Islam Solusi Berbagai Permasalahan Umat
..: MASALAH UMAT ISLAM DI ALAM MELAYU DAN KEWAJIBAN BERDAKWAH :..
Umat Islam berbangsa
Melayu merujuk kepada umat yang mendiami kebanyakan kawasan Asia
Tenggara dan nusantara. Pada sesuatu ketika, umat ini sering menjadi
perdebatan sama ada di dalam isu yang berkaitan ekonomi, politik dan
sosiobudaya. Apatah lagi melihat umat ini dilihat sebagai umat yang
lesu dan mempunyai banyak masalah, dan ini disuburkan dengan penjahan
fizikal dan mental oleh kufar barat masih lagi mendarah daging di dalam
jiwa mereka.
Begitu juga, dahulunya
umat ini telah mempunyai sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan yang
besar seperti yang berpusat di Melaka, Johor Riau, Brunei, Sambas dan
lain-lain. Bermula dari kerajaan di pesisir, telah berkembang dan
dikembangkan melalui perdagangan antara kepulauan yang begitu dinamik
dan progresif. Mereka memeluk Iswlam dan menjadikan pegangan hidup
mereka dan kemudian menyebarkan agama ini dan menjadi alat perubahan
dari jahiliah ke cahaya kebenaran agama Islam yang diterima oleh
peribumi secara redha dan aman sejahtera. Dan inilah menunjukkan umat
Melayu dulunya gemilang, cemerlang dan terbilang kerana Islam yang
dijadikan cara hidup melalui contoh dakwah yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW yang disambung oleh para-para dai’ dan ulama pewaris
nabi.
Masalah Umat Islam di Alam Melayu
Hari ini, umat ini sedang
menempuh cabaran yang begitu besar. Cabaran ini gagal ditangani dengan
baik hingga menyebabkan mereka terjebak ke dalam berbagai masalah yang
semakin hari semakin meruncing. Masalah ini melanda berbagai aspek
kehidupan tidak kira aqidah, politik, ekonomi, sosial, dan pendidikan.
Banyak pihak telah cuba
mengungkapkan masalah kelompok ini sama ada dalam bentuk tulisan atau
ucapan. Mereka itu termasuklah mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.
Mahathir dalam bukunya Malay Dilemma (1970). Buku ini ditulis setelah
melihat dan merasakan kedudukan orang-orang melayu, diskriminasi kaum
dan kemiskinan penduduk khususnya di Kedah yang terdiri dari kaum tani
menyayat hatinya, bersimpati dan menolongnya serta berusaha untuk
membelanya..
Kemunduran umat ini
diakibatkan oleh faktor penjajahan yang mengasingkan kehidupan
tradisinya iaitu Islam, seterusnya terpisah dari dinamika kemajuan,
tidak sebagaimana dicapai kaum-kaum lain di bandar-bandar dan menguasai
tampuk ekonomi. Walaupun terdapat segelintir daripada umat ini yang
berjaya, kebanyakkannya masih lemah di dalam bidang pendidikan dan
ekonomi.
Umat ini juga seringkali
dikaitkan dengan masalah dadah, jenayah, zina sehingga menunjukkan
statistik yang tertinggi. Hampir setiap hari, media cetak dan
elektronik akan memuatkan masalah kelompok ini secara sensasi. Sebagai
contohnya, dalam bulan Jun 2006, kita dikejutkan dengan berita seorang
pelajar perempuan UIA ditangkap berkhalwat di Kelatan dengan seorang
pemain bola sepak import dari Argentina (Utusan Malaysia 10 Jun 2006).
Permasaalahan lain yang melibatkan gejala sosial khususnya melibatkan
remaja melayu yang beragama Islam yang meniru gaya hidup barat juga
semakin berleluasa sehingga membimbangkan masyarakat. Akhbar Kosmo
misalnya, mendedahkan tahun lalu sahaja terdapat lebih daripada 70,000
bayi luar nikah di Malaysia. Melayu yang sering sinonim dengan Islam
juga dikatakan yang paling ramai membeli nombor ekor dan meminum arak.
Perbelanjaan arak mencecah hampir 1 bilion. Begitu juga, 6 penjara yang
berhampiran bandar mengalami kesesakan teruk kerana jumlah banduan
yang ditempatkan berlebihan daripada kapisiti, sekali gus menyebabkan
kebajikan mereka tidak terjaga sepenuhnya (Berita Harian, 17 Jun 2005).
Di samping itu juga jumlah penagih dadah yang dikumpulkan setakat Jan –
Mac 2006 telah menunjukkan sebanyak 72.73% penagihnya adalah kelompok
ini. (Sumber: http://www.adk.gov.my/buletin.html).
Amalan khurafat juga
semakin merebak di kalangan umat ini. Walaupun dikatakan mereka adalah
masyarakat moden, tetapi masih ramai yang mempercayai kepercayaan
tahyul yang menyesatkan. Ini ditambah lagi dengan media yang semakin
menyemarakkan kepercayaan tahyul dengan tujuan untuk melariskan jualan
mereka serta meraih keuntungan sebanyak mungkin. Banyak kepercayaan
karut yang dipercayai masyarakat seperti kemunculan individu yang
mendakwa dirinya adalah ‘Nabi ‘untuk orang-orang Melayu di Kemensah, Ulu
Klang, kemunculan ajaran Ayah Pin yang mempunyai perkampungan khas di
Terengganu, amalan adat-adat seperti mandi membuang sial, mandi safar,
memuja kampung, memuja semangat padi, memohon pertolongan dari jin dan
lain-lain. Terdapat juga sebahagian kecil yang telah terpengaruh dengan
kepercayaan-kepercayaan karut yang dianggap moden seperti Black Metal,
Skin Head dan kepercayaan ‘Jangan Ikut Tuhan’ (JIT).
Penyelesaian Masalah.
“ Hai orang-orang
yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat
yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan”. (TMQ At-Tahrim: 6)
Di dalam dunia yang
dipenuhi dengan cabaran dan masalah khasnya cabaran daripada pemikiran
dan budaya yang bertentangan dengan Islam, maka masyarakat ini wajib
menjadikan Islam sebagai panduan untuk menyelamatkannya. Ini telah
ditunjukkan oleh kepimpinan dakwah Rasulullah dalam menyelesaikan
permasalahan masyarakat Jahiliah Mekah, yang kita nampak sinonim dengan
masalah pada hari ini.
Salah satu perkara yang
diabaikan oleh ramai umat Islam ialah berdakwah. Selama ini mereka
banyak berdiam diri menyaksikan kekufuran bermaharajalela di sekeliling
mereka. Sementara itu musuh-musuh Islam dengan sekuat tenaga tanpa
henti berusaha menghalang-halangi Islam agar tidak kembali ke pangkuan
umatnya. Mereka tidak menginginkan Islam kembali berkuasa dan diakui
keberadaannya.
Suatu hal yang harus
disedari oleh orang Islam adalah, tanpa dakwah Islamiah, umat Islam
tidak dapat mengubah kenyataan dan kezaliman yang melanda mereka,
apalagi untuk menjadi umat yang berperanan memimpin kehidupan.
“Dan hendaklah ada di kalangan kamu yang menyeru (berdakwah) kepada khair (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat perkara yang baik serta melarang perbuatan yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang-orang yang berjaya.” (TMQ Ali-Imran: 104)

Apa Dia Dakwah?
Dakwah Rasulullah SAW adalah kaedah yang terbaik yang pernah
ditunjukkan setelah kita melalui pelbagai cara yang tidak berkesudahan
dan tidak membuahkan hasil. Dakwah Rasulullah bukan sekadar
menyampaikan dan menasihati tetapi pada masa yang sama membina dan
menjadikan suatu kaum dan masyarakat itu unik. Oleh itu, aktiviti
dakwah Rasulullah dalam menyelesaikan masalah dan membina masyarakat
jahiliah Mekkah, jelas bahawa dakwah yang beliau contohkan bukanlah
calang-calang dakwah; dan bukan dakwah dan pembinaan yang hanya
merupakan pemindahan ilmu atau melahirkan golongan ustaz yang tidak
berkualiti; bukan pula hanya melakukan pembinaan untuk sekadar
melakukan kewajiban. Dakwah yang dimaksudkan adalah pemindahan tsaqâfah
(tatsqîf). Dakwahnya menjurus kepada perubahan sikap dan tingkah laku.
Dakwah Rasulullah bermula dengan pembinaan secara intensif (tatsqîf murakkaz) yang bertujuan menghasilkan ahli dai. Orang-orang yang dibina secara intensif semestinya telah memahami bahawa proses pembinaan tersebut bertujuan untuk memahami Islam yang akan diterapkan dan dikembangkan ke dalam masyarakat. Pembinaan intensif bermatlamat untuk membentuk keperibadian Islam (syakhshiyyah Islâmiyyah) para ahli dakwah. Mereka akan dibina corak pemikirannya menjadi corak berfikir Islami (‘aqliyyah islâmiyyah) dengan kajian dan penanaman pemahaman; jiwanya juga dibina menjadi jiwa yang Islami (nafsiyah Islâmiyyah) melalui keyakinan terhadap pemikiran-pemikiran Islam yang dikaji serta pengamalannya. Oleh yang demikian, pembinaan tersebut dilandaskan kepada:
1. Kaedah fikriyyah. Ertinya, pemikiran Islam disampaikan dengan disertai dalil dan cara penarikan maknanya (istinbâth), atau dengan faktanya jika berkaitan dengan realiti. Dengan cara demikian, para ahli dai benar-benar memahami apa yang mereka kaji dan pelajari.
2. Landasan iman. Ertinya, pemikiran Islam (baik akidah maupun syariatnya) yang sedang dikaji diyakini sebagai pedoman hidup, diyakini berasal dari Allah SWT yang bersumber dari wahyu. Pembinaan intensif bukan sekadar untuk kepuasan intelektual semata.
3. Amal. Ertinya, apa yang telah diketahui diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Setiap hukum syarak yang dipelajari dan belum dapat diterapkan wajib diperjuangkan untuk dapat dilaksanakan.
4. Dakwah. Ertinya, pemahaman yang telah dipelajari bukanlah untuk diri sendiri, tetapi untuk disebarkan ke masyarakat.
Dengan pembinaan intensif seperti ini akan menghasilkan ahli-ahli dai’ yang rajin beribadah di masjid (ahlul mihrab) sekaligus perajurit di medan jihad (bathalul jihâd), pejuang (mujâhid) dan ahli ibadah (‘âbid). Para ahli inilah yang akan berjuang menyatukan Islam dengan umat di tengah-tengah masyarakat melalui berbagai pembinaan, baik intensif maupun umum.
Para ahli dai secara terus-menerus melakukan dakwah pemikiran, pendapat, dan keyakinan yang digali dari Islam kepada umat. Masyarakat atau umat Melayu akan dapat dibina pemikiran dengan akidah islamiyah, hukum syariat, realiti yang ada serta tinjauan akidah Islam dan hukum syariat terhadapnya. Maka akan terbentuklah dalam masyarakat yang ingin kita perbaiki dengan pemikiran, pendapat dan keyakinan Islam semata yang diambil dari Rasulullah secara terus menerus dan inilah yang dipanggil sebagai membentuk pandangan umum.
Untuk membentuk pandangan umum tersebut diperlukan dakwah pembinaan umum (tatsqîf jamâ’i). Kalau dulu Nabi Saw dan para sahabatnya melakukan pembinaan umum di rumah dengan mengundang makan, di Bukit Shafa, di kebun kurma, atau saat musim haji; sekarang dapat dilakukan di hotel, kawasan terbuka, kilang, pusat membeli-belah, di pejabat, masjid, dan lain-lain lagi tanpa mengira duit ringgit mereka. Di mana ini memerlukan satu pendekatan yang mencontohi kepimpinan dakwah Rasulullah.

Keunikan Dakwah Rasulullah
Keistimewaan dan uniknya Islam dibandingkan dengan ajaran agama dan ideologi lain antaranya adalah Islam mewajibkan bagi setiap penganutnya untuk bertanggungjawab terhadap saudaranya dan segenap umat manusia pada setiap waktu dan keadaan. Tanggungjawab itu wajib selalu dilaksanakan oleh umat Islam.
Di dalam Islam tidak ada tempat bagi kehidupan individualistik (sikap mementingkan diri sendiri) maupun hedonistik. Sikap seorang muslim apabila dia dihadapkan secara bersamaan masalah dirinya sendiri dengan masalah kaum muslimin, maka masalah kaum musliminlah yang harus terlebih dahulu diperhatikan. Sikap mendahulukan kepentingan saudara seislam berbanding kepentingan diri sendiri adalah sesuatu yang mulia dan merupakan pemikiran yang lebih tinggi nilai dan manfaatnya sehingga Islam telah meletakkan sikap seorang muslim seperti itu sebagai orang yang betul-betul beriman. Rasulullah saw bersabda:
“Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk golongan mereka” (HR Thabrani dari Abu Dzar al-Ghifari)
Sikap mengabaikan dakwahlah yang menyebabkan kemungkaran bermaharajalela. Masyarakat terpengaruh dengan budaya Barat yang menyebabkan kita mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan orang lain. Sesiapa yang menegur ke arah kebaikan dituduh “menjaga tepi kain orang”. Malah ada yang marah jika ditegur dan memperkecilkan mereka yang cuba berdakwah dengan bermacam-macam alasan antaranya dengan meremehkan kelayakan orang yang berdakwah sedangkan Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sampaikan dariku walau pun satu ayat”
“Katakan yang hak walau pahit sekali pun”
Firman Allah SWT:
“Siapakah yang lebih baik ucapannya dibandingkan dengan orang-orang
yang menyerukan Islam dan beramal soleh sambil berkata,”Sesungguhnya
aku adalah bahagian dari umat Islam.” (TMQ al-Fusilat, 41: 33)
Menyeru manusia ke jalan Allah SWT merupakan kewajiban sekaligus ibadah yang boleh menghantarkan pelakunya untuk dekat (taqarrub) dengan Tuhannya. Dakwah juga mengajarkan pelakunya bahwa kedudukannya di hadapan Allah adalah sangat tinggi; Allah akan mengangkat kedudukannya di dunia mahu pun di akhirat. Dakwah ke jalan Allah juga merupakan kegiatan terpenting dari para nabi. Mereka semuanya sentiasa menjalankan kegiatan dakwah. Melalui jalan dakwah juga mereka berupaya menegakkan agama Allah. (Ahmad Al-Mahmud, jilid I, h. 14, Dakwah Islam)
“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (TMQ An-Nahl, 16: 125)
Ayat di atas menjelaskan cara mengembangkan dakwah Islam. Dakwah mengajak manusia kepada Islam, ayat tersebut menjelaskan bahwa manusia diajak kepada agama Allah, melalui 3 cara. Salah satunya adalah dakwah dengan hikmah. Hikmah adalah burhan al-aqli (hujjah yang diterima aqal). Maksudnya, hujjah yang masuk aqal, yang tidak dapat dibantah. Hujjah yang memuaskan. Yang boleh mempengaruhi jiwa (fikiran dan perasaan) siapa sahaja kerana manusia tidak dapat menutupi aqalnya di hadapan hujjah-hujjah yang pasti serta pemikiran yang kuat. Berdakwah dengan hujjah dan hujjah dapat mempengaruhi kalangan pemikir mahu pun bukan pemikir. Ia ditakuti oleh orang-orang kafir serta orang-orang atheis (yang menolak Tuhan) sebagaimana juga ditakuti oleh orang-orang sesat lagi menyesatkan sebab ia dapat membongkar makar kebatilan, menerangi wajah kebenaran, dan menjadi api yang mampu membakar kerosakan sekaligus menjadi cahaya yang dapat menyinari kebenaran. Dari sini kita dapat menemukan, bahwa Al-Quran datang dengan hujjah-hujjah yang jelas dan hujjah-hujjah yang logik. Ia menyeru aqal manusia, di dalamnya terkandung bentuk ungkapan yang paling dalam dengan gaya argumentasi mahu pun hujjah (Syeikh Taqiuddin Nabahani, h. 33, Islam, Dakwah dan Politik)
“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, Maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (TMQ Ar-Ra’d, 13:11)

Imam al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya bertajuk ‘Jami’u li Ahkam il-Quran’ mengatakan:
“Allah memberitahu dalam ayat ini bahwa Dia tidak mengubah apa yang terdapat dalam sesuatu kaum kecuali perubahan itu berlaku dari mereka, sama ada dari mereka (sendiri) atau dari penyelia (urusan mereka yakni pemimpin) atau dari orang yang (dilantik) di kalangan mereka. Maka maksud ayat ini bukanlah ia hanya diturunkan untuk hukuman ke atas individu sahaja dan ia bukanlah hanya seruan supaya menjauhi dosa. Sebaliknya, ia telah diturunkan untuk memperbetulkan dosa-dosa lain juga. Sebagaimana beliau berkata (dalam hadis),”…Telah disoal,’adakah kita akan dimusnahkan ketika orang-orang yang baik terdapat di kalangan kita?’ Beliau (SAW) menjawab,’Ya, jika kerosakan bertambah” [Sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan oleh Zainab binti Jahsh tentang Ya’juj]
Al-Qurtubi telah menjelaskan dalam tafsirnya bahwa ayat ini tidak
hanya menumpukan kepada individu sahaja. Beliau memetik hadis yang
menempelak dalam bentuk kemusnahan ke atas seluruh masyarakat jika
mereka meninggalkan yang lain sendirian untuk mengamalkan kemaksiatan
tanpa mengatasinya, walau pun terdapat orang-orang yang baik di
kalangan mereka.
“Kaum Mukmin laki-laki dan wanita itu, sebahagian mereka adalah penolong sebahagian yang lainnya; mereka memerintahkan kebajikan dan mencegah kemungkaran.” (TMQ At-Taubah, 9: 71)
Dalam hal ini, al-Qurtubi menyatakan, “Allah SWT telah menjadikan amar makruf nahi munkar sebagai faktor pembeza antara orang-orang Mukmin dan orang-orang munafik. Hal ini menunjukkan bahwa ciri-ciri dan sifat yang paling menonjol pada kaum Mukmin adalah amar makruf nahi munkar dan puncaknya adalah dakwah Islam”. (Al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, jilid 4, h. 47) (Ahmad Al-Mahmud, Dakwah Islam, h. 25)

Oleh kerana itu seorang muslim diwajibkan untuk melakukan dakwah di
setiap waktu dan keadaan. Tanpa dakwah dan usaha untuk melakukan
perubahan, tidak mungkin umat Islam dapat keluar atau terlepas dari
kenyataan yang dihadapi mereka. Perubahan yang dimaksudkan haruslah
sesuatu perubahan yang islamik, menyeluruh dan bersepadu. Dengan usaha
yang bersungguh-sungguh diharapkan agar keinginan dan semangat untuk
melakukan dakwah dan perubahan itu akan menjadi public opinion seluruh
kaum muslimin, sehingga segala amar ma’ruf dan nahi mungkar serta
dakwah yang menyeru kepada Islam menjadi suatu kebiasaan hidup bagi
setiap orang. Dengan adanya usaha seperti itu, Allah swt akan
memudahkan pencapaian cita-cita dan memperkenankan doa kta. Sebab tanpa
tegaknya amar ma’ruf nahi mungkar, nescaya tidak mungkin Allah swt
memperkenankan doa-doa kita. Sabda Rasulullah saw yang patut dijadikan
renungan:
“Demi diriku yang ada
ditanganNya (pilihlah): apakah kamu menyuruh berbuat amar ma’ruf dan
mencegah kemungkaran, ataukah Allah swt akan menurunkan kepadamu
siksaan yang apabila kamu berdoa kepadaNya, maka Allah swt tidak akan
memperkenankan doamu” (HR Tirmidzi dari Huzaifah bin Yaman)
Penutup
Dakwah mestilah dakwah pembinaan, baik bersifat intensif bersifat
umum bagi masyarakat di alam Melayu khasnya dan umat Islam umumnya,
amat penting dalam perubahan masyarakat demi menyelesaikan masalah yang
sudah dianggap parah menunggu ditalqinkan. Tanpa pembinaan intensif
(tatsqîf murakkazi) perubahan ke arah menyelesaikan masalah umat Melayu
yang kronik tidak akan terjadi; kalaupun terjadi, itu hanyalah
bersifat “penampalan” dan “trial and error” yang akan menuju ke arah
yang tidak jelas; bahkan hanya akan menghasilkan gerakan semangat “tahi
ayam” – awal semangat, tetapi di tengah jalan, ketika menghadapi
kesulitan, akan kecundang dan masalah yang ada akan berpanjangan dan
malah bertambah teruk.
Demikian pula, tanpa pandangan umum umat Melayu tidak akan bergerak melakukan perubahan. Pandangan umum yang tidak lahir dari kesedaran umum hanya akan berhenti pada sikap sambil lewa. Akibatnya, perubahan yang terjadi hanya simbolik, asal berubah, atau yang berubah hanyalah individunya dan bukan keseluruhannya. Sementara itu, sistem penjajah yang kufur yang selama ini merupakan pembentuk dan pemangkin kepada kemunduran dan kegagalan serta kemelesatan tidak akan berubah.

Di sinilah kepentingannya
pembinaan umat Melayu, baik pembinaan intensif untuk membentuk ahli dai
ataupun pembinaan umum umat Melayu untuk mewujudkan pandangan umum,
dalam proses perubahan masyarakat ke arah Islam dan sekaligus mengangkat
martabat Umat Melayu sekali lagi.
Comments
Post a Comment