatas kamu.”  Firman Allah lagi dalam Surah al-Taubah ayat 36:

وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَآفَّةً
Maksudnya:”Dan perangilah kaum Musyrikin itu seluruhnya sebagaimana mereka juga memerangi kamu seluruhnya.”

Seluruh keterangan mengenai ayat-ayat al-Quran menampilkan kewajipan memerangi golongan kafir yang menyakiti dan mengancam keamanan umat Islam.Terdapat juga ayat-ayat al-Quran yang mewajibkan umat Islam memerangi golongan kafir dan golongan yang berpaling dari ajaran agama dan berbuat jahat di muka bumi.

Justeru itu jihad menjadi kefardhuan kepada keatas umat Islam hingga hari qiamat.Seandainya umat Islam tunduk kepada kezaliman dan menghina diri dihadapan golongan yang zalim nescaya mereka akan terhina didunia dan akan menerima seksaan Allah diakhirat kelak.Dengan sebab itulah Junjungan Rasulullah SAW bersabda:

الجهاد ماض الي يوم القيامة
Mafhumnya:Jihad akan terus berlangsung hingga hari qiamat.
HIKMAH JIHAD DI JALAN ALLAH 3

Telah dijelaskan hikmah kenapa difardhukan jihad.Kefardhuannya dilandasi oleh hujah-hujah syari’at Islam yang suci. Keutamaannya tidak setara dengan keutamaan-keutamaan lain. Manakah yang lebih utama daripada melindungi keluarga, menghindari azab Allah,mempertahankan jiwa, kehormatan dan jiwa daripada dicerobohi.Manakah keutamaan lain daripada insane yang mendermakan dan mewakafkan diri dijalan Allah,memelihara maruah daripada dipijak-pijak, menjaga harta daripada dicerobohi, memelihara nyawa daripada melayang dan meninggikan kalimah Allah dan sunnah rasulNya !!! Ayat suci al-Quran yang mulia telah mengungkapkan keutamaan berjihad antaranya dalam surah al-Nisa` ayat 95-97 berikut ini:

لاَّ يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُـلاًّ وَعَدَ اللّهُ الْحُسْنَى وَفَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْراً عَظِيماً
Maksudnya:Tidaklah sama (keadaan) orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang2 yang beriman-selain daripada orang-orang yang ada keuzuran- dengan orang-orang yang berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam)  dengan harta dan jiwa mereka.Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta dan jiwa mereka atas orang2 yang tinggal duduk (yang tidak turut berperang kerana uzur) dengan satu darjat  (kelebihan).Dan tiap2 satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga),dan Allah melebihkan orang2 yang berjuang atas orang2 yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar.

Sehubungan ini Rasulullah SAW bersabda:
فان مقام احدكم في سبيل الله افضل من صلاته في بيته سبعين عاما الا تحبون ان يغفر الله لكم ويدخلكم الجنة اغزوا في سبيل الله تعالي من قاتل في سبيل الله تعالي فوق ناقة وجبت له الجنة Mafhumnya: Sesungguhnya kedudukan salah satu golongan kamu sekalian (yang berjihad) di jalan Allah lebih utama daripada sholat dirumahnya selama tujuh puluh tahun.Tidakkah kamu suka Allah mengampunimu (dosa2) dan memasukkan kamu dedalam syurga.Berperanglah kamu di jalan Allah Ta’ala kerana sesiapa yang berperang dengan mengenderai unta nescaya wajib baginya dibalas dengan syurga.

Tegasnya orang yang tidak berjihad mempertahankan agamanya,kehormatan,harta serta hak-hak yang diperintah mempertahankannya sudah pastinya akan ditimpa kehinaan disisi Allah.

Allah mencintai orang2 yang berjihad dijalanNya dalam suatu jama’ah yang tersusun rapi dibawah kepimpinan yang adil dan bertaqwa sebagaimana firman Allah SWT beriokut ini:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ
Maksudnya:Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk mempertahankan agamaNya,dalam jama’ah yang tersusun rapi,seolah-olah mereka sebuah bangunan yang terbina kukuh.S.al-Saff /4.

Sebagai isyarat kasih sayang Allah keatas orang2 yang berjihad di jalanNya lantas Allah menjanjikan kehidupan spiritual yang kudus disisi Allah keatas mereka yang gugur syahid dijalan Allah dengan firmanNya:

وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
Maksudnya:Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati;(mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.Surah Ali ‘Imran / 169.

HIKMAH JIHAD DI JALAN ALLAH 4

Jihad dengan Harta

Tidak semua manusia sanggup dan berupaya berjihad dengan nyawa,tetapi ada sebilangan manusia berupaya berjihad dengan harta.Dalam keadaan tertentu jihad dengan harta amat diperlukan dan memiliki signifikasi tersendiri.Malah jihad dengan harta dapat memenuhi jihad dengan nyawa dan peperangan kerana persiapan untuk berperang dijalan Allah memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan persenjataan yang lengkap dan kukuh untuk menghadapi serangan musuh.Sehubungan ini Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 261:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ   حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ Maksudnya:Bandingan (perbelanjaan/derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai;tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi bagi sesiapa yang dikehendakiNya,dan Allah amat luas rahmat kurniaanNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.

Allah SWT berfirman lagi:
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ  Maksudnya: Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah,sebagai pinjaman yang baik(yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah) Allah jualah yang menyempit dan meluaskan (pemberian rezeki) dan kepaNyalah kamu semua dikembalikan.(Surah al-Baqarah ayat 245)    Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ Maksudnya:Sesungguhnya orang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.(Surah az-Zumar ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda mengenai jihad dengan harta: من ارسل نفقة في سبيل الله تعالي واقام في بيته فله بكل درهم سبعماءة درهم ومن غزا بنفسه في سبيل الله تعالي وانفق في  وجهه ذلك فله بكل درهم سبعماءة درهم    Mafhumnya:Sesiapa mengirimkan perbelanjaan kejalan Allah Ta’ala sedangkan dia tinggal dirumahnya maka setiap satu dirham dia mendapat pahala sama dengan tujuh ratus dirham.Dan sesiapa yang berperang dengan nyawanya dijalan Allah Ta’ala dan mengorbankan hartanya kerana mengharapkan keredhaan Allah maka setiap satu dirham dia mendapat pahala sama dengan tujuh ratus dirham.(Riwayat An-Nasa`i)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang menggalakkan umat Islam menyokong perjuangan untuk menegakkan Islam:
ايما رجل سمع بغاز فنهض اليه ليعينه علي حاجة من حوائجه او سلم عليه قد خرج من ذنوبه كيوم ولدته امه وهو رفيقه يوم القيامة مع الشهداء ومن جهز غازيا حتي يستقل له مثل اجره حتي يموت
Mafhumnya:Sesiapa sahaja yang mendengar tentang orang yang berjuang pada jalan Allah kemudian dia bangkit untuk memenuhi keperluan perjuangan itu,sesungguhnya dia telah keluar dari dosa-dosanya seperti ketika dia baru dilahirkan oleh ibunya dan dia akan menemani para syuhada` pada hari qiamat kelak.Dan sesiapa yang mempersiapkan kelengkapan untuk orang berperang dijalan  Allah sehingga mencapai kemerdekaan dia mendapat pahala seperti pahala para pejuang itu hingga dia menemui kematian.(Riwayat Abu Daud)

HIKMAH PERSIAPAN JIHAD DI JALAN ALLAH 5
Firman Allah SWT:
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ
Maksudnya:Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia,untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu.(Surah al-Anfal ayat 60)

Persiapan jihad meliputi semua aspek kehidupan fizikal,mental dan spiritual demi menewaskan musuh dan  memenangkan Islam sehingga Rasulullah SAW bersabda:

الحرب خدعة   Mafhumnya:Peperangan itu tipudaya.
Tegasnya, Rasulullah SAW sebagai pemimpin tertinggi negara dan ketenteraan Islam memiliki pelbagai ilmu tentang selok belok peperangan dan jihad.Ia meliputi disiplin kepimpinan dan ketenteraan yang kukuh,persenjataan  yang canggih,kemahiran memantau kekuatan dan strategi musuh serta berupaya melumpuhkan kekuatan mereka.Kekuatan persiapan juga ialah kehebatan motivasi untuk menaikkan semangat patriotism tentera Islam.Para sahabat dan salafussholeh apabila mereka hendak keluar berperang lantas mereka meneriakkan : الصلاه الجامعة Maksudnya:Mari kita sholat berjemaah.Selepas itu mereka sholat berjemaah di masjid lantas mereka mendengar ucapan untuk menyuburkan ruh jihad dikalangan mereka.Beriikutan itu mereka melangkah ke medan perang tanpa merasa khawatir dan takut.Tentera Islam telah mencapai kejayaan yang memberangsang di medan perang.Sebagaimana yang dilaporkan oleh sejarawan al-Ya’kubi dan al-Dinawari bahawa tentera Islam mencapai kemenangan sebanyak 87 kali dimedan pertempuran dibawah pimpinan Rasulullah SAW.Antara faktor kemenangan itu ialah cita-cita patriot Islam ialah untuk mencapai mati syahid dimedan perang. Sebagai contoh Khalid bin Al Walid dengan10,000 tentera Islam dapat mengalahkan 100,000 tentera Parsi. Seorang ketua tentera Parsi bertanya: ” Bagaimana tentera Islam yang sedikit dapat mengalahkan tentera Parsi yang ramai ?. Beliau menjawab: ” Kami mencintai mati seperti kamu mencintai hidup, kamu berjuang untuk hidup dan kami berjuang untuk mati. Kami mencintai mati sebab itu kami menang”.

Begitu juga dengan Badar Al Qubra. Tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW hanya dengan 313 orang bersama dengan kelengkapan peperangan yang sedikit dapat mengalahkan tentera kafir yang berjumlah 1000 orang dengan kelengkapan yang banyak. Sesusungguhnya orang yang dilatih untuk hidup, tidak akan hidup dan dia sentiasa merasa dirinya tidak selamat. Sebaliknya orang-orang yang dilatih untuk mati akan hidup   mencapai kemenangan.

Para pejuang Islam yang berjuang atas dorongan aqidah akan mengenali bagaimana cara untuk mati, dengan mengenali kematianlah perjuangan akan hidup segar, kerana seseorang yang lemah tidak akan merasa takut dengan kelemahannya, dan orang yang merasa serba kekurangan tidak akan merasa terhina dengan kekurangannya kerana perjuangannya bukan dinilai dari apa yang diperolehi, tetapi dari apa yang diperolehi dari Allah SWT. Demikian juga seseorang yang senang, tidak akan berbangga dengan kesenangannya, yang berkuasa tidak akan berbangga dengan kekuasaannya dan yang berilmu tidak akan berbangga dengan keilmuannya kerana dia tahu bahawa semuanya tidak bererti jikalau diletakkan dalam satu tempat yang bertentangan dengan kehendak Allah.

Dalam tempoh 30 tahun  abad pertama Islam tentera Islam dibawah pimpinan Rasulullah SAW dan Khulafa` al-Rasyidin telah Berjaya membuka wilayah baru Islam meliputi sebahagian wilayah Rom dan Parsi kerana kehebatan persiapan mental,fizikal dan spiritual ummah sebagaimana sabda Junjungan SAW:

 خيركم قرني ثم تليها ثم تليها  Mafhumnya:Umat yang terbaik kamu ialah mereka yang berada diabadku,kemudian selepasnya,kemuian selepasnya.(Riwayat Imam al-Bukhari).

KEADILAN MATLAMAT JIHAD ISLAM BUKAN KEGANASAN

Mengapa golongan musuh Islam dan kuncu-kuncu mereka masih melemparkan tohmahan bahawa Islam membawa umatnya terkebelakang,ganas dan suka menumpahkan darah.Jawapannya barangkali mereka kurang pengetahuan tentang ajaran Islam atau memang ada agenda tersembunyi disebalik tuduhan dan tohmahan itu.Sedangkan Allah SWT mengarahkan NabiNya menyampaikan dakwah Islam secara berhemah dan berhikmah sebagaimana firman Allah SWT:
ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ   
Maksudnya:Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad)dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu)dengan cara yang lebih baik;Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya,dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat pertunjuk.Surah al-Nahl ayat 125.

Ayat tersebut mencerminkan kejernihan dakwah Islamiyyah yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW penuh dengan hikmah dan kelunakan.Malah rakaman al-Quran mengenai gaya dakwah Rasulullah SAW terpahat kejap dalam Surah Ali ‘Imran ayat 159:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maksudnya:Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (para sahabat dan pengikutmu),dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati,tentulah mereka dari kelilingmu.Oleh itu,maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu),dan pohonkanlah ampun bagi mereka,dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu.Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat,untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah,kerana sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

Ayat tersebut menggambarkan keseluruhan akhlak Rasulullah SAW sebagai pendakwah dan pemerintah Islam yang adil,unggul,berhikmah dan berhemah tinggi.Sejarah dakwah dan pemerintahan Islam dibawah teraju kepimpinan Rasulullah SAW tidak pernah memaksa penganut agama lain yang bernaung dibawah pemerintahannya untuk memeluk Islam.Perkara ini boleh disandarkan kepada firman Allah SWT didalam surah al-Baqarah ayat 256:
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ
Maksudnya:Tidak ada paksaan dalam agama (Islam),kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).

Ayat tersebut membawa gagasan “Tidak ada paksaan untuk memeluk agama Islam.”Malah peristiwa pembukaan Makkah dan perluasan wilayah Islam disepanjang zaman menjadi bukti yang tuntas mengenai dasar tersebut telah menjadi peristiwa-peristiwa indah dalam pensejarahan Islam dan ummatnya.
JIHAD SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN ISLAM

Islam menganjurkan pendekatan lunak dan berhikmah dalam penyebarannya bukan dengan cara paksaan dan kekerasan sebagaimana firman Allah SWT :
ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك
Maksudnya: Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Surah ali ‘Imran ayat 159.Setelah kaum musyrikin mengancam dakwah Islam dan ummahnya barulah Allah memfardukan keatas ummah Islam untuk memerangi mereka secara keseluruhannya.Sehubungan ini Allah SWT memfardukan keatas umat Islam berperang menghadapi kaum kuffar.
وقاتلوا المشركين كافة كما يقاتلونكم كافة
Maksudnya: Dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, Surah al-Taubah 36.

Hikmah Jizyah keatas Golongan Non Muslim

Apabila kerajaan Islam melakukan perluasan wilayah maka menjadi kewajipan kepada  pemerintah Islam untuk melindungi wilayah tersebut daripada ancaman pihak asing.Selanjutnya apabila penduduk wilayah itu memeluk Islam dengan sendirinya mereka menjadi saudara kepada kaum Muslimin kerana Allah SWT mengisytiharkan bahawa orang-orang yang beriman itu bersaudara.
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Maksudnya: Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.(Surah al-Hujurat ayat 10).

Sebaliknya jika penduduk wilayah itu tidak memeluk Islam mereka diwajibkan membayar jizyah kepada pemerintah Islam.Jizyah adalah sebagai bayaran gantirugi kepada pemerintah Islam yang melindungi harta dan kehormatan mereka.Sudah tentu pemerintah Islam memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membiayai keselamatan dan kesejahteraan rakyat bukan Islam yang bernaung dibawah pemerintahan Islam.

Konsep jizyah ini dijelaskan oleh al-Quran dalam surah al-Tawbah ayat 29:

قَـٰتِلُواْ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَلَا بِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ ٱلۡحَقِّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡڪِتَـٰبَ حَتَّىٰ يُعۡطُواْ ٱلۡجِزۡيَةَ عَن يَدٍ۬ وَهُمۡ صَـٰغِرُونَ

Maksudnya: Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.

HIKMAH KEFARDHUANBERPUASA DIBULAN RAMADHAN

Menurut hukum syarak berpuasa adalah menahan diri dari makan, minum dan  dengan niat.

Hikmah Pertama:Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana puasa itu ibadah dan bersyukur kepada anugerah Allah yang tiada terhitung itu adalah ibadah,sebagaimana firmanNya:
وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬
Maksudnya:Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).

Hikmah Kedua :P uasa adalah madrasah tarbiyyah Allah SWT untuk melatih kita menjadi golongan yang mampu melaksanakan amanah kerana diwaktu siang kita berpenat lelah serta menanggung lapar dan dahaga di bulan Ramadhan dan diwaktu malam melaksanakan qiyam Ramadhan yang intensif.Latihan ruhiyyah seperti ini jika dilaksanakan dengan sempurna akan membuahkan peribadi insan yang unggul lagi berdisiplin tinggi.

Hikmah Ketiga:Ibadah puasa berupaya menghakis kecenderungan kehaiwanan yang rakus dan gelojoh  dalam urusan makan minum dan hubungan kelamin serta menyuburkan sifat-sifat kemalaikatan yang cintakan ibadah,munajat,zikruLlah dan ilmu.

Hikmah Keempat:Kesederhanaan dan berwaspada dalam urusan makan minum akan membuahkan kesehatan kerana maidah atau perut menjadi punca segala penyakit sebagaimana firman Allah SWT:
وَڪُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ
Maksudnya:Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.Surah al-A’raf ayat 31.

Hikmah Kelima :Berpuasa melemahkan runtunan nafsu syahwatiyyah atau kelamin dan menyebabkan seseorang itu berwaspada didalam mengendalikannya sebagaimana Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari rh:
يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فانه له وجاء
Mafhumnya:Wahai pemuda sesiapa diantara kamu yang mampu berkahwin maka menikahlah dan sesiapa yang belum berkemampuan hendaklah dia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu melemahkan syahwat.

Hikmah Ke Enam :Apabila manusia merasakan sengsaranya lapar lantas timbul kasihan belas keatas golongan miskin dan melarat.Dari sini lahirnya jiwa yang amat mengambil berat kepada golongan yang berhajat.Sehubungan ini Allah memfardhukan zakat fitrah dan menganjurkan umat Islam member makan kepada orang-orang miskin.

Hikmah ke Tujuh :Berpuasa memupuk sifat-sifat mulia yang mendekati sifat-sifat kemalaikatan.

Hikmah Ke Lapan :P uasa mendatangkan kesehatan jiwa,mental dan kerohanian yang merehatkan maidah dan mindadaripada kesibukan duniawi yang tiada penghujungnya.

HIKMAH ADAB KESOPANAN 

Adab bermaksud memiliki sifat-sifat yang terpuji,keutamaan dan akhlak mulia.Bersandarkan sabda Rasulullah SAW: ادبني ربي فاحسن تاءديبي وامرني بمكارم الاخلاق  Mafhumnya: Tuhanku telah mendidikku dan telah menjadikan akhlakku yang terbaik dan memerintahkan aku dengan akhlak yang mulia.

Kesopanan kepada Allah SWT bermaksud menyembahNya dengan seikhlasnya sehingga kita mendekatiNya dan natijahnya kita menjadi takut dan gerun akan kemurkaanNya.Sabda Nabi SAW: انا اقربكم من الله واخوفكم منه   Mafhumnya:Aku adalah orang yang dekat kepada Allah diantara kamu dan aku pula yang paling takut akan kemurkaanNya.

Adab kesopanan dengan Allah SWT berkisar kepada tiga situasi:

1,       Menta’ati Allah,menionggalkan laranganNya serta berhati-hati kepadaNya yakni al-Itqan atau berwaspada dalam mentaati perintahNya dan meninggalkan larangnNya.

2.       Berusaha dengan pelbagai cara untuk mendekatiNya dan mengharapkan Allah SWT mencintainya.

3.       Sentiasa berjuang melawan nafsu yang selalu condong kepada kejahatan sebagaimana Sabda Nabi SAW: رجعتم من الجهاد الاصغر الي الجهاد الاكبر فقيل وما الجهاد الاكبر يا رسول الله فقال جهاد النفس  Mafhumnya:Kamu semua telah kembali daripada jihad yang kecil dan sedang menuju jihad yang besar.Para sahabat bertanya;Apakah jihad yang besar itu ? Rasulullah SAW bersabda:Berjihad melawan hawa nafsu.

Al-Quran telah mengemukakan gagasan beradab sopan dengan Allah SW bersandarkan surah al-Ahzab ayat 70-71 berikut:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَقُولُواْ قَوۡلاً۬ سَدِيدً۬ا يُصۡلِحۡ لَكُمۡ أَعۡمَـٰلَكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۗ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ فَازَ فَوۡزًا عَظِيمًا
Maksudnya:Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

Kemenangan akan dikurniakan oleh Allah SWT keatas orang-orang yang memiliki akhlak yang mulia kerana mereka akan mencapai kesempurnaan dalam kehidupan mereka didunia dan akhirat.

Hikmah kesopanan terhadap Rasulullah SAW amat mendarasi ajaran Islam kerana Junjungan SAW adalah makhluk yang paling dicintai Allah SWT.Mencintai Rasul bermakna kita menghampirkan diri kepada Alla ayat  SWT.Malah Allah SWT mengajar kita bagaimana beradab sopan dengan Rasulullah SAW didalam Surah al-Hujurat 1-3:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬  يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَرۡفَعُوٓاْ أَصۡوَٲتَكُمۡ فَوۡقَ صَوۡتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا تَجۡهَرُواْ لَهُ ۥ بِٱلۡقَوۡلِ كَجَهۡرِ بَعۡضِڪُمۡ لِبَعۡضٍ أَن تَحۡبَطَ أَعۡمَـٰلُكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصۡوَٲتَهُمۡ عِندَ رَسُولِ ٱللَّهِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱمۡتَحَنَ ٱللَّهُ قُلُوبَہُمۡ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۚ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَأَجۡرٌ عَظِيمٌMaksudnya:Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebagian kamu terhadap sebagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari. Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.

HIKMAH ADAB KESOPANAN 2

Hikmah kesopanan terhadap Rasulullah SAW ialah dengan tidak mendahului atau menyanggahi segala perkataan dan perbuatannya.Penghormatan terhadap junjungan SAW ialah dengan tidak meninggikan suara terhadapnya dan mohon keizinan untuk meninggalkan majlis pertemuan dengannya.Allah SWT mendidik kita beradab dengan Rasulullah SAW sebagaimana berikut:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَإِذَا ڪَانُواْ مَعَهُ ۥ عَلَىٰٓ أَمۡرٍ۬ جَامِعٍ۬ لَّمۡ يَذۡهَبُواْ حَتَّىٰ يَسۡتَـٔۡذِنُوهُ‌ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَـٔۡذِنُونَكَ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۚ فَإِذَا ٱسۡتَـٔۡذَنُوكَ لِبَعۡضِ شَأۡنِهِمۡ فَأۡذَن لِّمَن شِئۡتَ مِنۡهُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمُ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬                                                 Maksudnya:

Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu karena sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Surah al-Nur ayat 62.

Pengikut kepada suatu kepimpinan perlu memiliki ketertiban dalam menghadiri mesyuarat atau rundingan dengan pemimpinnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Mereka tidak boleh meninggalkan majlis melainkan dengan keizinan pemimpin mereka,demi kepentingan jama’ah Islam.Inilah yang diajar oleh Allah SWT didalam Surah al-Ahzab ayat 53 berikut ini:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَدۡخُلُواْ بُيُوتَ ٱلنَّبِىِّ إِلَّآ أَن يُؤۡذَنَ لَكُمۡ إِلَىٰ طَعَامٍ غَيۡرَ نَـٰظِرِينَ إِنَٮٰهُ وَلَـٰكِنۡ إِذَا دُعِيتُمۡ فَٱدۡخُلُواْ فَإِذَا طَعِمۡتُمۡ فَٱنتَشِرُواْ وَلَا مُسۡتَـٔۡنِسِينَ لِحَدِيثٍۚ إِنَّ ذَٲلِكُمۡ ڪَانَ يُؤۡذِى ٱلنَّبِىَّ فَيَسۡتَحۡىِۦ مِنڪُمۡۖ وَٱللَّهُ لَا يَسۡتَحۡىِۦ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ وَإِذَا سَأَلۡتُمُوهُنَّ مَتَـٰعً۬ا فَسۡـَٔلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍ۬ۚ ذَٲلِڪُمۡ أَطۡهَرُ لِقُلُوبِكُمۡ وَقُلُوبِهِنَّۚ وَمَا كَانَ لَڪُمۡ أَن تُؤۡذُواْ رَسُولَ ٱللَّهِ وَلَآ أَن تَنكِحُوٓاْ أَزۡوَٲجَهُ ۥ مِنۢ بَعۡدِهِۦۤ أَبَدًاۚ إِنَّ ذَٲلِكُمۡ ڪَانَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمًا                                                                                Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah- rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu kepadamu (untuk menyuruh kamu keluar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri- isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah.

Berdasarkan ayat tersebut menunjukkan bahawa Rasulullah SAW merupakan peribadi yang amat mulia sehingga kita tidak boleh memasuki rumah kecuali dengan izinnya.Adab dan sopan dengan Rasulullah SAW lebih diberi penekanan dalam soal menerima dan mematuhi segala hukum dan peraturan yang digariskan oleh junjungan SAW kedua-dua ayat berikut ini mencerminkan betapa Sunnah Rasulullah Saw adalah sumber perundangan dan hukum Islam;

وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ۬ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥۤ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاً۬ مُّبِينً۬ا                                                               Maksudnya:
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.(Surah al-Ahzab ayat 36.)
Firman Allah SWT lagi;

وَمَآ ءَاتَٮٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَہَٮٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Maksudnya: Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.(Surah al-Hasyr ayat 7)

HIKMAH ADAB KESOPANAN 3:MENGHORMATI DAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Kedua ibu bapa menjadi asbab kewujudan kita didunia ini.Kewujudan manusia adalah ni’mat terunggul yang dianugerah oleh Allah keatas semua manusiaJusteru itu penghormatan dan kebaktian anak kepada ibu bapanya merupakan suatu persoalan asasi kerana hubungan kedua-duanya amat kukuh.Lebih-lebih lagi ketika fasa pertama kehidupan anak.Bapanya membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkannya,menjaga kesihatan dan menyediakan pendidikan untuknya.Demikian juga ibunya bersusah payah mengandungkannya,menyusui dan mengasuhnya dengan pelbagai aneka kejerihan.

Oleh itu menjaga ketertiban dan pekerti terhadap keduanya adalah suatu kefarduan.Menderhakai keduanya adalah termasuk dalam lingkungan dosa besar selepas mensyirikkan Allah dan merupakan suatu aib yang amat besar.Antara ayat suci al-Quran yang menggariskan adab kesopanan dengan ibu bapa ialah ayat 15 hingga 16 Surah al-Ahqaq berikut ini:

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ إِحۡسَـٰنًا‌ۖ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ كُرۡهً۬ا وَوَضَعَتۡهُ كُرۡهً۬ا‌ۖ وَحَمۡلُهُ ۥ وَفِصَـٰلُهُ ۥ ثَلَـٰثُونَ شَہۡرًا‌ۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ ۥ وَبَلَغَ أَرۡبَعِينَ سَنَةً۬ قَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ‌ۖ إِنِّى تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (١٥) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ نَتَقَبَّلُ عَنۡہُمۡ أَحۡسَنَ مَا عَمِلُواْ وَنَتَجَاوَزُ عَن سَيِّـَٔاتِہِمۡ فِىٓ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡجَنَّةِ‌ۖ وَعۡدَ ٱلصِّدۡقِ ٱلَّذِى كَانُواْ يُوعَدُونَ
Maksudnya:Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” Mereka itulah orang-orang yang Kami terima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni syurga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.

Al-Quran mengemukakan adab kesopanan terhadap ibu bapa yang diperincikan lagi dalam ayat-ayat berikut; Surah Luqman ayat 14-15,Surah al-Nisa` ayat 36,Surah al-Baqarah ayat 215 dan Surah al-Isra` ayat 23-24.

HIKMAH SILLATURRAHIM

Hubungan kekerabatan telah menjadi fitrah kemanusiaan yang diciptakan Allah untuk mengukuhkan kehidupan mereka.Terdapat tiga situasi hubungan kekerabatan yang perlu wujud dalam kehidupan umat Islam;

1.       Kerabat yang kaya dan berada wajib membantu keluarga yang terdekat yang berada dalam kesempitan.Apabila keadaan ini terjadi maka akan wujud kasih sayang antara mereka.

2.       Penghormatan kerabat yang miskin akan bertambah kepada kerabat yang berada dan yang prihatin terhadap masalah mereka.Demikian pula rasa simpati dan kasihan belas akan meningkatkan ketaqwaan golongan kerabat yang kaya.

3.       Kaum kerabat menjadi aset terpenting kepada perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan Islam.Sebagaimana yang digambarkan dalam perjuangan awal Rasulullah SAW yang didokong oleh sebahagian besar kerabat Bani Hashim untuk mendakwahkan Islam.Kita boleh lihat bagaimana peranan Saidina Hamzah,Abbas dan Abu Talib bapa-bapa saudara Nabi Muhammad SAW yang memainkan peranan masing-masing diawal dakwah Islamiyyah yang memperkukuhkan dakwah Rasulullah SAW.Ayat-ayat berikut menjelaskan hak-hak kekerabatan yang digariskan oleh al-Quran;

وَأُوْلُواْ ٱلۡأَرۡحَامِ بَعۡضُہُمۡ أَوۡلَىٰ بِبَعۡضٍ۬ فِى كِتَـٰبِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمُۢ
Maksudnya:Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.Surah al-Anfal ayat 75.al-Quran memerincikan lagi hak-hak kekerabatan ini dalam Surah an-Nisa` ayat 1,Surah al-Baqarah 27 dan Surah al-Ra’d ayat 20-25.

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ (١٤) وَإِن جَـٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِى مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ۬ فَلَا تُطِعۡهُمَا‌ۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِى ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفً۬ا‌ۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَىَّ‌ۚ ثُمَّ إِلَىَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُڪُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (١٥) يَـٰبُنَىَّ إِنَّہَآ إِن تَكُ مِثۡقَالَ حَبَّةٍ۬ مِّنۡ خَرۡدَلٍ۬ فَتَكُن فِى صَخۡرَةٍ أَوۡ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ أَوۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ يَأۡتِ بِہَا ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ۬ (١٦)
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.S.Luqman 14-15

وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنً۬ا وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا (٣٦)
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,Surah an-Nisa` ayat 36.

يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ‌ۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٍ۬ فَلِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ‌ۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬
Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.Al-Baqarahayat215.

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”S.al-Isra` ayat 23-24.

HIKMAH ADAB KESOPANAN 4:ADAB PERGAULAN SESAMA MANUSIA 

Pergaulan yang beradab bermula dengan adab bertuturkata dan berinterksi sesama manusia seperti memberi salam dan menjawab salam serta tidak menyakiti mereka baik dengan perkataan atau perbuatan.Al-Quran mengemukakan garis panduan yang jelas tentang hal ini didalam surah An-Nisa` ayat 86:
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا
Maksudnya:Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.

Firman Allah lagi dalam surah Fushilat ayat 34-35:
وَلَا تَسۡتَوِى ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُ‌ۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُ ۥ عَدَٲوَةٌ۬ كَأَنَّهُ ۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌ وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ۬
Maksudnya:Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.

Rasulullah SAW bersabda kepeda Mu’az bin Jabal r.a. Wahai Mu’az jika kamu mampu untuk menahan diri daripada memperdaya orang baik pagi atau petang maka teruskanlah pengawasan dirimu itu kerana ia merupakan sunnahku dan sunnah para anbiya` a,s, sebelumku.Junjungan SAW sentiasa menggesa ummatnya menyelesaikan masalah dan kesengsaraan orang lain serta menyebarkan kebaikan dan kemanfaatan kepada semua manusia.Justeru itu apabila seorang lelaki dating kepada Junjungan SAW mengatakan:Wahai Rasulullah ! Manusia manakah yang paling dicintai Allah.Junjungan SAW lantas menjawab:Orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bermanfa’at kepada manusia.Dan perbuatan yang paling dicintai Allah ialah kita menggembirakan orang lain dengan  melangsaikan hutangnya,menghilangkan kesusahannya dan menghilangkan kelaparannya.

ADAB ziarah menziarahi

Kunjung mengunjung akan mencetuskan kasih sayang sesama manusia khususnya orang-orang yang beriman.Islam menggariskan etika atau tertentu dalam adab kunjung mengunjung ini umpamanya dari aspek masa.Tidak wajar menziarahi sahabat atau keluarga ketika waktu zohor atau ketika mereka sibuk bekerja.Antara adab-adab kunjung mengunjung itu digariskan oleh Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 27-29 berikut ini:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَدۡخُلُواْ بُيُوتًا غَيۡرَ بُيُوتِڪُمۡ حَتَّىٰ تَسۡتَأۡنِسُواْ وَتُسَلِّمُواْ عَلَىٰٓ أَهۡلِهَا‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ (٢٧) فَإِن لَّمۡ تَجِدُواْ فِيهَآ أَحَدً۬ا فَلَا تَدۡخُلُوهَا حَتَّىٰ يُؤۡذَنَ لَكُمۡ‌ۖ وَإِن قِيلَ لَكُمُ ٱرۡجِعُواْ فَٱرۡجِعُواْ‌ۖ هُوَ أَزۡكَىٰ لَكُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٌ۬ (٢٨) لَّيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٌ أَن تَدۡخُلُواْ بُيُوتًا غَيۡرَ مَسۡكُونَةٍ۬ فِيہَا مَتَـٰعٌ۬ لَّكُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا تَكۡتُمُونَ
Maksudnya: Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat. Jika kamu tidak menemui seorangpun didalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: “Kembali (saja)lah, maka hendaklah kamu kembali. Itu bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.Firman Allah SWT  dalam surah An-Nur ayat 61: 

فَإِذَا دَخَلۡتُم بُيُوتً۬ا فَسَلِّمُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ تَحِيَّةً۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُبَـٰرَڪَةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۚ ڪَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ لَعَلَّڪُمۡ تَعۡقِلُونَ
Maksudnya: Maka apabila kamu memasuki ( rumah dari) rumah2 (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang bererti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ayat2(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya.Surah An-Nur ayat 58-59:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِيَسۡتَـٔۡذِنكُمُ ٱلَّذِينَ مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ وَٱلَّذِينَ لَمۡ يَبۡلُغُواْ ٱلۡحُلُمَ مِنكُمۡ ثَلَـٰثَ مَرَّٲتٍ۬‌ۚ مِّن قَبۡلِ صَلَوٰةِ ٱلۡفَجۡرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ ٱلظَّهِيرَةِ وَمِنۢ بَعۡدِ صَلَوٰةِ ٱلۡعِشَآءِ‌ۚ ثَلَـٰثُ عَوۡرَٲتٍ۬ لَّكُمۡ‌ۚ لَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ وَلَا عَلَيۡهِمۡ جُنَاحُۢ بَعۡدَهُنَّ‌ۚ طَوَّٲفُونَ عَلَيۡكُم بَعۡضُڪُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬‌ۚ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ۬  وَإِذَا بَلَغَ ٱلۡأَطۡفَـٰلُ مِنكُمُ ٱلۡحُلُمَ فَلۡيَسۡتَـٔۡذِنُواْ ڪَمَا ٱسۡتَـٔۡذَنَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَڪِيمٌ۬
Maksudnya:Hai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba2 (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang2 yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya’. (Itulah) tiga ‘aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila anak2mu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang2 yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat2Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Kitab hudud dan jinayat:Hikmah had  

Allah SWT akan menghukum orang yang melakukan dosa diakhirat kelak.Manakala didunia pula menjadi kewajipan kepada pihak yang berkuasa  hukuman keatas golongan yang menceroboh hak asasi manusia.Inilah tujuan utama difardhukan hukum hudud keatas penjenayah yang merampas kedamaian dan ketenteraman orang lain seperti merompak,mencuri,membunuh,minum arak,berzina,murtad,kesalahan qazaf dan seumpamanya yang meliputi kesalahan had.Hudud boleh menjamin ketenangan manusia disegenap masa dan tempat sehingga kejahatan dan kezaliman dapat dibenteras dimuka bumi Allah ini.

Tanggungjawab melaksanakan hokum had terletak ditangan pemerintah Islam dan tidak boleh diberi kepada mangsa jenayah atau walinya.Ini disebabkan ia merupakan tanggungjawab kenegaraan dan kemasyarakatan sekiranya ahli keluarga  atau pihak mangsa bertindakbalas maka ia tidak akan berkesudahan serta timbul tindakan membalas dendam yang penuh dengan sentiment.Disinilah letaknya kewajipan menegakkan dawlah atau ulul amri yang berupaya melaksanakan keadilan.Menurut pendapat Imam Hanafi hendaklah orang yang menegakkan had ialah seorang pemimpin yang berkuasa.Manakala Imam al-Syafe’i merujuk kepada hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali tentang kewajipan pemilik hamba keatas hambanya dalam menjalankan hudud,sabda Rasulullah SAW:
اقيموا الحدود علي ما ملكت ايمانكم  Mafhumnya:Tegakkan hukuman had keatas hamba yang kamu miliki.
Mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan pertunjuk kepada anda.Ketahuilah bahawa Darul Kufr akan menjadi Darul Islam apabila hokum hudud ditegakkan dan tidak dibekukan.Adapun Darul Islam tidak akan menjadi Darul Kufri melainkan disebabkan tiga situasi:

1.       Hukum kafir terlaksana didalam negara itu.

2.       Apabila terdapat kerosakan masyarakat sebagaimana yang berlaku dinegara kafir.

3.       Apabila orang Islam dan ahl zimmah tidak terjamin keamanannya.

Di Darul Harb tidak ada siapa berkuasa melaksanakan had sehingga seseorang yang minum arak atau berzina disana apabila dia datang kenegara Islam dia boleh dihukum kerana disana tidak mewajibkan had sama sekali.Sebaliknya bila dia melakukan jenayah yang sama di Darul Islam kemudian dia melarikan diri ke Darul Harb dia tidak terlepas daripada hukum had.

Arak atau Khamar

Ia adalah punca kekejian yang mencetuskan bencana dan musibah.Bahayanya mengancam tubuh badan,nyawa,harta,keturunan,kehormatan dan binasa,menimbulkan fitnah,menyebarluaskan bencana,merosakkan akal,menimbulkan permusuhan dan memperkukuhkan sistem yang zalim.Ketahuilah para peminum arak akan ketagihan yang mendarah daging dalam diri mereka yang amat sukar untuk meninggalkannya.Justeru itu Allah SWT mengemukakan larangan meminum arak dengan penjelasan dan hujah-hujah yang sungguh kukuh,antaranya:

يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ‌ۖ قُلۡ فِيهِمَآ إِثۡمٌ۬ ڪَبِيرٌ۬ وَمَنَـٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثۡمُهُمَآ أَڪۡبَرُ مِن نَّفۡعِهِمَا‌ۗ  Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.Surah al-Baqarah ayat 219.Firman Allah SWT lagi:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ  إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan2 itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).Surah al-Ma`idah ayat 90-91,

Ayat yang mulia itu jelas mengharamkan arak.Ayat 219 Surah al-Baqarah itu adlah mengenai pertanyaan para sahabat menmgenai arak dan judi.Allah SWT masyarakat,sedangkan kemanfaatannya amat sedikit.Sebelum diharamkan arak mereka meminumnya sehingga imam yang membaca ayat tersalah bacaannya kerana mabuk,oleh itu Allah SWT berfirman:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقۡرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعۡلَمُواْ مَا تَقُولُونَ
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan.Surah al-Nisa` ayat 43.

Setelah Rasulullah SAW memohon kepada Allah SWT supaya menjelaskan hokum meminum arak lantas Allah menurunkan firmannya ayat 90-91 Surah al-Ma`idah menerangkan hukum pengharaman arak,judi,tenung nasib berhala dan panah dengan tegas dan muktamad.Tegasnya Rasulullah SAW bersabda: الخمر ام الخبائث
Mafhumnya:Arak adalah induk kekejian.Kerana ia menghalangi manusia daripada mengingati Allah,menghalangi sholat sebagai tiang agama,menutupi hati daripada sinar hikmah.Arak juga menjerumuskan manusia kepada kebinasaan jasad dan hartanya.Ia mencetuskan permusuhan.Peminum arak akan melakukan jenayah lain yang lebih besar.Golongan berada yang meminum arak akan menindas golongan bawahan tanpa kasihan belas lagi.

Kitab hudud dan jinayat:Hikmah had 2

Sambungan kuliah lepas…..Implikasi arak atau alkohol keatas para peminumnyaImplikasi utama arak ialah ia memabukkan dan menghilangkan akal yang merupakan maqasid kedua syari’ah.Ia juga mengancam kesihatan khususnya peredaran darah manusia yang akhirnya membawa kepada kematian.Menurut kajian perubatan arak mengakibatkan kepanasan selaput lender didalam perut dan juga mengakibatkan sembelit atau konstipasi.Arak juga membawa kepada kompilasi penyakit jantung yang membawa kepada kematian.Suatu kajian di England setiap 64,641 penduduknya yang berusia 25 hingga 65 tahun yang meminum arak,1000 orang daripadanya mati akibat penagihan arak.

Rumusannya penyakit yang diakibatkan oleh penagihan arak ialah:-

1.       Kurang daya imuniti tubuh manusia untuk melawan penyakit yang berjangkit khususnya penyakit paru-paru.

2.       Kebanyakan penagih arak akan ditimpa penyakit dyspepsia atau gangguan penghadaman perut dan gestrik.

3.       Mereka juga penyakit lemak pada limpa yang sukar untuk disembuhkan.Ia memberi kesan pada buah pinggang,jantung dan otak serta mengakibatkan kemandulan.

Hikmah diharamkan Zina

Zina adalah puncak kejahatan,pangkal kerosakan dan diantara dosa yang paling besar.Hikmah pengharamannya menurut syariah Islamiyyah boleh ditinjau dari pelbagai perspektif.Sungguhpun begitu pemeliharaan keturunan yang bertaqwa  menjadi matlamat utama pengharaman zina.Prinsip berkenalan dan bertaqwa ini menjadi asas maqasid al-syari’ah sebagaimana firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬   Maksudnya:Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.Surah al-Hujurat ayat 13.

Hubungan zuriat dan kekerabatan menjamin manusia yang sering ditimpa kesusahan hidup untuk menerima pertolongan dari keluarga terdekat.Syariah Islam tidak menerima seseorang yang bukan memiliki nasab keturunan akibat dari perzinaan.Syari’ah juga menekankan dalam maqasidnya tentang memelihara kehormatan dan maruah keluarga yang akan dimusnahkan oleh perzinaan.Selanjutnya salah satu jalan untuk pemantapan kerukunan rumahtangga ialah hubungan mawaddah (kasihsayang) dan rahmah (kasihanbelas) antara suami isteri yang menghindarkan pasangan itu daripada terjebak ke lembah perzinaan yang akhirnya membawa kepada krisis,perceraian dan kemusnahan rumahtangga.Disini dikemukakan 12 ayat yang menerangkan akibat dan hukuman keatas orang yang berzina yang lebih terperinci daripada kesalahan hudud yang lain.Firman2 Allah SWT:

وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬  Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.Surah al-Isra`/ 32.

ٱلزَّانِى لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوۡ مُشۡرِكَةً۬ وَٱلزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَآ إِلَّا زَانٍ أَوۡ مُشۡرِكٌ۬‌ۚ وَحُرِّمَ ذَٲلِكَ  عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَMaksudnya: Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.Surah al-Nur/ 3.
وَٱلۡخَـٰمِسَةَ أَنَّ غَضَبَ ٱللَّهِ عَلَيۡہَآ إِن كَانَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ Maksudnya:dan (sumpah) yang kelima: bahwa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar.Al.Nur/ 9.

وَٱلۡخَـٰمِسَةُ أَنَّ لَعۡنَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡهِ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ  Maksudnya: Dan (sumpah) yang kelima: bahwa la’nat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.Al-Nur/ 7. Maksud ayat 6 dan 7: orang yang menuduh isterinya berbuat zina dengan tidak mengajukan empat orang saksi, wajiblah bersumpah dengan nama Allah empat kali, bahawa dia adalah benar dalam tuduhannya itu. Kemudian dia bersumpah sekali lagi bahawa dia akan kena laknat Allah jika dia berdusta. Masalah ini dalam feqah dikenal dengan Li’an.

وَٱلَّذِينَ لَا يَدۡعُونَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ وَلَا يَقۡتُلُونَ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ وَلَا يَزۡنُونَ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ يَلۡقَ أَثَامً۬ا  يُضَـٰعَفۡ لَهُ ٱلۡعَذَابُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَيَخۡلُدۡ فِيهِۦ مُهَانًا
Maksudnya:Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina.Surah al-Furqan/ 68-69.

ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى فَٱجۡلِدُواْ كُلَّ وَٲحِدٍ۬ مِّنۡہُمَا مِاْئَةَ جَلۡدَةٍ۬‌ۖ وَلَا تَأۡخُذۡكُم بِہِمَا رَأۡفَةٌ۬ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ وَلۡيَشۡہَدۡ عَذَابَہُمَا طَآٮِٕفَةٌ۬ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap2 seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya yang mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang2 yang beriman.Al-Nur/ 2.

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَـٰنِينَ جَلۡدَةً۬ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَہَـٰدَةً أَبَدً۬ا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ   Maksudnya: Dan orang2 yang menuduh wanita yang baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang2 yang fasik.Al-Nur/ 4.

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ أَزۡوَٲجَهُمۡ وَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ شُہَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمۡ فَشَهَـٰدَةُ أَحَدِهِمۡ أَرۡبَعُ شَہَـٰدَٲتِۭ بِٱللَّهِ‌ۙ إِنَّهُ ۥ لَمِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ  Maksudnya: Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.Al-Nur/ 6.


 http://bestarilestari.com

Comments

Popular posts from this blog