Mufti Kedah Haramkan Majalah MANGGA?

Diperkatakan dengan hebat sekarang adalah fatwa Mufti Negeri Kedah bahawa majalah hiburan MANGGA yang banyak menyiarkan gambar-gambar model dan artis dalam keadaan separuh telanjang. Majalah berkenaan yang menfokuskan kepada hiburan, sudah banyak kali diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri Bahagian Majalah agar mengurangkan penyiaran gambar-gambar wanita berpakaian sebegitu atau di kolam mandi. 

Nampaknya, kalau benarlah seperti yang difatwakan menerusi sepucuk surat.

Bagaimanapun, pemeriksaan di http://www.e-fatwa.gov.my, tidak mendapati sebarang fatwa yang berkaitan. 
Atau mungkinkah surat berkenaan telah dipalsukan oleh pihak-pihak tertentu memandangkan majalah MANGGA sebelum ini banyak menimbulkan kontroversi apatah lagi ia adalah salah sebuah majalah yang diterbitkan oleh Utusan Melayu (M) Bhd.

Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa: 

"Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita atau pun lelaki yang mendedahkan aurat, hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif."

Keputusan ini disahkan oleh Dato' Paduka Syeikh Muhammad Baderuddin Ahmad, Mufti Negeri Kedah.
 

5 Responses to Mufti Kedah Haramkan Majalah MANGGA?

  1. salmah bt ismail says:
    Memang patut diharamkan, tak ada manafaat langsung. Gambar yang dipaparkan hanya akan menambah tompok hitam dalam hati yang akan menghalang kemasukan  ilmu-ilmu yang diajar terutama budak sekolah. gambar-gambar yang dipamerkan bukan saja mendedahkan aurat tetapi hampir mendedahkan kemaluan tanpa rasa malu. tukar saja perkataan kemaluan menjadi  ke_ _ _ _ an…..
    kerana jika malu tak patut didedahkan…
  2. Anonymous says:
    memang patut diharamkan kerana itu adalah haram
  3. Anaa says:
    Elok pun diharamkan. Majalah yang tidak mendatangkan manfaat pun
    kepada umat islam terutama golongan remaja.  Bagaimana artis dan
    lebih-lebih lagi cameraman sanggup mengambil gambar-gambar sebegini?
    Kementerian pun patutnya campur tangan.   Cameraman, artis, orang-orang majalah, pembaca
    adalah turut bersubahat dan berdosa dalam penyebaran majalah ini.
    Mohon keampunan mu Ya Allah.
  4. gendangpalu says:
    Majlis Fatwa Kedah. Jika setakat buat fatwa dan hantar surat kapada KDN supaya menangani dengan efektif, tapi tiada susulan dengan tindakan lebih berani, pasal tu orang lain pijak kepala orang Islam. Menari ala-bogel di 'kandang babi berlesen), Hj Baderruddin tak mau kuar fatwa kaaa….?
  5. HAMDAN says:
    Salam Bro,jangan majalah mangga sahaja.Banyak lagi majalah yang patut diharamkan kerana terlalu banyak menonjolkan kemurahan pekerti artis kita dan amat memalukan.Tambahan cerita-cerita yang ditulis tidak lari dari hal tunang,kahwin,beranak,cerai,ambil laki orang,ambil bini orang,mengumpat,mengata.Kadang-kadang naik meluat dengan cerita-cerita artis kita

     http://kedahan69ers.com/?p=3213#more-3213

Comments

Popular posts from this blog