- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Wednesday, August 1, 2012






Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah 





Dalam kita bertelingkah dan enggan berkerjasama demi agama dan bangsa, mubaligh-mubaligh Kristian berkeliaran masuk kawasan penduduk Melayu menyebar dakyah mereka.

Ini yang dapat dirakam oleh Pertubuhan Pembela Islam sekitar taman perumahan berdekatan Kampung Pandan yang boleh dikatakan seluruhnya penduduk beragama Islam.

Mereka dilihat datang dalam kumpulan lebih 20 orang kemudian berpecah kepada beberapa kumpulan kecil berselerak sekitar kawasan perumahan tersebut.

Beberapa orang mubaligh dilihat menghala ke kawasan perumahan orang-orang Melayu

Dapat dilihat mubaligh ini cuba berdakyah dengan orang Melayu yang kemudiannya tidak melayan mereka.
Setelah kami pergi bersemuka, mereka cuba mengelak serta berdalih menyembunyi kerja jahat mereka dan kemudian beredar lari.

Kumpulan ini akhirnya beredar lari menghala ke tempat mereka meninggalkan kereta mereka (di sekitar Taman Nirwana, Kg. Pandan) yang agak jauh dari tempat mereka membuat dakyah Kristian mereka.

Satu lagi pecahan kumpulan ini turut merasa tidak selesa apabila kami merakam setiap tindak tanduk mereka dan akhirnya beredar dari kawasan itu.
Kumpulan lebih 20 orang berbangsa Cina ini dikepalai oleh seorang lelaki Mat Salleh (lihat gambar di atas).
Kesemua mereka berjalan membawa beg yang berisi dengan risalah Kristian dan setiap mereka membawa payung.

Pantau dan pastikan kawasan anda selamat dari anasir-anasir jahat ini.

Bersihkan kawasan anda dari pendakyah Kristian ini.

http://membelaislam.wordpress.com/ 

No comments:

Post a Comment