Rahsia Ibadat Puasa
INGIN MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM?
Seramai lebih 50 anak-anak yatim memerlukan bantuan anda segera! Dapatkan informasi terkini serta
permasalahan yang memerlukan sumbangan segera daripada anda di laman rasmi kami. www.rumahamalsucirohani.webs.com
Seramai lebih 50 anak-anak yatim memerlukan bantuan anda segera! Dapatkan informasi terkini serta
permasalahan yang memerlukan sumbangan segera daripada anda di laman rasmi kami. www.rumahamalsucirohani.webs.com
Puasa
Ramadhan merupakan antara ibadat khusus yang termasuk dalam rukun Islam
yang wajib ditunaikan. Antara tujuan kewajipan berpuasa adalah bagi
melahirkan umat Islam yang bertaqwa kepada Allah sebagaimana Firman
Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
183 سورة البقرة :
يأيهاالذين امنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu
agar kamu bertaqwa
Taqwa merupakan suatu kalimah yang mudah disebut dimulut tetapi susah
untuk dilaksanakan dalam diri. Maksud taqwa sebagaimana yang
diberitahu oleh Abu Hurairah iaitu seumpama seseorang yang terpaksa
melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan
berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak
terpijak duri itu
Antara ciri orang bertaqwa ialah sentiasa melakukan apa yang
diperintah oleh Allah dan dalam masa yang sama sentiasa menjauhi segala
tegahanNya. Ingatlah kita bagaimana orang Mukmin sentiasa melihat dosa
seumpama gunung yang mahu menghempap diri sehingga dia bimbang untuk
mendekatinya sedangkan orang munafik sentiasa melihat dosa sebagai suatu
yang kecil tidak lebih seperti lalat yang hinggap di atas hidungnya di
mana ia boleh dihalau dengan mudah.
Bagi melahirkan umat yang bertaqwa maka antara usaha yang terbaik
ialah melalui ibadat puasa di mana ia boleh melemahkan nafsu sehingga
diri lebih mudah untuk mengerjakan ibadat. Walau pun iblis dan syaitan
dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan namun sahabat karibnya terus wujud
dalam diri kita iaitu nafsu. Kita sentiasa ingat bahawa dalam diri
manusia adanya dua perkara yang tidak pernah tua walau pun seseorang itu
telah lanjut usianya iaitu nafsu dan angan-angan.
عن صفية : قال النبي : إِنَّ الشَّيْطَانَ لَيَجْرِيْ مِنِ
ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ فَضَيِّقُوْا مَجَارِيَهُ بِالجُوْعِ - رواه
البخاري ومسلم
Maksudnya : Sesungguhnya syaitan itu berjalan dari anak Adam pada
tempat jalan darahnya maka sempitkanlah tempat jalannya dengan lapar
Umat Islam yang benar-benar bertaqwa kepada
Allah sentiasa menunaikan ibadat puasa dengan penuh keikhlasan kepada
Allah tanpa ada rasa keinginan untuk menunjuk-nunjuk bahawa dia berpuasa
apatah lagi ibadat puasa susah untuk dizahirkan dan ibadat puasa juga
ada keistimewaannya tersendiri dari sudut ganjarannya daripada Allah
.
عن أبي هريرة : قال النبي : كُلُّ حَسَنَةٍ بِعَشْرِ
أَمْثَاِلهَا إِلىَ سَبْعِمِائَةٍ ضِعْفٍ إَلا الصِّيَامُ فَإِنَّهُ لِىْ
وَأَناَ أَجْزِي بِهِ – رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Setiap amalan baik pahalanya 10 kali sampai
kepada 700 kali selain daripada puasa. Maka puasa itu adalah bagiku dan
aku sendiri akan membalasnya
Islam sentiasa menganjurkan umatnya agar menjaga kesihatan bagi
memastikan setiap gerak kerja dapat dilaksanakan dengan baik terutama
ibadat khusus. Oleh itu kewajipan puasa antaranya bagi mememastikan
kesihatan umat Islam dapat dijaga dengan baik.
قال النبي : صُوْمُوْا تَصِحُّوْا
Maksudnya : Berpuasalah nescaya kamu sihat.
Antara ciri orang bertaqwa ialah mempunyai
tahap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi sebarang cubaan dan ujian
daripada Allah sehingga imannya semakin kuat. Oleh itu ibadat puasa
merupakan antara proses dalam menanam kukuh sifat sabar dalam diri umat
Islam
.
عن أبي هريرة: قال النبي : الصَّوْمُ نِصْفُ الصَّبْرِ- رواه ابن ماجه
Maksudnya : Puasa itu sebahagian daripada sabar
عن ابن مسعود: قال النبي : الصَّبْرُ نِصْفُ الإْيمَانِ- رواه أبو نعيم
Maksudnya : Sabar itu sebahagian daripada iman
Umat Islam yang bertaqwa turut menjaga kualiti ibadat puasanya agar
ia diterima oleh Allah. Kita tidak mahu menunaikan ibadat semata-mata
menahan diri daripada makan minum serta perkara yang membatalkan puasa
sahaja sedangkan anggota lain seperti hati, mata, lidah, telinga terus
bergelumang dengan maksiat yang menggugat kesempurnaan ibadat puasa itu
sendiri. Ingatlah kita kepada peringatan Rasulullah s.a.w dalam sebuah
hadis yang berbunyi
عن أبي هريرة: قال النبي : كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ- رواه النسائي وابن ماجه
Maksudnya : Betapa ramai orang yang berpuasa yang tiada baginya daripada hasil puasanya itu selain lapar dan dahaga
http://epondok.wordpress.com
1
2
3
Comments
Post a Comment