Inilah Restoren McD Pertama di Malaysia



Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.


Sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac percuma pada setiap minggu selama setahun!

Selain Big Mac, restoran McDonald's Bukit Bintang yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 malam itu turut menjual hidangan Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie, Milkshake dan lain-lain lagi.


 Berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap restoran McDonald's yang pertama itu, menjelang hujung tahun yang sama, restoran McDonald's yang kedua telah dibuka di Plaza Yow Chuan (lot LG 8 & 9), Jalan Pekeliling/Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Restoran kedua itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

sumber: arkibnegara.blogspot.com
Bila 2 Manusia Paling Kerdil di Dunia Bertemu...







Dua manusia paling kerdil di dunia dipertemukan untuk kali pertama bagi meraikan pertubuhan yang membantu mempopularkan ‘kelebihan’ mereka.

Lelaki paling rendah di dunia, Chandra Bahadur Dangi, 72, bersemuka dengan wanita paling rendah di dunia, Jyoti Amge, 18, sempena pelancaran edisi terkini buku Rekod Dunia Guinness.

Lelaki dari Nepal dan gadis warga India itu mencuri perhatian dunia apabila ketinggian mereka diiktiraf Rekod Dunia Guinness, baru-baru ini. Walaupun dipisahkan jurang usia yang besar, Chandra dan Jyoti tetap mesra bergurau dalam suasana santai ketika sesi fotografi untuk pelancaran buku berkenaan.


Rekod Tercipta:
  • Kedua-dua mereka mengenakan pakaian tradisional masing-masing. Gambar itu juga mencipta rekod dunia tersendiri apabila - untuk kali pertama - lelaki dan wanita paling rendah dipertemukan secara langsung. 
  • Sebuah buku terkini Rekod Dunia Guinness yang diletakkan di antara Chandra dan Jyoti menyebabkan naskhah itu menjadi luar biasa besarnya walaupun pada hakikatnya, ia hanya setinggi kira-kira 30.5 sentimeter.



Info Ringkas Jyoti:
  • Jyoti - berasal dari Nagpur, India - mendapat pengiktirafan itu pada hari dia menyambut ulang tahun kelahiran ke-18, pada 16 Disember tahun lalu.
  • Jyoti menghidap masalah tumbesaran, dikenali sebagai Achondroplasia, menyebabkan saiz badannya kekal setinggi 78.8 sentimeter.
  • Di sebalik keunikan itu, Jyoti menyimpan cita-cita tinggi dalam bidang hiburan dan mula membintangi beberapa filem Bollywood.

Info Ringkas Chandra:
  • Dia dibesarkan di Kampung Rhimkola, 250 kilometer di barat Kathmandu sebelum keunikan fizikalnya dikesan dan mendapat pengiktirafan, Februari lalu. Chandra meninggalkan kampungnya untuk kali pertama dalam hidupnya apabila mengunjungi Kathmandu bagi membolehkan badannya diukur pegawai Rekod Dunia Guinness.
  • Dengan ketinggian 54.6 sentimeter, Chandra juga dianggap lelaki paling rendah dalam sejarah. 

sumber: harian metro, daily mail
Eskalator Terpendek di Dunia, Hanya di Jepun





Eskalator ini mempunyai ketinggian hanya 834 mm dan hanya terdiri dari 5 anak tangga saja. Ia terletak di Kawasaki More's Department Store di Jepun.


Sampai sekarang masih menjadi pertanyaan untuk apa dibuat eskalator seperti ini, apakah untuk membantu orang yang tidak mampu berjalan (disable)?

Masalahnya lagi, eskalator ini untuk turun dan bukan naik serta sebenarnya juga sudah ada tangga di sebelahnya. Yang pasti, eskalator ini akan menambah penggunaan elektrik di mall ini.




source: http://www.doobybrain.com

Comments

Popular posts from this blog