Re: Gambar2 ketika Majlis Doa Selamat di Tapak Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor  9 Jun 2012 (Sabtu)

Alhamdulillah,

Dengan bersaksikan Pengerusi-pengerusi Skim di BSP dan ahli-ahli kariah yang hadir, MAJLIS DOA SELAMAT telah berjaya diadakan di TAPAK MASJID pada HARI SABTU, 9hb Jun 2012. Aturcara bermula agak lewat kira-kira 10.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian.

Pengesahan Kerja2 Ukur Halus Penentuan Arah Kiblat telah juga dibuat oleh pegawai dari Pejabat Mufti Negeri Selangor.
Gambar-gambar lain boleh di lihat di sini - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.387499411306249.87332.120427501346776&type=1


Ahli Kariah meneliti Lukisan Pelan Binaan Masjid


Pegawai dari Pejabat Mufti Negeri Selangor meninjau kerja-kerja ukur halus untuk Penetapan Arah Kiblat


Ustaz Abdullah, Pegawai Pejabat Mufti Negeri Selangor menunjukkan arah Kiblat yang betul yang telah diukur halus mengikut darjah, minit dan saat


Dr. Abd. Rahman Pengerusi JK Pembinaan menandatangani Borang Pejabat Mufti Selangor (Penetapan Arah Kiblat) - turut kelihatan Tn. Hj. Anwar Khan, Setiausaha JK Pembinaan


Penyerahan Surat Tawaran Kerja2 Cerucuk kepada Kontraktor yang dilantik (Norwest Holding Sdn Bhd) - turut kelihatan Dato' Zakaria (Pengerusi Pengelola Majlis) dan Ustaz Nushi (selaku MC, Pembaca Doa dan Wakil PPBSP)

Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP

Assalamualaikum Semua,

JK Pembinaan memanjatkan Syukur Alhamdulillah di atas limpah kurniaNya...

Di atas usaha kuat YBhg Datuk Saian, Masjid Al-Mustaqim BSP berjaya mendapatkan Surat Pelepasan Cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 (tempoh 3 tahun).

Resit rasmi boleh didapati daripada Bendahari (sdr Ahmad Nizam tel: 019-2462115) atau daripada Setiausaha (Tn. Hj. Anwar tel: 019-8852321) dengan membawa maklumat dan item berikut:

  • Nama penderma
  • Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
  • Alamat penuh penderma (sumbangan RM5,000.00 ke atas)
  • Wang tunai/Slip bank-in ke dalam akaun Masjid Al-Mustaqim

Tolong war-warkan kepada sahabat, kenalan, para jemaah di surau, rakan sekerja, serta penduduk BSP mengenai perkara ini supaya kita akan mendapat sumbangan yang lebih banyak bagi merealisasikan hasrat kita untuk melihat sebuah masjid di BSP dibina.

Sekian, wassalam.

Yang Menjalankan Tugas,
MOHD ANWAR KHAN
Setiausaha

Comments

Popular posts from this blog