Jalur Gemilang daripada pulut, sanggup bersengkang mata
 
WARTAWAN SINAR HARIAN
31 Ogos 2012

PASIR MAS – Seluruh rakyat Pasir Mas, meraikan sambutan Kemerdekaan kali ke-55, dengan pelbagai aktiviti menarik, semalam. Dianggarkan ribuan penduduk memeriahkan sambutan dengan berarak, memandu kereta antik, menaiki motosikal, basikal tua dan beca sekitar bandar.

Jalur Gemilang Perkasa

Selepas berhempas pulas selama 12 jam, akhirnya replika Jalur Gemilang daripada pulut berjaya dihasilkan oleh 50 penduduk di 22 peti undi To Uban, semalam. Ini mencipta sejarah pertama seumpamanya di daerah ini, apabila mereka berjaya menyiapkan Jalur Gemilang Perkasa, menggunakan pulut sebanyak 2.5 tan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, Jalur Gemilang yang dihasilkan dari pulut itu sepanjang 9.2 meter itu dan lebar 1.3 meter, menggunakan kos berjumlah RM20,000 hasil sumbangan pelbagai pihak.

Beliau mengucapkan rasa bangga kepada semua yang terlibat, kerana sanggup bersengkang mata selama hampir 24 jam, bagi menyiapkan Jalur Gemilang berkenaan.

Ibrahim Ali turut percaya, sejarah negara tercipta apabila pulut digunakan untuk membuat jalur gemilang, sempena sambutan Kemerdekaan kali ini.


“Ia juga mencerminkan perpaduan rakyat, semangat jati diri dan menghargai kemerdekaan yang dikecapi. Sekarang, sambutan bukan setakat dengan melaungkan kata-kata semangat, tetapi penglibatan dari segi mental dan fizikal perlu diterapkan.

Beliau berkata demikian ketika majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan, di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, semalam.

Serentak dengan majlis ini, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 402 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti seluruh negara, pada 2 September ini.

Ibrahim yang juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengayuh basikal sejauh 500 meter sambil mengibarkan Jalur Gemilang, bersama ratusan penduduk di sini.

“Kita jangkakan ribuan penduduk akan membanjiri pekarangan sekolah, dan menanti sehingga detik jam 12 malam ini,” katanya, semalam.


Perarakan kereta antik

Majlis perarakan yang unik, kelolaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Banggol Perdana, menggamit suasana sambutan apabila sebanyak 11 kereta antik, Voksvagen berarak mengelilingi bandar, semalam.

Pengerusi KRT Banggol Perdana, Noralam Majid berkata, penduduk kampung ini bertuah apabila 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Tanah Merah, turut memeriahkan sambutan, peringkat kampung.

Menurutnya, sambutan yang diadakan julung kalinya ini, turut dimeriahkan dengan pertunjukan kuda, basikal tua dan 11 kereta antik.

“Kita mahu generasi masa ini, menghargai pengorbanan pejuang terdahulu, sehingga kita dapat mengecapi keamanan seperti hari ini,” katanya, semalam.


Persembahan nasyid

Persembahan nasyid daripada kumpulan terkenal tanah air, Hijjaz turut menyerikan lagi sambutan kemerdekaan di Pasir Mas.

Pengerusi Sambutan, Abd Aziz Mohammad berkata, sejak jam 6 petang, ramai yang berkumpul Sekolah Kebangsaan Datuk Hamid (II) untuk memeriahkan majlis.

“Kita turut mengadakan majlis perarakan membabitkan 300 motosikal, mengelilingi bandar, dengan kibaran Jalur Gemilang. Majlis ini dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah seterusnya tahlil, bacaan Yasin dan bacaan surah terpilih oleh bekas Qari Kelantan, Mohd Hussin Yunus,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan lebih 2,000 penduduk seluruh Parlimen akan membanjiri pekarangan padang sekolah, untuk menyaksikan persembahan nasyid daripada kumpulan Hijjaz.

Katanya, detik yang dinantikan oleh semua, adalah ketika detik jam 12 malam, apabila semua akan melaungkan kemerdekaan sebanyak tujuh kali bersama-sama.

MJ : Tak pasti sama ada diorang betul-betul share pulut ni kat penduduk daerah tu. Yang pasti kebersihan pulut tu pasti mencurigakan selepas didedahkan begitu sahaja. Nak makan ke?. Tak buloq!

2,500 kg pulut untuk siapkan Jalur Gemilang - Gila Membazir!!!

PASIR MAS: Petugas, Nik Maznah Nik Mamat, 50 (kiri) bersama Nurul Syazliana Mohd Sukarno, 27, tekun menyiapkan bentuk Jalur Gemilang bersaiz 100 kaki panjang dan 14 kaki lebar di Sekolah Menengah Panglima Raja sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55. Seramai 300 orang bergotong-royong bermula 29 Ogos dan sebanyak 2,500 Kg pulut digunakan. FOTO Fathil Asri (30/08/2012)

Tak bangga langsung tengok gambar kat atas nih.
Siapa punya idealah ni..... orang Islam ke? Kalau Islam takkkan lah bodoh sangat tak tahu hukum membazirkan makanan tu berdosa.
2,500 kg pulut tuh!!!!
Dalam pada masih ramai yang kebulur tak makan kat dunia ni kita kat Malaysia senang-senang je bazirkan beras pulut.... tak kira la jalur gemilang tak gemilang!
Tak ada benda lain ke selain pulut?
Haiiii....sedih aku tengok makanan dibazirkan macam tu.
Bukan aku je.... malah ramai lagi yang tengok gambar ni sependapat dengan aku.

Tengok SINI.
Membazir tu amalan syaitoooonnnn.... huhuuu

Ps: Malaysia memang handal bab cipta rekod berasaskan makanan nih.... sebelum ni pun ada 
semua ok lagi asalkan makanan tu boleh  dimakan tak dibazirkan.....
pasni apa lagi ekkk
· · Share · August 31


  • 288 people like this.
  • 1 share
  • 6 of 79

    • Ash Zuan bagus la dok pertahankan org buat pembaziran...bende yg salah tetap salah....xkire la sape dye...yng dok pertahankn tu sbb xde kene mengene n menyusahkn korang...sbb tu korang sokong..walaupun bende tu ternyata membazirkn...cube bnde tu secara terang dorng mintak duit korang pastu buat pulot bndera ni...aq sure ar yg dok sokong tu pon xpuas hati...

    • NureenaAisha Talib siap ada bkas kena pijak ngan kaki lg kt pulut tu..k0mp0m t0ng sampah yg knyang pas ni...

    • Nik Hafiz merdeka bohhhhhh

    • Asmawani Asri stupid!!!! RM20k kos wt pulut...sambut merdeka la sgt..smpai benda tu yg membazir xbaik..xelok xpk dah...baik ar duit2 tu bgi pd yg memerlukan dri dk membazir gtu..apakah bengong ini??? nie semua gara2 nk tunjuk..ar antara mereka parti2 politik yg mana yg menjayakan aktiviti merdeka yg paling gah..bweeeekkkkk :-P xperlu semua nie la wei..byak cara ag blh wt..dri dk melakukan pembaziran gnie...

    • Zainida Zainuddin baik la sedekah pulut tu pada pada org yg susah...di klng ni pun bnyk ank2 terbiar...membazir amalan syaitan
      Saturday at 3:13pm ·


      shared Abdul Latip's photo.
      dek utk masuk rekod sanggup membazir
      Entah siapa punya idea ini, menyambut hari merdeka dengan membazirkan 2500 kg pulut. Mengikut perkiraan saya, 1 kg beras pulut apabila dimasak boleh dimakan oleh 10 orang, 2500 kg beras pulut boleh mengenyangkan 25 ribu orang….
      · · · · 11 hours ago ·

    • Aidah Humairah Sidex Ya Allah ce hantar dan sedekahkan ke negara2 yg memerlukan tentu kenyang mereka hilang rasa lapar buat mereka yg memerlukan...hmm..pembaziran sungguh...
      11 hours ago · · 3
    • Sal Salmah Leh masak lemang..masak pulut kuning ... pulut durian ...pulut panggang....seri muka ...hishhh dorang membazir betul la ...apa hukumnya membazir ...
      10 hours ago · · 2
    • Norrani Abdul Rahman orang kampung mana ni??? isy! isy!! isy!!! memang membazir
      10 hours ago ·
    • Zak Ba RAKYAT MALAYSIA MMG SUKA PECAH & BUAT REKOD. MALAYSIA BOLEH
      10 hours ago · · 1
    • Marry Maria Hasma yerlah''ramai lagi org2 susah yg memerlukan''lagi dapat pahala kan''lau disedekah kan ngan org2 susah''''
      10 hours ago · · 2
    • Zak Ba http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com/2012/09/rakyat-malaysia-suka-membazir-malaysia.html
      muafakatmembawaberkat.blogspot.com
      PEMBACA BUDIMAN DI POHON UNTUK MENYUMBANGKAN WANG YG DIKECUALIKAN INCOME TAX UNT...See More
      9 hours ago · · 1 ·
    • Aidah Humairah Sidex Mmg tk berfikir langsung..ikut kata owg besar2..nilah jdnyer..nk jg hati konon..
      8 hours ago via mobile ·
    • Halim Ya Bongok!
      8 hours ago via mobile · · 1
    • Hall Mann Ini semua kerja sasau sesetengah orang dan pemimpin organisasi. Dulu semua IPTA nak jadi juara..ketupat besar, bendera terpanjang dll. Saya pernah mencabar seorang pentadbir IPTA, kenapa tidak adakan perbarisan graduan ijazah kelas pertama Melayu terpanjang? Sampai hari ini cabaran saya tidak berjawab...hampir 10tahun dah.
      8 hours ago · · 2
    • Halim Ya Bukan sasau, inilah namanya 'kufur nikmat'!!!
      8 hours ago via mobile ·
    • Hisham Arifin berehim ali punyo kijor an nih...baik buat v make ko puak masjid nge surau kampong dio.
      7 hours ago ·
    • Zulkarnain Abd Rajak purata pulut 1 kg=rm6 x 2500 kg=rm15 000.00..membazir itu kawan syaitan...
      6 hours ago ·
    • Zak Ba Membazir Utk Nak Nama
      6 hours ago ·
    • Hayati Nawawi guna la jerami padi ka batang padi ka baru la kreatif dan tak membazir beli kat petani kat kedah dapat juga depa duit.....
      3 hours ago ·
    • Mila Karmila Ross tu baru ...harga pulut....santan...masa mengukus...gas...tenaga kerja...PEMBAZIRAN.....bagi kat kemboja...kenyang diaorang kat sana...
      2 hours ago ·
    • Zak Ba Penganjur akan jawab "kalau tak nak berkorban masa, wang ringgit dan tenaga macam mana Malaysia nak terkenal. Wang semua boleh cari tetapi kemegahan negara perlu dipelihara dan kita perlu berbakti baru lah sama dengan gagasan negara Janji Ditepati".
    • Zak Ba JALUR GEMILANG DRP PULUT http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com/2012/09/jalur-gemilang-daripada-pulut-sanggup.html
      muafakatmembawaberkat.blogspot.com
      PEMBACA BUDIMAN DI POHON UNTUK MENYUMBANGKAN WANG YG DIKECUALIKAN INCOME TAX UNT
      UK PEMBINAAN Masjid Al-Mustaqim di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor atas tapak disediakan oleh pemaju Bandar Seri Putra. SUMBANGAN BOLEH DIKREDITKAN ATAS Nama Akaun: MASJID AL-MUSTAQIM-Maybank Islamic : 5628 3450 4024 ...

Comments

Popular posts from this blog