KONSEP DAN FALSAFAH PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD
Saya
ingin turut memperkatakan tentang persoalan yg mencabar ini. Walaupun
selama ini saya kelihatan dingin terhadap persoalan HUDUD dan QISAS
itu, namun selaku umat Islam yg bercita-cita memperjuangkan hukum-hakam
ALLAH secara lengkap, saya sebenarnya mempunyai pandangan tersendiri
tentang bagaimana mungkin hukum ini dapat dilaksanakan.
Diam
tidak bermakna tidak mahu dan tidak tahu. Membisingkan sesuatu kalau
bukan pada tempatnya, tidak juga akan membawa hasil yg baik.
Selama
ini saya membisu terhadap persoalan ini ialah kerana pada saya, untuk
melaksanakan nahi mungkar agar manusia jadi baik, hudud bukanlah
langkah pertamanya.
Bahkan
HUDUD ialah langkah paling terakhir yg patut dikenakan kpd seorang
penjahat setelah segala cara-cara lain tidak lagi boleh mendidiknya.
Macamlah seorang yg berhadapan dgn isteri yg derhaka, menceraikannya
bukanlah jalan awalnya. Menjatuhkan talaq hanya mungkin sesudah segala
usaha-usaha damai tidak berkesan.
Alangkah
kejamnya sesorang yg menceraikan isteri sebelum berusaha mendidiknya.
Dan lebih2 lagi kejam jika seorang lelaki yg belum pun kahwin atau baru
saja kahwin sudah berfikir bagaimana nak ceraikan isteri kalau
si isterinya itu jahat.
Halnya
ini samalah halnya dengan orang baru sahaja dapat negara atau belum
dapat negara itu lagi tetapi sudah berfikir macam mana hendak hududkan
rakyatnya. Saya yakin dalam Islam, bukan itu caranya. Islam agama
selamat. Kedatangannya menyelamatkan umat. Mencegah kemungkaran seperti
yg diajarkan dalam Al Quran ialah dengan:
”Serulah
ke jalan Tuhanmu secara hikmah dan dgn contoh pengajaran ug baik. Dan
berbahaslah dgn mereka dgn cara yang paling baik.” (An Nahl:125)
Justeru
itu, kejahatan yg berlaku dalam masyarakat mesti dihadapi dgn cara ini
dulu. Sebab kebanyakan orang yg derhaka kpd ALLAH ini, bukan kerana
sengaja tetapi kerana mereka terbiar, tidak diberi faham dan dididik
dgn iman dan Islam, dgn wahyu dan sabda Nabi, secara dekat, serius dan
berterusan. Segala usaha dimulakan dengan dakwah dan tarbiah terlebih
dulu. Hasil dakwah yang sungguh-sungguh, ternyata ramai umat Islam ini
yg mahu kpd kebaikan-kebaikan yg ada dalam Islam. Cuma selama ini
mereka jahil dan terbiar.
Diperingkat
ini hudud bukanlah masanya. Bercakap tentang hudud dalam suasana
masyarakat jahil dan terbiar samalah dengan orang yg memukul anak
kecilnya yg memegang api kerana tidak tahu api itu panas.
Hudud
hanya mungkin elok dilaksanakan pada sesorang bila kedegilannya sudah
tidak ada ubat lain lagi. Anak boleh dirotan bila dia tetap nak main
api bila telah diberitahu dan tahu api itu membahayakan dirinya. Islam
tidak menyuruh kita menyeksa orang tetapi kita disuruh agar orang jadi
baik terlebih dahulu. Seksaan hanya dibenarkan ke atas orang yg nyata
sengaja merancang dan melaksanakan kejahatan setelah melalui proses
dakwah dan tarbiah secara serius dan berterusan
Barangkali
inilah masanya yg tepat untuk saya mula berfikir tentang permasalahan
tentang hukum hudud ini. Sekalipun saya sendiri dhaif untuk turut
campurtangan, kerana sebenarnya saya bukan pakar dibidang ini, namun
kalau polemik ini terus dibiarkan, nampaknya HUDUD semakin
disalahfahamkan atau disalahgunakan. Maka saya tidak boleh biarkan
keadaan ini berterusan.
Hukum
ALLAH mesti dibela. Kebenaran mesti ditegakkan.Saya kecewa dgn
orang-orang yg ghairah sangat menggesa agar HUDUD dilaksanakan tetapi
rupa-rupanya mereka tidak betul-betul serius bersedia dgn persiapan yg
benar-benar konkrit, walaupun sudah berpuluh-puluh tahun berjuang.
Dan
saya terkejut kerana ada pula segelintir umat Islam yg menolak terus
hukum ALLAH ini tanpa hujah yg berasas. Daripada hujah dan penolakan yg
dibuat itu nyata pada kita golongan ini tidak faham tentang Islam,
agama yg dipilih untuk dianutinya itu. Mengapa mereka mengaku menganut
Islam, tetapi kemudiannya mempertikaikan undang-undang Islam?.
Sepatutnya mereka study dulu Al Quran dan Hadis itu sehingga mereka yakin betul kebenarannya, barulah mengisytiharkan, “Saya orang Islam dan akan membelanya.”
Apa,
mereka ingat ALLAH tidak fahamkah masalah-masalah yg bakal berbangkit
akibat drp perlaksanaan hudud? Dan kalau ALLAH faham, apakah ALLAH
tidak buat jalan keluar untuk masalah tersebut?
Kalau
benarlah begitu, ertinya tidak lengkaplah ajaran Islam ini. Sebenarnya
kitalah yg tidak faham Islam. Memang, kalau tidak belajar, mana nak
faham.
Dalam
Islam, sebarang masalah ada jawapannya. Dan logiknya jawapan Islam itu
mengatasi semua logik akal yg terfikir oleh manusia. Logik yg ALLAH
bekalkan dalam wahyu-Nya terasa luar biasa oleh kita, sebab kita tidak
terfikir pun logik itu sebelumnya. Hingga kerana logik Al Quran ini,
kita akan kagum dgn Islam dan merasa bertuah kerana kita menjadi
penganutnya.
Saya
dengan izin ALLAH akan cuba menjawab persoalan-persoalan yg berbangkit
tentang HUDUD dalam artikel ini. Iaitu jawapan untuk mereka yg terlau
ghairah tapi melulu dan jawapan kpd mereka yang menolak kerana tidak
tahu.
Moga-moga
kita umat Islam akan mendapat jalan keluar yg paling baik dan tepat ke
arah melaksanakan hukum-hukum Islam dalam hidup ini. Semoga dgn itu
kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Dan moga-moga oarang bukan
Islam pun akan menghormati kita kerana mereka dapat melihat kebaikan
dan kebenaran hukum Islam ini. ALLAH SWT, sekalipun telah menetapkan
hukum hudud namun Dia tetap seolah-olah mempunyai maksud yang hukum itu
bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan sahaja.
Saya berani berkata begitu kerana melihatkan syarat-syarat untuk
terlaksananya sesuatu hukum hudud itu begitu diperketatkan Nya. Hingga
hampir-hampir hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan kerana terlalu
ketat syarat-syaratnya. Untuk membuktikan kenyataan ini, saya suka
membawa contoh hukuman hudud yg dikenakan kpd penzina. Yakni kesalahan
yg mahkamah tidak boleh terima pemberiaan maaf oleh mana-mana pihak.
Kalau sabit kesalahannya, pesalah mesti dihukum.
Sebab
penzina bukan saja bersalah dgn manusia tetapi yg lebih berat ia
bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak sama-sama
suka melakukan kerja terkutuk itu, namun mereka mesti dihukum.
Begitulah ketentuan syariat. Firman ALLAH:
“Perempuan
yg berzina dan laki-laki yg berzina maka deralah tiap-tiap orang dari
keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kpd keduanya
menegah kamu untuk menjalankan agama ALLAH, jika kamu beriman kpd ALLAH
dan hari Akhirat, dan hendaklah (perlaksanakan) hukuman mereka
disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”(An Nur: 2)
Tetapi
mudahkah untuk menangkap seterusnya menghukum penzina? Saya rasa dgn
melihatkan syarat-syaratnya, ia hampir-hampir mustahil boleh berlaku.
Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:
1. Hakim mestilah adil dan bertaqwa
2.Mesti ada empat orang saksi lelaki yg adil.Saksi-saksi itu pula tidak mencari-cari, mengintai-ngintai, tidak berpakat dan tidak merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu.
Saksi-saksi
fasik tidak diterima kesaksiannya. Antara ciri-ciri fasiq ialah
berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik kaki, makan atau
minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yg melazimi
duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat.
Orang-orang
ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi dianggap tidak senonoh dan
tidak berwibawa. Jadi mereka tidak boleh jadi saksi. Apalagi kalau dia
seorang yg melanggar syariat. Selain itu, kesaksian juga tidak diterima
dari mereka yg berikut:
- Orang yg pernah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak diterima walaupun dia telah bertaubat.
- Orang yg murtad
- Orang buta
- Orang bisu
3.
Saksi-saksi mesti menyaksikan dgn mata kepalanya sendiri akan
perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya.
Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau
bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap,
kesaksiannya ditolak.
Dengan
syarat-syarat tersebut,mudahkah ditangkap seorang penzina untuk
dihukum? Kalau saksinya ramai sekalipun senangkah nak cari saksi yg
warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat.
Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi sahaja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang.
Kemudian
senang kah nak ternampak betul-betul peristiwa ‘keris memasuki sarung
itu?Yang mana biasanya hal itu berlaku sangat tertutup dan tersembunyi.
Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau
kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasik, bukan saja tuduhannya
ituditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yg suka
membawa fitnah atau suka membuka aib orang. Maka akan dikenakan hukuman
hudud keatasnya dgn hukuman rotan 80 kali. Siapa yg berani untuk
mudah-mudah menjadi saksi kpd kes zina, kalau begitulah kemungkinan
akibatnya. Dan siapa yg berani untuk mencari-cari kesalahan orang lain
untuk dibawa ke mahkamah? Pendek kata, kes zina ini memang susah untuk
dikesan dan dihukum. Dalam sejarah yg kita tahu, terlalu sedikit orang
yg kena dihukum kerana zina.Kalau ada pun penzina yg dihukum oleh
mahkamah ialah kerana penzina itu sendiri yg menyerah diri dan mengaku
salah.
Yakni
lelaki dan wanita yg baik tetapi terlajak melakukan maksiat. Kemudian
ia menyesal. Akhirnya meminta dirinya agar diazab di dunia supaya
selamat dari azab Neraka. Ertinya, pada zaman itu penzina adalah orang
baik, yg terlajak oleh dorongan nafsu. Bukannya orang yg sengaja mahu
berhibur-hibur dgn zina. Atau yg mencari makan melalui zina dll. Bukti
dia baik ialah dia rela menyerah diri padahal dia boleh lepaskan diri.
Tetapi itu tidak dilakukannya kerana dia takut kpd ALLAH- Tuhan yg Maha
Melihat dan Maha Mengetahui! Dalam masyarakat hari ini, hukum hudud
tidak sesuai untuk dijalankan. Sekalipun zina berleluasa. Ini
disebabkan sukarnya mencari seorang hakim yg adil dan saksi yg warak
serta adil. Bila tidak cukup syarat, maka hukuman tidak boleh
dijatuhkan. Kiranya kes-kes zina itu walaupun memang berlaku tetapi
tidak tersabit kesalahannya, sebab tak cukup syarat, maka
penzina-penzina lainakan mengambil kesempatan untuk lebih berani
melakukannya.
Kerana
peluang untuk lari dari hukuman adalah besar. Sebab itu hukuman ini
sebenarnya ALLAH turunkan di waktu masyarakat umum sudah baik-baik
belaka. Penjahat-penjahat walaupun ada, hanya sedikit bilangannya.
Itupun orang yg sudah baik atau sekurang-kurangnya sudah malu dgn
anggota masyarakat umum yg sudah baik. Jadi kalaupun lepas dari kes
zina, namun mereka ini sudah cukup malu dan insaf. Sedangkan masyarakat
hari ini, kalau penzina terlepas dari kes zina namun dia bukannya
makin insaf, tetapi makin akan jadi berani. Sebab dia tak akan begitu
malu pada masyarakat yg memang sama-sama tidak baik. Zina sudah
lumrah.Tetapi kalau dia seorang saja yg berzina, orang lain tidak
pernah didengar melakukannya, baru dia akan rasa malu, terhina dan
tersisih dan insaf.
Mengapa
ALLAH ketatkan syarat-syarat ke atas hukum zina? Itu tandanya ALLAH
bukan mahu memalukan hamba-hambanya yg bersalah itu. Sebaliknya ALLAh
mahu tutup-tutup kesalahan itu supaya tidak terbuka kpd umum dan supaya
pesalah tidak menanggung penderitaan yg menghinakan dari hukuman itu.
ALLAH mahu pesalah terdidik dan bertaubat dari kesalahannya. Yakni,
bila sesorang yg melakukan zina itu ditangkap, kemudian dibicarakan,
tetapi, oleh kerana syarat-syarat untuk dia disahkan berzina oleh
mahkamah tidak cukup, kerana terlalu berat syarat-syaratnya itu, maka
sipenzina terlepas dari hukuman.Maka apa yg sepatutnya dirasakan ialah,
ALLAH telah melepaskannya dari azab yg mengerikan itu.
Tetapi
sengaja ALLAH beri peluang untuk ia hidup lagi atau terlepas dari
hidup terseksa. Hatinya tentu akan rasa berterima kasih yg tidak
terhingga pada Tuhan Yang Maha Baik itu, lantas ia pun bertaubat dgn
sebenar-benar taubat.
Bijaksananya
ALLAH mendidik hamba-hamba-Nya secara halus dgn melepaskan penzina
dari hukuman. Hingga kerana itu penzina mengalami kesan psikologi yg
mendalam. Dia sangat insaf dgn perlindungan dan kasih sayang ALLAH.
Sedangkan kalau dia dihukum, kesan tidak begitu dirasakan.
Cuma
dia merasa patutlah dia terhukum sebab memang dia bersalah. Hal ini
hanya mungkin berlaku pada pesalah yg hatinya sudah pernah tunduk pada
kebenaran dan tarbiah. Cuma untuk seketika ia lalai dan terikutkan
nafsu. Juga pada hati yg sudah dikepung oleh masyarakat yg soleh dan
solehah. Tetapi dalam masyrakat hari ini, yg hati-hatinya sudah degil
dan ingkar, susah untuk insaf dgn didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan
kiranya terlepas dari hukuman, mungkin dia rasa satu kemenangan. Dan
peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka. Sebagai
kesimpulannya, saya tegaskan sekali lagi bahawa sesungguhnya hukum
hudud yg dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang,
pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga pada
individu pesalah. Ia sebagai satu kaedah pendidikan yg terakhir kpd
sebahagian kecil anggota masyarakat Islam, yg tidak dapat dijinakkan
nafsunya oleh dakwah dan tarbiah. Apabila pencuri dan pembunuh
dimaafkan di mahkamah dan apabila penzina terlepas dari hukuman kerana
syarat-syarat terlalu ketat, maka hal itu akan memberi malu dan
menginsafkan pesalah-pesalah. Maka dgn cara itu terbinalah akhirnya
sebuah masyarakat idaman yakni: “Negara yang baik (aman dan makmur) dan
Tuhan yang Maha Pengampun (penduduknya mendapat keampunan ALLAH) (
Saba’: Ayat 15)
Perlu
diingat sekali lagi, bahawa hukuman ini sekalipun sudah ada dalam AL
Quran sejak 1,400 tahun lalu, namun perlaksanaannya hendaklah dibuat
sesudah program dakwah dan tarbiah selesai dalam masyarakat. Dan
sesudah persediaan-persediaan lain diwujudkan seperti yg telah disusun
atur oleh Rasulullah SAW dalam langkah-langkah perjuangannya. Dahulukan
soal-soal fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama.Ini juga sudah lebih
dulu ada dalam Al Quran.
Tertib
ini jangan diubah-ubah demi tercapai hasil yg tepat. Bila kerja-kerja
berhubung dgn fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama selesai dan
berhasil, barulah disempurnakan atau dipagari hasil-hasil baik itu
dengan hukuman hudud. Segala yang saya bentangkan ini adalah rakaman
sejarah. Dan kalau kita mahu melihatnya dgn mata kepala sendiri, demi
keyakinan yg mendalam, tidak cukup dgn cerita dan teori ini. Justeru
orang lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yg belum
terbukti.
Maka
supaya benar-benar menjadi pengalaman bersama, mari kita cuba
laksanakan langkah-langkah perjuangan itu mengikut susun atur yg tertib
secara istiqamah, sistematik dan syumul.
Disana
nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat ALLAH, hikmah dan
falsafah yg mendalam tentang ajaran-ajaran dan hukum-hukum ALLAH. Tanpa
praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan
pendapat yg berbeza-beza, yg biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan
kejahilan yg kita pertahankan.
Sejarah
telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan yg
bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar
kpd masalah manusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau orang kafir
pun menerimanya. Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satu
anugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua faedah yg besar:
1.
Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanaman dari serangan
binatang-binatang yg hendak memakannya. Yakni HUDUD membersihkan
masyarakat drp orang-orang jahat yg mahu mengganggu keselamatan dan
kebaikan insaniah dan material yg mereka telah cetuskan.
2.
Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak,
mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman Akhirat. yang mana
dosa yg sudah dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi dihukum di
Akhirat.
Disinilah
menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud didahului dengan
kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukum HUDUD
hanya mungkin dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai
ditanam dan tumbuh dengan subur didalam masyarakat.Orang tidak pernah
buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam.
Dan
lagilah tidak pernah berlaku orang yang buat pagar untuk memagari
lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yg sudah
baik-baik demi mengawal kebaikan drp dirosakkan oleh orang-orang jahat
yg sudah tidak dimakan ajar. Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan
dalam masyarkat yg majoriti belum baik, maka fungsinya yg sebenar tidak
akan berjalan. Sebaliknya hudud akan jadi ‘bala’ dalam masyarakat,
yakni masyarakat akan hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan
lain-lain yg tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampak begitu
kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi. Pagar hanya tahan
mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu,
pagar boleh roboh dibuatnya.Sedang dalam masyarakat yg sudah dididik
iman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan itu akan benar-benar
memberhentikan maksiat.
Cukuplah
sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan untuk
diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak berlaku
lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu. Tapi hari ini, masayarakat
masih liar, bukan saja tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun
nescaya tidak membuatkan orang lain “bercuti” dari kejahatan.
Sebaliknya
orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam,
zalim dll. ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah
nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran.
Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha
mengajak kebaikan tidak diberi perhatian serius.Hukum hudud yg ALLAH
sudah tetapkan dalam AlQuran adalah satu kaedah menghukum yg sungguh
tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil
dari “hudud-hudud duniawa” yg dicipta oleh manusia.
Contohnya
dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong
tangan.Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau
denda. Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja
bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu
hanya dgn penjara atau denda. Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda
mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih
ramai orang yg diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya
pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicuri hartanya
itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitan yg setimpal. Yakni
hilangkan atau ‘curi’ tangannya.
Tetapi
ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki turut
terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu
mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidak boleh
bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yg kena
curi itu tidak boleh hidup lagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia
betul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahan seseorang. Jelas ini
menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yg
seimbang dgn kesalahannya keatas orang lain.
Jangan
kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya
dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah terhadap orang
lain.Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam. Sudah
ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan terperinci. Ia tidak boleh
ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan
mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.
Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah
- Hukuman pancung kpd orang yg tidak sembahyang tiga waktu berturut-turut tanpa uzur syar’i sesudah dinasihatkan.
- Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.
- Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah
- Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belum kahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudah kahwin.
- Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orang berzina tanpa bukti yg cukup.
- Rotan 80 kali untuk peminum arak
Terhadap
kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkan hukumannya, cuma
menyerahkan kpd bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang
dgn kesalahan, itu dinamakan hukum ta’zir. Yakni pesalah diberi malu.
Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kpd siapa pesalah
dan apa kesalahan. Hukuman ta’zir yg biasa dilakukan ialah diarak
keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda,
dikerah kerja berat, dipenjara, diikat ditiang tempat lalu lalang umum
dll.
Tujuannya
supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk
mengulang kesalahan yg dilakukannya. Perlu diingat bahawa hukuman ini
sama hebatnya dgn kesalahan yg dibuat.Jadi tak timbul istilah kejam
dsbnya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti: “Beginilah hebatnya
kekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi.
Biarlah aku dihukum di dunia.” Sebenarnya ‘hudud dunia’ ini lebih
kejam. Ada orang ditangkap tanpa dibicara. Hukum hudud bukan bermaksud
menyeksa.Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yg tidak
terdidik dgn nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah,
baru dia faham yg sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia
dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain.Sebagaimana
dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang
lain. Keinsafan ini hanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakan
benar-benar menyakitkan dan seimbang.
Tidak
lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan
menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yg lebih
bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?
Sedangkan kita hendak menghukum anak yg kita sayangkan itu pun kita
tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya.
Susah kita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yg tiada sangkut-paut
dgn kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan
ketetapan ALLAH!. Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satu
andaian tanpa asas. Yg lebih banyak salah dari betulnya.
Sebenarnya
bangsa asing yg cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima
sesuatu hukuman drp orang Islam yg sudah rosak imannya.Buktinya,orang
asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum
gantung dll yg dibuat di dunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat
diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam ditolak? Sedangkan
kebaikan akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar darinya dari
tangan yg dipotong itu. Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau
pencuri dari bangsanya yg sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja
tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan
masyrakat terjamin. Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepat
mengikut cara dan peraturan yg ditentukan oleh Islam, telah memberi
kesan yg sungguh baik.
Yakni
sesudah hukuman dijatuhkan kpd pesalah yg menyerah diri, kesalahan yg
sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan
dan kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh
masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempurnanya peraturan
hidup Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidak melalui
tarbiah dan asuhan yg istiqamah, memang ia nampak terlalu berat dan
mustahil. Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga
akhirnya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap. Demikianlah dgn
hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan
jadi aneh kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.
Pengertian HUDUD dan TA’ZIR:
HUKUM
HUDUD ertinya hukum-hukum yg telah ditetapkan oleh ALLAH dalam AlQuran
dan Hadis kadar hukuman-nya (seksaannya) keatas kesalahan-kesalah
jenayah tertentu yg tidak boleh manusia mengubah, menokok atau
mengurangkannya. Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yg ALLAH tetapkan
ini adalah tidak banyak. Bukan semua jenis kesalahan jenayah yg manusia
lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari
jenis-jenis kesalahan itu yg ALLAH serahkan kpd kebijaksanaan tuan
hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman.
Dengan
syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dgn kesalahan yg
dilakukannya.Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir.Bahkan
kesalahan-kesalahan yg sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak
cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan
hukum ta’zir atau buang kes. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari
hukum hudud. Kesalahan yg sama oleh orang yg berbeza mungkin pula
bebeza pula hukum ta’zirnya. Sebab taraf dan kedudukan orang tidak sama,
jadi cara memberi malu juga tidak sama. Hal inilah yg sangat
memerlukan kebijaksanaan hakim. Agar setiap pesalah benar-benar rasa
malu terasa atau susah atau sakit sepadan dgn kesalahan supaya dia
insaf dan kesal dgn perbuatannya.
Tapi
kesalahan-kesalahan jenayah yg dihukum hudud, tidak boleh berbeza-beza
hukumannya walaupun siapa pun yg terlibat.Tujuan ALLAH menurunkan
hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yg
telah diusahakan oleh majoriti masyarakat manusia drp diganggu atau
dirosakkan oleh segelintir penjahat. Sebab kejahatan tidak dapat
dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat
dibaiki dgn hukuman.
Sebab
itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kpd
segelintir masyarakat. Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hudud atau ta’zir,
jangan dipandang lahirnya yg menyakitkan.Tetapi lihat kebaikannya yg
menyeluruh kpd masyarakat. Sepertilah bila doktor mahu membedah
pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yg kencing manis/diabetis,
jangan dilihat lahirnya yg menakutkan. Tetapi lihatlah natijah(hasil)
baiknya yg penuh keselamatan bagi anggota-anggota yg lain.
PERSOALAN QISAS
Hukuman-hukuman ALLAH sebenarnya mempunyai kebaikan yg cukup banyak. Lihatlah firman-Nya:
“Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yg mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa.” (Al Baqarah:179)
Saya
akan cuba mentafsirkan ayat ini dgn menggunakan ilmu yg ALLAH berikan.
Ukuran kadar hukuman yg ALLAH tentukan itu boleh menghidupkan jiwa dan
fizikal manusia. Proses terjadi adalah begini: Hidupnya jiwa dan
fizikal ialah bilamana seseorang yg telah dijatuhi hukuman tiba-tiba
dimaafkan oleh pihak yg menuntut bela itu. Mulanya pesalah sudah kecewa
sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong.
Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul dipengapakan.
Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yg
menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar
menjalankan hukum yg berat itu pada pesalah. Kerana orang yg bertaqwa
itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH. Walaupun
mereka itu juga telah disusahkan oleh pesalah, yg mana pesalah patut
juga disusahkan, tetapi si Mukmin tidak punya sifat pendendam.
Cukuplah
pesalah diseksa dgn pembicaraan dan mendengar hukuman yg berat padanya
itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yg
mendakawa sudah dapat menerima bahawa taqdir yg berlaku adalah ujian
ALLAH untuk mereka. Tentuhikmah ALLAH cukup banyak dgn menimpakan
kemalangan itu kpd mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka
tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu. Dan menolak
peluang mendapat pahala memaafkan, yg amat besar di sisi ALLAH.
Dengan
itu akhirnya, seperti yg selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman
salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yg mendakwa. Dalam
Islam, pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama
manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman
ta’zir yg agak ringan. Apabila pesalah mengetahui yg ia diberi maaf oleh
orang-orang yg dia telah bersalah, jiwanya yg mati tadi hidup kembali
bersama keinsafan yg mendalam. Kalau tadi,dia tidak menangis tetapi
seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi
hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan.
“Aku
telah menzalimi orang-orang yg cukup baik padaku. Aku telah menyeksa
mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan
kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan
akibat-akibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji
untuk menyelamatkan orang-orang yg telah menyelamatkan aku ini.”
Demikianlah
lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya disaat-saat
ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yg sudah pasti.
Itulah
kehidupan yg ALLAH maksudkan. Dan ia bukan khayalan penulis tetapi
realiti sejarah yg sering berlaku dikalangan masyarakat Islam dalam
melaksanakan hukuman hukuman yg ALLAH tentukan itu. Kisah begini mungkin
asing pada pembaca kerana ia hampir tidak pernah berlaku dalam
masyarakat kita. Lebih-lebih lagi mahkamah di Malaysia dan di dunia hari
ini memang tidak menerima pemberiaan maaf ke atas pesalah. Maka tidak
pernah berlakulah pesalah diinsafkan oleh kemaafan pihak yg dia telah
bersalah. Sementelahan pula hari ini mana ada hati yg rela memaafkan
kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme
hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yg sangat ALLAH
anjurkan. Sedangkan hukum hudud yg ALLAH turunkan itu ialah kpd
masyarakat yg hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia.
Mereka
mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yg sementara itu.
Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu
memaafkannya. Hasil dari tu pula pesalah turut diselamatkan dari terus
dari jahat. Itulah maksud hudud yg sebenarnya. Maha bijaknya ALLAH,
menyembunyikan hukuman yg begitu besar disebalik kesusahan yg
ditentukan-Nya. Benarlah firman-Nya: “Sesungguhnya bersama kesusahan itu
ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.”
(An Nasyrah:5-6)
Sebaliknya,
kiranya pesalah terpaksa menjalani hukumannya pun, kerana tidak
dimaafkan, itu tetap membawa kebaikan padanya dunia dan Akhirat. Di
dunia, hukuman itu cukup menghina dan memalukan serta menyeksakannya
sehingga ia serik, insaf dan terdidik sepanjang masa. Ukuran seksaan
itu cukup-cukup untuk ia terasakan pendidikan itu. Tidak lebih dan
tidak kurang. Kalau lebih, dia dihantui oleh rasa tidak puas hati.
Kalau kurang, dia masih berani untuk melakukan lagi.
Tetapi
kalau tepat-tepat betul, dia tidak boleh mengelak dan mengakui
kesalahan dirinya. Hatinya akan merintih, ”Sebagaimana terseksa orang
lain kerana aku, maka padanlah dgn apa yg kutanggung ini.”
Kata-kata
inilah yg dinanti-nanti oleh ALLAH dari hamba-hamba-Nya melalui hukum
hudud itu. Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi perhatian kpd
hamba-Nya yg bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu, sihamba
akan dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa. Terima Kasih, Ya
ALLAH, kerana kasih sayang-Mu yg mahal itu. Dalam masa yg sama, hukum
hudud yg dijalankan pada seseorang mendidik orang ain agar takut untuk
membuat jahat. Mengapa hukum-hukum lain yg bukan hukum hudud hari ini
tidak pun membuatkan orang lain takut untuk buat salah? Bahkan makin
diketatkan, jenayah dan maksiat makin berleluasa. Kalau begitu apa
dalilnya untuk kita mengatakan hudud mampu menakutkan penjahat lain
dari membuat kesalahan? Hujah saya begini:Hukum hudud ALLAH datangkan
untuk masyarakat yg majoritinya sudah terdidik dgn dakwah dan tarbiah
Islamiyah. Masyarakat yg baik-baik, yg telah mencetuskan bermacam-macam
kebaikan dalam masyarakat sama ada tamadun lahir atau tamadun
maknawiah seperti iman, ilmu pengetahuan, akhlak dll.
Maka
untuk mengawal tamadun ini dari gangguan atau dirosakkan oleh
penjahat-penjahat yg masih ada sedikit-sedikit lagi dalam masyarakat
sama ada sengaja atau terdorong oleh nafsu, didatangkanlah hukum hudud.
Dengan kata lain, hukum hudud datang untuk masyarakat yg sudah
baik-baik, yg penjahatnya sudah tidak ramai. Yg peluang-peluang
kejahatan juga tidak ada dan penjahat pun sudah tahu bahawa
perbuatannya adalah kerja terkutuk. Dalam keadaan ini, bila dilihat
saudaranya terhukum teruk akibat kejahatannya, dgn mudah saja
menakutkandan menginsafkannya. Hatinya mudah untuk insaf dgn melihat
hukuman itu. Akibatnya, masyarakat selamat dari kejahatannya, maka
hiduplah jiwa, fikiran dan fizikal mereka.
Manusia
boleh terus menyambung hidupnya. Ini satu lagi maksud yg terdapat
dalam firman ALLAH di atas. Tetapi dalam masyarakat hari ini, hukuman
apa pun tidak akan membuat penjahat takut dan berhenti dari
kerjanya. Sebab penjahat menganggap kerjanya baik untuknya. Dianggap
bidang tugas yg patut diusahakan. Kejahatan dianggap baik. Kalau tutup
satu pintu darinya, dia akan cari pintu kejahatan yg lain pula. Hatinya
sudah cukup rosak.
Sebabnya,
disamping tarbiah Islamiah memang tidak pernah didengarnya, dakwah
pula disekat-sekat dan dibuat bermusim-musim. Keadaan sekitar juga
membantunya. Masyarakat dilihatnya lebih kurang sama saja dgn dia.
Masyarakat tidak membuat dia rasa terlalu bersalah. Bahkan kalau dia
boleh lepas dari hukuman, itu nasib baik bagi dia. Dilihat ada orang yg
bersalah dilepas dari hukuman kerana dia orang besar atau anak orang
besar. Maka dendamnya pada ketidakadilan itu membuatkan dia lebih berani
dan nekad untuk buat salah lagi. Kalaulah hukum hudud dijalankan dalam
masyarakat hari ini, yg majoritinya orang-orang jahat, saya kira dia
tidak boleh berfungsi sebagaimana sepatutnya, seperti yg ALLAH
maksudkan. Sepertilah kita pukul anak yg tidak sembahyang sebelum
mendidiknya. Pukulan itu tidak bernilai jadinya. Bahkan anak itu rasa
teraniaya dan ayahnya dikatakan kejam. Orang yg tidak faham pun simpati
dgnnya dan turut mengatakan hukuman Islam tidak adil. Kalau begitu,
jadikah hukuman itu amal soleh dan membawa kebaikan seperti yg
diharapkan?
Lebih-lebih
lagi dalam masyarakat hari ini, kalau hukum hudud dijalankan, maka
ramailah orang besar-besar dan yg berkuasa yg akan terlepas. Tetapi
golongan bawahan yg akan ramai terkena hukuman. Kerana tiada siapa yg
hendak melindunginya.
http://www.nasnur.com
Comments
Post a Comment