Anak degil dan cara merawat !
TIPS MENANGANI MASALAH ANAK DEGIL, HUBUNGAN IBUBAPA DAN MERTUA
Banyak persoalan menghadapi masalah anak-anak yang degil, cara
mengambil hati mertua dan sebagainya telah diajukan dalam ruangan
sembang blog ini. Bagaimana kita menghadapi karenah anak-anak, hubungan
dengan ibu-bapa walaupun mentua semuanya merupakan disiplin akhlak yang
terbaik yang dipimpin Rasululullah untuk dicontohi. Di sini dipaparkan
antara jawapan serta panduan yang baik untuk mereka yang bertanya
berdasarkan penerangan dalam blog www.supervain.com yang boleh dijadikan
pandua berguna kepada semua. Moga menjadi ilmu yang berguna kepada
semua pengunjung blog ini.
TIPS MENANGANI ANAK-ANAK
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan
tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak
jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya
satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik
atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak
asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,
kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul
tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat
yang sensitif… itu salah…
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,
ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi
selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini
menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih
sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan
sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca
daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh
macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan
rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang
penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin
ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita
boleh lace w:st=”on”cuba lace cara lain, balik di tengah malam,
anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani
tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada
kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan
“*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa
kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang
walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak
berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah,
kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab
anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas
dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai,
sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun
dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak
dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik
tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi
apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya
kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak
ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan
baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.
Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah
meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan
dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil
kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala
turun. lace w:st=”on”Cuba lace kita perhatikan kemalangan yang berlaku
setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata
kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama
bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke
peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan
dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan
yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama
kita.”
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana
tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama
dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi
suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.”
Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar
kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun
kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.
Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun
Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan
menghormati golongan tua.”
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.
Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita
sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya
tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang
terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik
kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak
dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.
Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang
wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan
ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah
emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak
ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi
Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi
Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.
Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik
dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada
yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa
lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah
ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa
isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu
diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak
mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya
melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim.
Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan
alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang
lain.
Tips:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa
rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak
yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini
akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah
keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu
terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini
akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama
belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa
yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan
daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.
Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak
akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala
cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua
puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak
mereka sendiri.
Nota: Cara mendoakan supaya anak degil menjadi lembut hati bolehlah
dirujuk dalam item As-Syifa’:Doa Anak Degil yang terdapat didalam blog
ini. Terima kasih.
Comments
Post a Comment