PERMAINAN TARIK UPIH



PENDAHULUAN

 



 

Laman Web ini memaparkan tentang permainan tradisional TARIK UPIH. Mungkin ramai yang masih ingat dengan beberapa jenis permainan tradisional yang amat digemari oleh penduduk tempatan pada masa lalu yang ketika itu menjadi hiburan kepada segenap lapisan kanak-kanak dan juga orang dewasa tanpa mengira jentina dan umur. Terdapat banyak permainan yang sudah dianggap tradisi itu telah dilupakan begitu sahaja sehinggakan kanak-kanak di zaman sekarang sudah tidak kenal dengan permainan-permainan tersebut. Semoga dengan adanya laman ini dapat mengembalikan sejarah silam permainan tersebut dan di praktikkan kembali di masa kini.

 Pengenalan


Permainan Tarik Upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang biasanya dimainkan oleh kanak-kanak zaman dahulu. Permainan ini menggunakan pelepah atau pangkal daun pokok pinang tua yang jatuh ke tanah. Daun pinang dari pelepah ini dibuang dan dijadikan tempat untuk menarik upih.

Permainan tarik upih ini masih di mainkan sehingga kini dan bukan sahaja dikalangan kanak-kanak tetapi juga para dewasa.


 Ciri-ciri keselamatan permainan tarik upih 
 
1. Memastikan tempat pertandingan atau permainan adalah selamat.
2. Memastikan kawasan permainan / pertandingan adalah lapang,
    rata dan luas.
3. Memastikan pemain atau peserta memakai pakaian yang sesuai
    semasa permainan diadakan.
4. Peserta digalakkan memakai topi keselamatan untuk mengelak
   dari kecederaan.

Cara Bermain Permainan Tarik Upih

Permainan tarik upih boleh dimainkan mengikut prosedur berikut:

1. Permainan  ini  boleh dimain dengan dua orang atau  lebih.

2. Seorang menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk 
    dalam upih.

3. Orang yang ditarik merasa seronok. Terasa punggung
    macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar 

    tunggul kayu atau ketul batu.
 
4. Upih ni boleh dinaik lebih dari satu orangbergantung
    kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat

    setakat seorang dua saja.
5. Permainan upih ini boleh dimainkan secara pertandingan 
    atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-
    kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. 
 
6. Peserta yang sampai dahulu dikira sebagai pemanang.
1
 http://juritanalice-tarikupih.blogspot.com/2011/06/blog-post.html

Comments

Popular posts from this blog