AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi
[DIKEMAS
KINI] LOS ANGELES - 15 Sept 2012 Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang
menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes
mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika
Syarikat (AS), semalam.
Lelaki
berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes
menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan
tidak boleh akses kepada Internet.
Nakoula,
55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang
dinamakan Innocense
of Muslims.
Protes ekoran tayangan filem itu merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Hari ini, protes merebak ke Australia.
Protes ekoran tayangan filem itu merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Hari ini, protes merebak ke Australia.
Nakoula
ditahan sejurus selepas tengah malam tadi.
Wakil
media menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di
selatan California.
Dia
muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata bagi mengelakkan wajahnya
dirakam oleh media.
Berdasarkan
rekod hartanah, rumah dia ditahan ada miliknya.
Jurucakap
Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke
stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan
persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau
selama lima tahun yang dikenakan.
Whitmore
menambah, Nakoula telah bersetuju untuk ditemu siasat oleh pihak berkuasa
sebelum tiba di rumahnya.
Oleh
itu katanya, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela.
"Lelaki
itu memberi kerjasama," katanya lagi.
Nakoula
ada memberitahu Associated
Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus
logistik.
Pengarah
filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel.
Laporan
terdahulu menunjukkan Nakoula menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang
lain.
-Sinar
online
Comments
Post a Comment