Kewajiban Menuntut Ilmu & Menyebarkannya
 
 
Selamat datang & terima kasih kerana sudi melayari laman web ini.
 
Dalam kehidupan seharian, kita sering mempelajari sesuatu perkara baru. Tiada seorang pun di dunia ini lahir dalam keadaan berilmu atau sudah cukup ilmunya. Kewajipan menuntut ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan bagi setiap muslim. Jika menuntut Ilmu itu satu kewajipan bagi setiap muslimin, maka mengajarkan Ilmu yang sudah diperolehi  itu juga merupakan suatu kewajipan.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:
"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."(Riwayat Ibnu Majah)

Secara ringkasnya tujuan kami membangunkan laman web ini ialah bagi memenuhi keperluan mereka yang tidak berkesempatan mendengar kuliah ilmu secara langsung yang disampaikan oleh tokoh-tokoh agama yang memang sudah terkenal di seluruh pelusuk Malaysia malahan hingga ke Singapura, Brunai dan Indonesia. Diantaranya ialah kuliyah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Mohamad Kazim Elias Al-Hafiz, Al-fadhil Ustaz Azhar Idrus, Al-fadhil Ustaz Datuk Shamsuri Ahmad dan beberapa tokoh lagi yang memang telah sedia ada ramai peminat dan pengikutnya yang mengikuti setiap kuliah yang mereka sampaikan. 

Masing-masing mempunyai gaya dan penyampaian yang tersendiri dan mampu menarik ribuan orang hadir pada setiap kali mereka menyampaikan kuliyahnya.

Al Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz merupakan Pengerusi PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Selain mengajar sepenuh masa untuk kelas pengajian di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH, beliau juga aktif menyampaikan kuliah dan ceramah bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga di seluruh Malaysia. Al Fadhil Ustaz Kazim juga adalah merupakan penceramah tetap di Radio Perak FM.

Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus pula,  merupakan seorang pendakwah yang tersohor namanya, berasal dari Terengganu. Setiap kuliyah yang disampaikannya, mampu menarik ribuan yang hadir untuk mendengar kuliyahnya, khususnya kuliyah bulanan yang disampaikan di Masjid Ar-Ridhuan, Ulul Kelang.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk mendengar kuliyah secara langsung, bolehlah mendengar kuliyahnya dengan membeli  CD/VCD kuliyah Al Fadhil Ustaz yang banyak terdapat dipasaran ataupun sekiranya mempunyai kesulitan untuk mendapatkannya kerana kesibukan bekerja, masalah parking, atau tidak terdapat wakil penjual di kawasan tuan/puan, maka bolehlah membelinya secara online melalui laman web ini.

Untuk pengetahuan, sebahagian dari hasil jualan CD VCD ini disalurkan ke DANA PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Sedikit sebanyak dapatlah membantu menampung biaya operasi pusat pendidikan tersebut. Pesanan kami, Elakkanlah dari membeli cd/vcd cetak rompak kerana meskipun harganya lebih murah, tetapi tidak membantu kepada pusat pendidikan ini.
2
 6 PESANAN NABI
 http://www.kuliyah.ws/

2
 SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT

3
POLIS DAN MASYARAKAT

4
SAYANG DIRI SENDIRI



Comments

Popular posts from this blog