Cara Negara China Melatih Tenteranya Berhenti Merokok


Tentera China mempunyai peraturan tegas yang melarang para tenteranya merokok. Apabila ada tentera yang ditangkap merokok, pihak atasan tentera dengan segera akan menghukum mereka yang bersalah dalam apa yang disebut sebagai ‘operasi berhenti merokok’.

Mau tahu bagaimana caranya? Check it out…

1. Tentera yang ditangkap merokok akan disuruh merokok, tetapi dengan kuantiti yang banyak; 5 hingga 7 batang rokok sekaligus untuk sekali hisap


2. Kemudiannya mereka akan disuruh merokok sambil melakukan sit up yang tentu sahaja akan menyakitkan paru-paru. Proses ini dilakukan sehingga semua rokok habis dihisap.

3. Sesudah melalui 2 hukuman berat tersebut, mereka akan diberi minum secawan ‘air tembakau’ yang tidak ubah seperti “Teh Hangat”. Minuman ini wajib dihabiskan.


Cara-cara diatas kelihatan mudah sahaja, tetapi kalau anda merasakan ianya belum cukup ekstrim, apakata anda sendiri yang mencubanya. Barulah anda tahu betapa berkesannya cara berhenti merokok yang dipraktikkan oleh pihak tentera di China.
sumber: beritaunik.net

Comments

Popular posts from this blog