Suami Tauladan dan Isteri Pilihan dalam Islam
Berikut adalah Ciri-ciri Calon Pilihan Suami Yang Baik Menurut Islam
1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Wahai
permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia
bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat
memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka
hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang
dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang
kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan
dengan apa yang dia(suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa
yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada
isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk
dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki
yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami
dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah
berlaku perceraian.
1
2
2.
Tidak Dayus, sanggup menjadi pembela isterinya. Boleh dijadikan sebagai
ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan
kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi,
bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini
menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang
bakal menjadi suaminya.
3. Pandai
menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan
diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak
isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului
perbuatan itu.
1
2
4.
Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit
juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja
begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya
isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang
rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira
isterinya sakit atau kepenatan.(Bukan juga jalan kepada isteri itu untuk
mengsambil lewakan layanannya kepada suami itu.)
5.
Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka
buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan
menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak
mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa
menyangka buruk.
6.
Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki
begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan
serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai
manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan
kejayaan dicapai melalui usaha. (Sebenarnya secara peribadinya saya
tidak berapa setuju dengan pendapat ini, kerana saya pernah berjumpa
dengan kisah ini:[ Khadijah ra. membuka isi hati kepada
suaminya dengan ucapan: "Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta
kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri
dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan,
hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya
ke jalan mana yang engkau ridhoi !"
Dan
sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Dia (Allah)
mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan
kekayaan". (Adh-Dhuhaa: 8)] Dan seperti yang kita ketahui
juga Khadhijah ra. telah menghabiskan hartanya demi membantu
suaminya(Rasulullah s.a.w) dalam menegakkan Islam ini. Mungkinlah
pendapat ‘memakan harta perempuan’ disini adalah sepertinya seorang
suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan
semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan sia-sia dan
syahwat pula.)
7.
Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji
Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab
sepenuhnya kepada isteri dan anak.
8.
Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah.
Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang
tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit
keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada
kesengsaraan hidup.
Inilah
serba sedikit pendapat-pendapat yang sempat saya kumpulkan. Tetapi apa
yang lebih utama dari segala hujah itu tadi ialah Agamanya. Pilihlah
yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika
calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih
dari segi agamanya. Namun dalam mencari cirri-ciri suami yang baik itu,
mari kita lihat juga ciri-ciri isteri yang baik itu bagai mana pula.
Kerana tidak adil mengharapkan Allah menjodohkan kita dengan seorang
lelaki yang baik akhlaknya sedangkan diri kita sendiri sangat memandang
mudah pula pada yang demikian. Kerana Allah akan menjodohkan kamu sesuai
dengan dirimu sendiri itu bagaimana.
surah
An-Nur ayat 3, “Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan
perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina
itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”
Ciri-ciri isteri solehah
- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.
Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.
Satu
kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta
mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di
dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan
anak-anaknya.
Firman
Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana
Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang
lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).
- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.
Aisyah
r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih
utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab,
suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama
diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).
-
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan
menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi
dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami
yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami
atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus
menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan
terhadap isteri. Iaitu menjaga aurat suaminya. Aurat itu bermaksud
sesuatu perkara berkaitan dengan suaminya, jika diketahui oleh orang
lain ia boleh mendatangkan ‘aib.
-
Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan
meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan
menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.
-
Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan
tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta
perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah
s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin
(suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain
isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika
suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami
bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana
bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta
menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat
membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).
Isteri
wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan
kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang
menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk
membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar. Seperti
contohnya, meminta isteri yang berpuasa dibulan Ramadhan menghidangkan
makanan kepadanya pada siang hari(hanya satu contoh).
-
Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai
akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh
Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh
suami.
Sabda
Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu
daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan
agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak,
kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).
-
Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk
menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan
firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang
wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai
mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah
menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).
Walaupun
ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu
menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari
hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek.
Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan
menyelesaikannya.
Rasulullah
memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri
yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada
satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain
amat disenanginya. (Hadis sahih).
-
Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti
kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut
usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan
lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.
-
Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu
perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh
Islam.
Sabda
Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika
ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang
bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka
suaminya dengan penuh kasih sayang.
-
Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh
anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama,
berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.
Inilah
sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap
wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat
keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud
a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang
solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan
akhiratku.''
Dan hayatilah ini wahai para lelaki, para suami dan bakal-bakal suami.
Di riwayatkan
bahawa seorang pemuda datang ke rumah Umar bin Khatthab Radhiallahu
'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka dia berdiri di
depan pintu menunggu Umar keluar. Lalu dia mendengar isteri Umar
bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam
tidak membalas ucapan isterinya. Pemuda itu lalu berbalik hendak pergi,
sambil berkata : "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan
tegasnya dan dia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan
keadaanku ?".
Umar
keluar daripada rumahnya dan melihat ada orang beredar dari rumahnya
lalu memanggil pemuda itu dan berkata: "Apa keperluanmu wahai pemuda?"
Dia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang hendak
mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu
aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil
berkata: "Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama isterinya, maka
bagaimana dengan keadaanku?" maka Umar berkata: "Wahai saudaraku.
Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku.
Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan
pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari
perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya". Pemuda itu
berkata: "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku". Berkata Umar
"Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..." [Kitab Al-Kaba'ir oleh
Dzahabi hal. 179]
Penentangan
seorang isteri itu terhadap suaminya adalah berkaitan dengan
keyakinannya pada sesuatu yang mana ia mempunyai sumber dan ilmu
pengetahuan mengenainya dengan jelas. Dan berhak dia berkeras yang
pendapatnya itu lebih benar dari pendapat suaminya. Tidaklah pula wajib
keatas suami itu untuk memta’atinya, hanya sekadar harus baginya. Tetapi
jika ianya berkaitan dengan halal dan haram, sah dan batal pada sesuatu
amal, maka wajiblah ia mengikutinya.
Dan
kelongaran ini bagi pihak isteri pula bukanlah berkenaan menegakkan
benang yang basah. Atau pendapat-pendapat yang datangnya dari kehendak
dan dorongan nafsu semata.
http://wirajiwa.bumicyber.com
Comments
Post a Comment