- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Monday, September 10, 2012







FALSAFAH CINTA

Falsafah cinta Barat telah banyak menjerat anak-anak muda kita supaya bercinta dengan cara bercinta yang salah.

Cinta itu bersih, tetapi telah dikotorkan dengan tafsiran-tafsiran yang rosak dari cara percintaan Barat. Bila sebut cinta, orang akan nampak couple. Bila sebut cinta, orang mesti bayang lelaki perempuan pegang tangan, peluk-peluk, cium-cium.


Sedangkan cinta itu adalah perasaan yang
bersih dan fitrah. Ia bukanlah kotor dan hina sebagaimana cinta yang digembar-gemburkan oleh media-media Barat itu sehingga wanita menjadi begitu murah untuk dipegang-pegang sebelum mempunyai ikatan nikah yang sah.

Bila terjerat dengan tafsiran cinta Hollywood Bollywood, kalau nak bercinta, lelaki mesti nak kena keluar dengan perempuan, dating, pegang-pegang sikit. Kononnya romantik, tetapi sebenarnya yang mereka lakukan bukanlah memberi kebaikan kepada pasangan masing-masing, bahkan hanyalah sedang merosakkan satu sama lain.


Cinta yang sebenar itu adalah cinta yang membawa ke syurga.

Cinta yang membawa ke syurga itu tidak bertentangan dengan apa yang Allah perintahkan. Kalau ia bertentangan dengan apa yang Allah perintahkan, maka ia bukanlah cinta.

Ia hanyalah bahana yang membawa ke neraka.

Tinggalkanlah, kerana ia tidak membawa apa-apa keuntungan pun melainkan kenikmatan yang memperdaya. 

 


 
~Afdholul Rahman of LangitIlahi
[300712]

No comments:

Post a Comment