Mengumpat


Written by محمد افيس



Mengumpat adalah satu perkara yang amat ditegah dan diharamkan disisi Allah dan Allah meminta hamba-Nya supaya menjauhi perlakuan tersebut. Tetapi malangnya perlakuan ini seolah-olah telah menjadi satu habit oleh masyarakat masa kini terutama golongan wanita khususnya. Tanpa disedari kesan daripada mengumpat adalah sangat buruk ia adalah kerana ia boleh mencemarkan kehormatan dan keharmonian umat Islam. Allah S.W.T juga telah meberikan amaran ke atas perlakuan mengumpat.


Firman Allah S.W.T :



Maksudnya :
 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Surah Al-Hujurat Ayat-12)

Maksud Mengumpat Dalam Sabda Rasulullah S.A.W:



"Adakah kamu tahu, apakah yang dikatakan dengan mengumpat itu?" Mereka menjawab, "Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui." Sabda Baginda, ialah kamu menceritakan tentang saudara kamu sesuatu yang dia tidak suka. Ada sahabat yang mengatakan,"Apa pandangan tuan, kalau sekiranya apa yang saya ceritakan itu memang terdapat pada saudara saya itu?." Sabda Baginda, "Sekiranya apa yang kamu katakan itu memang ada pada saudara kamu, bermakna kamu mengumpatnya dan jika tidak ada, bererti kamu membohonginya."
(Sahih, Hadis Riwayat Muslim)


Dalam hadis ini dapat difahami bahawa yang dikatakan mengumpat adalah menceritakan tentang perihal saudara anda sesuatu yang dia tidak suka apabila mendengarnya, sama ada yang menyentuh tubuh badan, agama, dunia, diri, akhlak, mahupun bentuk kejadiannya. Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk. Antaranya ialah anda menceritakan keaibannya atau meniru sesuatu perbuatannya dengan tujuan mempersendakannya. Malangnya masyarakat masa kini terlalu mengambil ringan di dalam perkara mengumpat ini, walaupun ia adalah sesuatu perkara yang jelek dan buruk di sisi Allah S.W.T. Ini dapat dibuktikan dengan sabda Rasulullah S.A.W :


"Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling rendah sekali dosanya seperti seorang lelaki menyetubuhi ibunya sendiri dan riba yang paling teruk sekali ialah seorang lelaki mencemarkan kehormatan saudaranya sendiri."
(Sahih, Riwayat Al-Tabrani)


Wajib keatas seseorang yang hadir di dalam sesuatu majlis mencegah perkara mungkar dan mempertahankan saudaranya yang diumpat. Rasulullah S.A.W menggalakan umatnya untuk berbuat demikian.



Sabda Baginda :


"Sesiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya, Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka, pada hari kiamat kelak."

(Sahih, Hadis Riwayat Ahmad)
http://www.mymuslimworld.com

1
dosa mengumpat
3

1

2

Mengelak diri dari mengumpat

Kadangkala sedang asyik berbual tanpa disedari mereka melampaui batas dan melakukan satu amalan mazmumah satu amalan iaitu mengumpat. Sebenarnya mengumpat ini satu keinginan untuk manghancurkan seseorang, menodai harga diri, kemulian dan kehormatan orang lain. Sedangkan orang itu tiada dihadapannya. Perbuatan ini samalah menikam seseorang dari belakang atau berlawan dengan seseorang yang tidak berdaya.
 
Keburukan mengumpat ini amat jelas sehingga Al-Quran menyamakan perbuatan mengumpat itu seperti memakan daging saudara sendiri yang meninggal dunia.
ALLAH berfirman yang bermaksud “janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain, adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudara yg mati (jika demikian keadaannya mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya”*Surah Al-Jujurat Ayat 12.
 
Menurut Imam Al-Ghazali banyak sebab mendorong seseorang itu suka mengumpat antaranya:
 
1- Menghilangkan kemarahan, apabila seseorang itu marah pada seseorang, maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu. Lebih teruk jika dicampurkan dengan hasat dan dengki.
 
2- Menjaga hati kawan yg mengumpat.Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat orang lain, orang yang mendengar itu turut serta menambahkan cerita yg ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.
 
3- Melepaskan diri apabila sesuatu kepincangan dlm mayarakat, lantas dia mengumpat dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada bertanggung jawap terhadap kemungkaran itu.
 
4- Menunjukan kebaikan diri sendiri yg ingin membuktikan kebaikannya dia memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.
 
5- Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH, dia berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain.Kadang2 dia mendakwa, dialah yg lebih berhak mendapat anugerah itu.
 
6- Menghina orang.Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah dengan dengan menceritakan keaiban orang itu.
 
7- Tujuan bergurau, bagi membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh pendengar. Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
 
Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Semuga kita sentiasa menjaga iman dan rahmat ALLAH adalah hampir kepada mereka  yang sentiasa berserah diri kepada ALLAH…..Amin.

http://budriez.wordpress.com

Comments

Popular posts from this blog