ALLAH AKAN BACAKAN AYAT SUCI AL-QURAN




Bagi mereka yang beriman dan meminati seni lagu ketika di dunia, mereka tidak akan kecewa di akhirat nanti. Malah mereka akan terpesona mendengar lagu di syurga yang berganda-ganda merdunya daripada lagu di dunia. Bidadari yang ayu jelita akan menynyikan lagu merdu di iringi tarian gemalai yang mengasyikkan. Nabi Daud, yang Allah anugerahkan suara yang merdu juga akan turut serta memperdengarkan suaranya di syurga nanti. 

Siapa yang tidak pernah mendengar tentang Nabi Daud AS? Manusia pertama pembuat baju perang dari besi, pembawa kitab Zabur dan seorang nabi yang oleh Allah diberi anugerah suara yang indah. Bahkan suara merdunya membuat 400 orang langsung meninggal dunia ketika mendengarnya! Ceritanya begini. Pernah suatu ketika Daud AS akan membaca Zabur. Sudah menjadi tradisi, bila Daud AS akan membaca Zabur kaum Israil, jin, haiwan dan gunung ikut pula mendengarnya. Lalu, dia keluar ke tanah lapang. Kaum Israil sudah berada di baris kedua (di belakang Daud AS), baris ketiga para jin, sedangkan semua haiwan berada di depan Daud AS, tak terkecuali burung-burung. Semua jenis burung sudah bertenggek di atas kepala kaum Israil menunggu bacaan Daud AS. Ketika Zabur dibaca oleh Nabi Daud AS dengan suaranya yang begitu merdu, seketika itu juga 400 orang meninggal kerana tidak kuat mendengar suara Daud tersebut.

Dikatakan juga bahawa malaikat Izrafil yang juga memiliki suara paling merdu di kalangan makhluk akan turut memperdengarkan suaranya.

PESONA Paling istimewa, Allah SWT sendiri turut akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran-Nya. Pepohonan di syurga juga akan menghiburkan ahli syurga dengan mendendangkan irama yang menggegarkan jiwa. Namun apa yang berbeza lirik lagu di syurga tidak sama dengan lirik lagu di dunia. Lagu-lagu nasyid yang berunsur agama dan mengaitkannya dengan kekuasaan Tuhan itulah seakan-akan lirik lagu di syurga kelak. Malah, mutu lirik, irama lagu, dan suara penyanyi di syurga jauh lebih tinggi. Ini sesuai dengan sabda baginda Rasulullah SAW iaitu apa yang ada disyurga seratus kali ganda lebih daripada di dunia.

Meriwayatkan hadis Nabi, Abu Hurairah pula menerangkan, “Bahawa syurga ada sungai yang sepanjang tepiannya berdiri gadis-gadis, berhadap-hadapan sambil menyanyi dengan suara yang merdu yang di dengari seluruh isi syurga, dan itulah kelazatan yang tiada taranya”.

Apabila ditanya, lagu apakah yang dinyanyikan, berkata Abu Hurairah: “Jika dikehendaki Allah, lagu mereka ialah tasbih, tahmid, takdis dan sanjungan terhadap Allah Azzawajalla.”

At-Tabrani pula meriwayatkan bahawa ada pohon yang rending, besar, tinggi dan luas; apabila bidadari menyanyi di bawahnya, daun dan ranting pohon itu akan bergerak-gerak, mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu. Begitu juga apabila angin berhembus, hembusan angin yang menyentuh daun dan mengeluarkan desiran yang amat merdu.

Selama ini, kita hanya mengetahui bahawa Nabi Dud adalah manusia yang Allah anugerahkan suara yang palingmerdu,namun sesungguhnya, ada makhluk yang Allah kurniakan suara yang lebih baik iaitu Malaikat Izrafil (malaikat peniup sangkala ketika menjelang kiamat.)

Ibnu Abud-Danya, meriwaratkan daripada al-Azwa’I: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Disampaikan kepadaku bahawa tidak ada makhluk Allah yang lebih baik suaranya daripada Malaikat Izrafil. Allah perintahkan Malaikat Izrafil menyanyi. Setelah dia menyanyi, seluruh malaikat terhenti bersembahyang sehingga Allah berfirman, “Demi kemulian-Ku, Kalau tahulah hamba-hamba-Ku akan kebesaran-Ku, sunguh mereka tidak akan menyembah selain Aku.

Malik Bin Dinar meriwayatkan bahawa: berkata Rasulullah SAW “Sesudah kiamat (di dalam syurga) diperintahkan mendirikan mimbar yang tinggi, lalu Allah perintahkan kepada Nabi Daud untuk memuji-Nya dengan suara nya yang baik itu sebagaimana Daud telah memuji Tuhan di dunia. Berkata lagi Rasulullah: Seluruh penghuni syurga yang bertambah-tambah kenikmatannya dengan suara Daud itu.

Diriwayatkan oleh Ibrahim daripada Said al-Harisi di syurga ada piano yang talinya terbuat daripada emas manakala badannya daripada berlian. Apabila penduduk syurga menyentuh piano tersebut, lalu piano itu mengeluarkan bunyi yang amat merdu dengan irama dan lagu-lagu yang mereka inginkan.”

Dan puncak kenikmatan suara bagi penghuni di syurga ialah apabila Allah SWT sendiri yang melagukan sendiri ayat-ayat suci firman-Nya daripada Al-Quran. Diriwayatkan oleh Abu –Assyikh, daripada Salih bin Hibbah daripada Abdullah bin Buraidah, “Bahawa penghuni-penghuni syurga dua kali sehari masuk menemui Tuhan Yang Maha Mulia, lalu Tuhan membacakan untuk mereka akan Al-Quran.”.

“Tiap orang duduk ditempat –tempat duduk yang bertahtahkan benda-benda beharga: emas, mutiara, berlian dan lain-lain. Tidak pernah merasakan ketenangan, kesenangan, kelazatan dan kenikmatan yang melebihinya. Kemudian mereka kembali ke tempat masing-masing dengan perasaan yang sedemikian sampai keesokan harinya.
 http://www.hanan.com.my
 

Comments

Popular posts from this blog