Bersyukur Kita sebagai Seorang Muslim




Betapa agung Allah Yang Maha Penyayang telah menjadikan kita sebahagian daripada limpahan kasih sayangNya. Kita di lahirkan menjadi seorang Islam walaupun tanpa kita minta. Ini adalah bukti kasih sayang Allah kepada kita.

Tiada sikap yang begitu bai dapat kita lahirkan melainkan rasa bersyukur kepada Allah atas limpahan kasih sayangnya kepada kita dalam kehidupan ini. Kita mesti bersyukur kerana Allah mencipta kita sebagai manusia, bukan pokok bukan kucing bukan ikan atau bukan ayam. Makhluk yang begitu sempurna. 
1
2
3

Nikmat Iman dan Islam adalah anugerah terbesar Allah kepada kita. Tanpa iman, pincanglah hidup kita. Islam dan Iman menjadikan hidup kita lebih baik dan lebih bahagia.

Segala kenikmatan yang kita miliki sekarang adalah kurniaan dariNya. Kita mesti bersyukur dengan segala pemberianNya. 

Bersyukur dengan keislaman kita bererti kita perlu benar-benar hidup di bawah naungan Islam. Islam perlu menjadi sumber dan tujuan kepada pemikiran dan tindakan. Segala aktiviti kita, sama ada aktiviti peribadi, keluarga mahupun aktiviti masyarakat perlu berlandaskan pada ajaran Islam.

Alhamdullillah...atas nikmat dan peluang yang telah Engkau berikan kepada ku dan seluruh ahli keluargaku. Permudahkan segala urusan kami dan lindungilah Kami di bawah payung rahmat Mu.
 
 http://beautywithayu.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog