HIMPUNAN HADITH DARI FB UMAT PENDOSA ALLAH PENGAMPUN



1. Dari Abu Umamah r.a berkata seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Pesuruh Allah! Apakah itu iman? Baginda SAW menjawab: Apabila kamu berasa gembira dengan amal kebaikanmu dan kamu merasa benci dengan amal keburukanmu, maka kamu adalah seorang yang beriman (mukmin). (HR Al-Hakim)

2 Dari Tsauban r.a, seorang hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mengunjungi seorang yang sakit, dia akan diam di Khurfah dalam syurga. Ditanyakan; Wahai Rasulullah! Apa itu Khurfah? Rasulullah SAW bersabda: Buah-buahan yang dipetik dari syurga. (HR Muslim)

3. Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah S.W.T) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman". (H.R.Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)
 4. Dari Abu Umamah al-Bahiliy r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah maka Allah akan meletakkan diantaranya dan neraka satu pemidang yang besarnya adalah jarak diantara bumi dan langit. (HR Tirmizi)
 Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa Nabi saw bersabda;Apabila umatku membesar besarkan dunia,maka akan dicabut daripada mereka kehebatan islam dan apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar,mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur dari pandangan Allah swt.(HR. Hakim Tarmizi
 Dari Abu Musa al-Asari ra. berkata aku mendengar Baginda Rasullah saw bersabda;Masa (yang terafdhal untuk berdoa) ialah diantara bermulanya imam membaca khutbah hinggalah selesainya sembahyang jumaat.(HR Muslim)
 Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Baginda Rasullah Saw bersabda;Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa sehingga ke akar-akar rambut (dan bulu-bulu roma). (HR Tabrani,Majma' Azzawaid)
''Ramai ibubapa marah bila anak2 tak pergi sekolah,tak pergi keje tapi tak ramai ibubapa marah bila anak2 tak solat,tak ngaji,tak zikir,tak puasa,tak tutup aurat dan dll.
Ibu lah madrasah pertama utk anak2nya.Kesian ibubapa diMalaysia ni.''
 
Hidup ini PASTI INDAH jika kita REDHA segalanya dan tiada perasaan kebencian pada sesiapa pun dalam hati. TENANGKAN LANGKAHMU bila orang membenci dan menghinamu..
 
 Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda;Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah Al Kahfi,akan terhindar daripada fitnah dajjal.(HR Tarmizi)
 
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda;Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah Al Kahfi,akan terhindar dari fitnah dajjal.dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir Surah Al Kahfi.(HR Muslim)
 
 Dari Ali r.a berkata;Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat,maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang,walaupun dajjal keluar,dia akan terhindar daripadanya.(Tafsir Ibnu Kathir)
  
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda;Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah Al Kahfi,akan terhindar dari fitnah dajjal.dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir Surah Al Kahfi.(HR Muslim)
 
 
ADAB-ADAB yg diajar nabi Muhammad s.a.w ketika masuk,semasa dan keluar TANDAS:
1. Masuk dengan kaki kiri
2. Baca Doa masuk tandas 'Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan'.
3. Menutup kepala
4. Punggung atau kemaluan tidak mengadap atau membelakangi kiblat
5. Tidak melihat kpd najis krn akan melemahkan ingatan
6. Tidak melihat kemaluan kecuali sekadar keperluan
7. Menyegerakan urusan membuang air kecil/besar
8. Dilarang bercakap / menyanyi / membaca / mencari ilham@idea
9. Dilarang membaca al-Quran
10. Dilarang menjawab salam
11. Membasuh kemaluan menggunakan tangan kiri
12. Dilarang membazir air
13. Keluar tandas menggunakan kaki kanan
14. Membaca doa keluar tandas " Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penyakitku dan telah menyembuhkan/menyelamatkanku."
Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzakh dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yang masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran di mana manusia akan menyesali di atas kelalaian mereka di dunia sebaik sahaja melihat api neraka..
 
 Moga Facebook menjadi wasilah kita semua utk ke menuju ke pintu syurga... amiiin
 
 Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga."
 
 
 
Dari Abu Musa Al Asari r.hu berkata;Aku mendengar Rasullah saw bersabda;masa yang terafdhal untuk berdoa ialah diantara bermulanya Imam membaca khutbah hinggalah selesainya sembahyang jumaat.(HR Muslim)
Dari Abu Musa Al-Asari r.hu berkata;Aku mendengar Baginda Rasullah saw bersabda;Masa yang terafdhal untuk berdoa ialah diantara bermulanya imam membaca khutbah hinggalah selesainya sembahyang jumaat.(HR Muslim)
Dari Abdullah ibn Amar ibn As r.hu meriwayatkan bahawa Rasullah saw bersabda;Barangsiapa yang mandi pada hari jumaat dengan sempurna kemudian pergi ke masjid lebih awal untuk bersembahyang lebih awal,duduk berhampiran dengan Imam dan mendengar kutbah jumaat dengan penuh tawajuh dan sentiasa senyap mendengarnya ,maka setiap langkah yang dilangkahi untuk datang ke masjid akan diberikan satu tahun pahala tahajud dan satu tahun pahala berpuasa(HR Musnad Ahmad)
Dari Wail ibn Hijr r.a berkata bahawa Rasullah saw merenggangkan jari-jarinya ketika beliau ruku' dan merapatkan jari-jarinya ketika sujud.(HR Tabrani dan Majma us Zawaaid)
Dari Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasullah saw bersabda;Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristigfar,ALLAH AKAN MEMBERI JALAN KELUAR DARI SETIAP KESEMPITAN,MENGHINDARKAN DARI SETIAP KECEMASAN DAN MEMBERI REZEKI DARIPADA SUMBER YANG TIDAK DISANGKA- SANGKA.(HR Abu Daud)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullah saw bersabda;Jikalau manusia mengetahui ganjaran azan dan berada di saf yang pertama dan tidak ada jalan lain untuk memperolehi azan dan saf yang pertama kecuali dengan cara mengundi,nescaya mereka berundi.(HR Bukhari)
Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Baginda Rasullah saw bersabda kepadaku;Wahai anak kesayanganku!Apabila kamu masuk kedalam rumahmu hendaklah kamu memberi salam kepada Ahli Keluargamu kerana ini akan menjadi berkat kepadamu dan kepada ahli keluargamu.(HR Tarmizi)
Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasullah saw bersabda;Hak bagi seorang muslim keatas seorang muslim yang lain ada enam.Memberi salam apabila bertemu,menerima jemputan apabila dijemput,apabila bersin seorang berkata 'alhamdulillah'maka hendaklah menjawab 'yarhamkallah',apabila sakit hendaklah menziarahinya,apabila mati hendaklah mengharkan jenazahnya ke kubur,dan menyukai apa yang disukai oleh dirinya sendiri.(HR Ibnu Majah)

Comments

Popular posts from this blog