..: AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR DAN BERBILANG JAMAAH :..

 

SIAPAKAH YANG DIRAHMATI ALLAH?
 
Islam tidak pernah meletakkan tanggung-jawab ini (Amar Makruf dan nahi mungkar) ke atas beberapa orang individual sahaja, seperti apa yang dikenali sebagai golongan agama untuk mempercayai segala kepincangan yang ada.

Sebaliknya Islam menjadikan semua individu muslim itu bertanggung-jawab di dalam memainkan peranannya untuk mengembalikan semula kekuatan umat Islam. Semua lapisan ummah adalah saling bertanggung-jawab dalam melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala dan hukum syari’at Nya. Orang-orang yang melaksanakan tanggung-jawab ini dengan sebaik mungkin.

Mereka Inilah yang berhak mendapat rahmat Allah Ta’ala. Mereka ini diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala supaya menjalankan tugas menyuruh melakukan ma’ruf dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.

Allah Ta’ala telah berfirman:

Maksudnya:
“Dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adala hpenolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dart mengerjakan mungkar. Mereka mendirikan solah dan mengeluarkan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka ini akan dirahmati Allah Ta’ala, sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.” 

Di dalam ayat yang dinyatakan di atas jelas kepada kita bahawa mereka yang dirahmati oleh Allah Ta’ala ialah mereka yang bertolong-tolongan di antara satu sama lain, dalam menjalankan kerja-kerja amar ma’ruf dan nahi mungkar serta mereka mendirikan solah dan mengeluarkan zakat. Mereka ini tunduk dan patuh terhadap perintah Allah dan RasulNya.

Dalam melaksanakan kerja amar ma’ruf dan nahi mungkar ini, banyak di kalangan umat Islam berselisih pendapat mengenai cara dan kepentingannya. Kadang-kadang kerja ini ditujukan kepada individu dan ada juga kepada masyarakat umum tetapi pemerintahlah yang sepatutnya memainkan peranan yang sangat penting ini.

Umat Islam amnya dan Jamaah Muslimin khususnya mestilah memahami konsep ini dengan sejelas-jelasnya. Mereka diamanahkan agar meneruskan tugas RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam dan memikul tanggung-jawab ini dengan cara yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya.
Memandangkan tugas ini sangat penting, sewajamyalah kita cuba membicarakan tajuk ‘Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar ini mengikut perspektif Al-Qur’an dan As- Sunnah

Perspektif Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar Menurut Al-Quraan dan AS-Sunnah
 
Sebenamya amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sebahagian dari satu cabang pentadbiran Negara Islam yang diberi nama ‘HISBAH’ – yang merangkumi amar ma’ruf dan nahi mungkar, maka untuk mendekatkan kefahaman kita kepada perkataan tersebut maka patut lah kita memahami apa yang dikatakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Sesudah itu kita akan lebih mengerti apakah ciri-ciri kemungkaran yang diutarakan kepada kita oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Pengertian Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar

Perkataan ‘Amrun’ dalam bahasa Arab ditilik dari tiga keadaan iaitu:

1: Jika ianya datang dari orang atasan kepada orang bawahan seperti dari pemerintah kepada rakyat maka ianya bermakna perintah atau arahan untuk melakukan sesuatu.

2: Jika ianya datang dari orang bawahan kepada orang atasan seperti datang nya dari rakyat kepada pemimpin atau pemerintah maka ianya bermakna permohonan untuk meletakkan atau mendapatkan sesuatu.

3: Jika sekiranya datang dari orang yang sama taraf ianya membawa makna ‘Iltimas’ (pohon jasa baik).

Manakala perkataan ‘Nahi’ pula ialah dari perkataan ‘Nahyun*. Perkataan ini maknanya dalam bahasa Arab ditilik juga dari tiga keadaan iaitu:

1: Jika ianya datang dari orang atasan kepada orang bawahan maka ianya bermakna arahan untuk meninggalkan sesuatu perkara.
2: Jika ianya datang dari orang bawahan kepada orang atasan maka ianya bermakna rayuan untuk meninggalkan sesuatu perkara.
3: Jika ianya datang dari orang yang sama taraf maka ianya bermakna menasihatinya supaya ia tidak melakukan sesuatu.

Perkataan ma’ruf pula ialah sesuatu yang selari dengan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Nabawiyyah atau dengan lain perkataan – Ma’ruf itu ialah sesuatu yang dikira baik oleh syara’ (syariat Islam). (An Nasafi – Jil. 1. halaman 174)

Manakala perkataan mungkar pula ialah sesuatu yang menyanggahi Al-Qur’an dan As-Sunnah atau pun sesuatu yang dikira buruk oleh syara’.

Dari huraian yang dinyatakan di atas maka bolehlah kita simpulkan bahawa Amar Ma’ruf itu ialah mengarahkan atau mengajak supaya melakukan apa-apa yang dituntut oleh syara’ ataupun mengajak untuk melakukan sesuatu yang dikira baik dari segi syara’.

Nahi mungkar pula ialah melarang atau menasihati ataupun merayu supaya meninggalkan atau tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh syara’ ataupun sesuatu yang dikira buruk dari segi syara’ dan tidak pula meninggalkan sesuatu yang diperintah oleh syara’.

Hukum Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar
 
Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah suatu perkara yang dituntut oleh Islam. la merupakan suatu kewajipan agama yang pasti dilakukan oleh orang perseorangan, jamaah atau pemerintah. Hal ini adalah dipetlk daripada Kitab Allah Ta’ala dan Sunnah RasulNya. Antara lainnya firman Allah Ta’ala:

Maksudnya;
“Dan hendaklah ada dari golongan kamu (orang-orang mukmin – jamaah atau perseorangan) yang menyuruh kepala kebaikan, menyuruh melakukan yang ma’ruf dan melarang dari melakukan yang mungkar dan mereka itulah yang mendapat kejahatan.” 

Mengikut Ibnu Al-Arabi bahawa ummah itu bermakna jamaah atau orang perseorangan yang menjalankan dakwah kejalan kebenaran. Dan di antara lain juga, Nabi SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya;
“Sesiapa dari golongan kamu yang melihat perkara mungkar hendaklah ia cegah dengan tangan nya, maka jika ia tidak mampu, hendaklah dicegah dengan perkataan nya, dan jika ia tidak mampu dengan perkataan, maka hendaklah ia mencegah dengan hati nya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” 

Berdasarkan kepada firman Allah Ta’ala dan Sabda Junjungan SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam yang diutarakan itu, maka ulama’ muslimin di zaman silam telah membuat kesimpulan bahawa ‘Amar Ma’ruf dan ‘Nahi Mungkar’ merupakan Fardhu ‘Ain kepada kerajaan.

Oleh kerana itu Umar bin Al Khatab r.a. semasa menjadi khalifah, beliau sendiri yang memikul amanah ini. Beliau dikatakan banyak meronda diwaktu malam dan siang hari untuk tujuan tersebut.

Tetapi ‘Amar Ma’ruf dan ‘Nahi Mungkar’ menjadi Fardhu Kifayah kepada masyarakat muslimin sekiranya jika ada seorang atau segolongan dari kalangan mereka yang menjalankan kerja itu, maka gugurlah dosanya dari masyarakat seluruhnya.

Kadangkala mengikut pendapat Ibnu Al-Arabi bahawa menjadi Fardhu ‘Ain juga kepada orang perseorangan apabila seseorang itu mengetahui jika ia berbuat demikian akan berlakulah perkara ma’ruf dan terhapuslah perkara yang mungkar.

Apakah Yang Dikatakan Perkara Mungkar Itu?
 
Berdasarkan kepada pengertian nahi mungkar yang telah diutarakan di atas tadi, maka ternyatalah bahawa perkara mungkar itu adalah terlalu banyak iaitu ia merangkumi melakukan sesuatu yang ditegah oleh syara’ dan menlnggalkan sesuatu yang diperintah olehnya.

Hal ini di simpulkan dengan berpandukan kepada sabda RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
“Setiap pekerjaan yang tidak berdasarkan kepada ajar an kami maka ianya ditolak iaitu tidak diterima oleh Allah Ta’ala.”
Hadith yang diutarakan di atas diperkuatkan lagi dengan firman Allah Ta’ala:

Maksudnya:
“Apa-apa yang dibawa kepada kamu oleh RasuluLlah, maka hendaklah kamu menerima nya – dan apa-apa yang dilarang akan kamu oleh RasuluLlah, maka hendaklah kamu meninggalkan nya. Sesungguhnya Allah itu amat dahsyat balasan Nya.” 

Oleh kerana perkara mungkar itu terlalu banyak dan umum, maka Ulama’ Muslimin telah membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu:
Pertama

Perkara-perkara yang bersangkutan dengan hak Allah Ta’ala semata-mata iaitu perkara:-

1: Ibadah - yang tidak ditunaikan mengikut kaedah yang ditetapkan oleh syara’, berbuka di bulan Ramadhan, enggan membayar zakat, penglibatan orang jahil di dalam memberikan fatwa, meninggalkan perlaksanaan hukum Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sebagainya.

2: Mahzura’ (larang-larangan) - seperti berterang-terangan dengan arak, kelab-kelab malam yang diharamkan dan lain-lain. Muamalah yang mungkar, pengurusan harta benda seperti memakan riba, jual beli yang rosak, penipuan dalam timbangan dan sukatan serta lain-lain lagi.

Kedua: 

Perkara yang bersangkutan dengan anak Adam semata-mata. Seperti pencerobohan seseorang terhadap jiran tetangga, tidak amanah nya doktor, guru-guru, tukang-tukang emas atau perak dan lain-lain lagi.

Ketiga: 

Perkara yang berhubung dengan hak bersama iaitu hak Allah Ta’ala dan hak-hak anak Adam – seperti mengintai- intai rumah orang lain. Imam-imam yang memanjangkan solah, hakim atau kadhi yang tidak mahu membicarakan aduan-aduan dengan tidak ada uzur syari’, muatan yang berlebihan pada kenderaan laut dan darat dan lain-lain lagi.

Syarat-Syarat Kemungkaran
 
Kemungkaran yang kita sebutkan di atas tidak boleh dicegah melainkan setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

1: Bahawa mungkar itu berlaku secara terang-terangan, sekiranya diketahui umum.

2: Bahawa mungkar itu terdiri dari perkara- perkara yang telah bersepakat ulama’ dalam menentukan kemungkaran nya.

3: Bahawa mungkar itu sedang berlaku.


 Syarat-Syarat Yang Perlu Dimiliki Oleh Orang-Orang Yang Bertugas Sebagai Pencegah Kemungkaran
 
Telah kita sebutkan sebelum ini bahawa tugas amar ma’ruf dan nahi mungkar ini dijalankan sendiri oleh Khalifah, tetapi oleh kerana tugas negara makin bertambah banyak, maka tugas ini diletakkan di bawah suatu pentadbiran yang dinamakan ‘HISBAH’.

Justeru itu Ulama’ Muslimin mengemukakan beberapa syarat untuk dipenuhi oleh mereka yang akan menjalankan tugas ini antara lain ialah seperti berikut:

1. la mestilah seorang yang beriman.

2. la mestilah seorang yang mukallaf.

3. la mestilah seorang yang mampu menjalankan tugas tersebut.
4. la mestilah seorang yang arif hukum syara’ yang berkaitan dengan perkara yang dicegah itu.
Adapun ke’adilan adalah satu syarat yang tidak sekata ‘alim Ulama’ Muslimin pada menentukan yang ianya disyaratkan atau tidak. Selain daripada syarat-syarat yang kita sebutkan itu, setiap orang yang menjalankan tugas ini patut lah memiliki sifat-sifat berikut:

1 Ia patutlah ber’amal dengan ‘ilmunya, percakapan dan perbuatannya biarlah selari. la harus lah tidak melakukan perkara yang dia melarang orang lain mengerja akan nya.
2 la patutlah berbudi pekerti mulia, bermanis muka dan lemah lembut tuturkatanya.
3 la harus lah berlemah lembut dalam mencegah sesuatu perkara.
4 Nasihat dan tunjuk ajarnya mestilah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahuwa Ta’ala, jangan dipedulikan kepada celaan dan maki hamun manusia.
5 la harus lah bersabar dalam menghadapi sebarang cabaran. Itu adalah suatu hal yang lebih menjamin kejayaannya.

6 la sepatutnya mengikut sunnah RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam bukan setakat mengerja akan yang wajib sahaja malah sentiasa melakukan yang sunat sehingga ia dipandang hebat dan digeruni.

Sayugia diingatkan syarat-syarat dan sifat-sifat yang tersebut bukan hanya tertentu kepada pegawai-pegawai Hisbah yang dilantik oleh kerajaan, malahan sukarelawan juga harus lah mempunyai syarat-syarat dan sifat-sifat yang sedemikian.

Wasail Nahi Mungkar
 
Sabda Nabi SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam.
“Sesiapa dari golongan kamu yang melihat perkara mungkar hendaklah ia cegah dengan tangan nya, maka jika ia tidak mampu, hendaklah dicegah dengan perkataan nya, dan jika ia tidak mampu dengan perkataan, maka hendaklah ia mencegah dengan hati nya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” 

Menggariskan kepada kita wasiat nahi mungkar – di mana ia menerangkan kepada kita wasilah-wasilah berikut:

1 – Mungkar itu mestilah diubah dengan amalan dan kekuatan. Ulama’ kita mengatakan wasilah ini boleh digunakan oleh pemerintah dan juga oleh orang-orang yang menyakini bahawa penggunaan kekuatan itu benar-benar dapat mencegah kemungkaran itu. Bagaimana pula kalau pemerintah yang melakukan kemungkaran itu? Lebih-lebih lagi dimasa-masa kebelakangan ini pemerintah negara-negara umat Islam banyak melakukan kemungkaran seperti meninggalkan hukum ALlah – malah kebanyakan dari perkara mungkar itu dilakukan berpunca dari restu pemerintah.

Apakah wasilah ini boleh digunakan untuk mencegah kemungkaran itu? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini. Al-Imam Malik , Al-Imam Abu Hanifah dan satu qaul dari Al-Imam As-Syafi’e menyatakan harus digunakan kekuatan untuk mencegah kemungkaran pemerintah.

2- Wasilah kedua ialah perkataan ‘Nahi Mungkar’. Melalui perkataan ini termasuk lah penerangan umum kepada seluruh muslimin seperti mana yang dilakukan oleh alim ulama’ yang mengajar di masjid-masjid, surau-surau, balai-balai ‘ilmu, ceramah-ceramah umum dan sebagainya, penerangan secara berkelompok seperti usrah -usrah untuk membentuk keperibadian muslim juga termasuk dalam wasilah ini. Nahi mungkar melalui wasilah ini boleh dilakukan oleh banyak pihak termasuk kerajaan, pendakwah, pertubuhan sukarela dan lain-lain.

3- Wasilah ketiga ialah mencegah dengan hati. Menyatakan ketidaksetujuannya akan kemungkaran itu dengan memulaukan sebarang kemungkaran. Hal ini dilakukan oleh orang-orang awam yang tidak mampu mencegah kemungkaran itu dengan lain-lain cara.

Tujuan Nahi Mungkar
 
Nahi mungkar yangdiwajibkan ALlahSubhanahuwa Ta’ala itu adalah bertujuan untuk melahirkan suatu ummah yang sebaik-baik nya selari dengan firman Allah Ta’ala:

Maksudnya:
“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia – kamu menyuruh melakukan yang ma’ruf dan kamu melarang dari mengerjakan yang mungkar.”
Untuk melahirkan ummah yang mendapat rahmat Allah selari dengan firman Allah Ta’ala:

Maksudnya:
“Dan mukminin lelaki dan mukminah perempuan itu setengahnya pembantu kepada setengah yang lain, mereka menyuruh melakukan yang ma’ruf dan mereka melarang dari mengerjakan yang mungkar, dan mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat serta mematuhi Allah dan RasulNya, mereka lah yang akan mendapat rahmat Allah Ta’ala, sesungguhnya Allah itulah yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.” 

Untuk melahirkan ummah yang tersisih dari laknat Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana Allah Ta’ala telah melaknatkan Bani Israel kerana mereka mengerjakan mungkar sebagaimana firman Allah:
Maksudnya:

“Terlaknatlah orang-orang kafir dari golongan Bani Israel melalui lisan Nabi Allah Daud dan Isa bin Maryam, itu adalah disebabkan oleh derhaka mereka (terhadap Allah Ta’ala) dan mereka melampau, mereka tidak mencegah kemungkaran di kalangan mereka – itulah seburuk-buruk amalan mereka.”
Untuk mengekalkan kestabilan ummah selari dengan sabda Junjungan SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam.

Maksudnya:
“Bandingan orang yang mencegah kemungkaran dan orang yang melakukannya – samalah dengan bandingan suatu kaum yang sama-sama mempunyai saham ke atas sebuah kapal, bila diundi segolongan dari mereka mendapat bahagiannya di sebelah atas sementara yang lain pula mendapat di sebelah bawah. Mereka yang menerima nasibnya di sebelah bawah itu, apabila berkehendakkan air terpaksa melalui mereka yang di sebelah atas, maka mereka berkata: ‘Kalau kita pecahkan kapal ini di bahagian bawahnya tentu kita tidak menyusahkan mereka yang disebelah atas.” Jika mereka yang di sebelah atas membiarkan kemahuan orang-orang di bawah memecahkan kapal itu (di bahagian bawah nya) nescaya kesemua mereka akan hancur tenggelam tapi jikalau mereka mencegah nya, kesemua mereka terselamat.”

Tentu saudara/i faham bahawa Nabi menganggapkan pemecahan kapal itu sebagai satu kemungkaran.

Jika ianya tidak dicegah seluruh yang berada di atas kapal itu tenggelam dan mati. Tetapi bila mungkar tertegah kesemua mereka terselamat. Itulah perbandingan yang tepat bagi sesuatu ummah yang menjalankan tugas nahi mungkar.

 http://mavourneen.wordpress.com

Comments

Popular posts from this blog