Apabila si mati dikuburkan…..
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan….., datanglah
kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di
antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satu lagi disebut dengan
nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukkan si mati itu setelah
dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:“Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?”
(dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: “Apa
yang engkau pernah sembah?”
Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk
kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!”
Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?”
(Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya
dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!”
Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah
Islam!”
Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?”
Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan
berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku
mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah
hamba Allah dan RasulNya!”
Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia
mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat
oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru
dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah
kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari
Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah
s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga
dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh
hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian
dikatakan kepadanya: “Tidurlah!”
Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik
kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?” Dua
Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin
yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya;
Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya
itu.
Jika si mati itu seorang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu
dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut
berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu
berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu
riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya:
“Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu
hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah
baginya sebuah pintu ke Neraka”.
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu
datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya)
kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya
sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam
azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”
http://ustazam.blog.com
kenapa binkan ibu
1
2
Comments
Post a Comment