Jangan Mencela Makanan Dan Sunnahnya Memuji Makanan
Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela
samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada
makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka
beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)
Allah berfirman tentang makanan,
“Maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya”
(Surah ‘Abasa 80:24)
Akhlak Rasulullah saw, seperti yang telah Allah katakan dalam surah Al-Ahzab ayat 21
“Demi
sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan
balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak dalam masa susah dan senang”.
Apakah
hikmah disebalik perbuatan Rasulullah saw terhadap makanan yang
terhidang dihadapannya? Yakinlah bahawa setiap yang Rasulullah saw
lakukan pastinya datang dari Allah. Dia telah mengajar kita melalui
peribadi baginda.
Makanan
merupakan sumber utama penjana tenaga untuk menjalani kehidupan kita.
Setiap hari kita pasti akan makan dan setiap kali kita makan adakah kita
akan mengambil sedikit masa untuk memerhatikan makanan tersebut?
Memerhatikan dan memikirkan dari manakah asal usul makanan tersebut.
Pelbagai
bentuk, rasa dan warna. Namun, asalnya tetap sama, dari satu sumber
yang telah menjadikannya. Ya, Allah lah yang menjadikan makanan
tersebut! Inilah nikmat yang tidak terhingga nilainya. Layakkah kita
menghina nikmat yang dikurniakan Ar-Rahim? Siapakah kita berbanding
Ilahi? Pernahkan anda terfikir tentang penduduk di Bumi ini yang tidak
dapat merasai nikmat makanan walau sesuap nasi pun? Tidak, jangan
sesekali kita mencemuh nikmatNya. Takut-takut nanti, tatkala Allah
menarik nikmat makanan dari kita, tiada apa yang berguna lagi.
Maka,
wahai sahabat-sahabat marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat yang
telah Allah berikan kepada. Hanya pujian berhak untuk nikmat makanan
ini, seperti dalam satu lagi sunnah nabi:-
Dari
Jabir r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada
keluarganya,lalu mereka berkata: “Tidak ada yang kita punyai melainkan
cuka. Beliau s.a.w. lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta
bersabda: “Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka,sebaik-baik lauk pauk ialah
cuka.” (Riwayat Muslim)
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
http://nowwhytwo.wordpress.com
Comments
Post a Comment