JANGAN TUNGGU 7 PERKARA UNTUK BERIBADAT




Anas bin Malik r.a berkata: Bersabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hambaNya, melebihi dari kesenangan seseorang yang menemukan kembali dengan tiba-tiba, untanya yang telah hilang di tengah hutan
(Bukhari, Muslim)
Dalam riwayat Muslim : Sungguh Allah lebih suka menerima taubat seseorang hambaNya, melebihi dari kesenangan orang yang berkenderaan di hutan, kemudian hilang, sedang kenderaan itu penuh membawa bekal makanan dan minumannya, sehingga ia patah harapan untuk mendapatkannya kembali, lalu ia duduk di bawah pohon dengan kecewa dan putus asa, tiba-tiba ketika ia bangun daripada tidurnya, kenderaannya telah ada kembali di depannya lengkap dengan bekalnya, maka segera ia pegang kendalinya sambil berkata : Ya Allah Engkau hambaku, dan Aku Tuhanmu. Terlanjur (keliru) lidahnya kerana sangat gembira. Ia akan berkata : Ya Allah Engkau Tuhanku dan aku hambaMu. Tetapi terbalik lidahnya sebagaimana di atas itu kerana terlalu gembira. Maka Allah lebih gembira menerima taubat seorang hambaNya melebihi kegembiraan orang yang menemukan kembali harapannya itu.

Alhamdulillah, hingga saat ini masih diberi pinjaman nyawa olehNya untuk meneruskan saki-baki kehidupan di dunia, sebelum tiba ajal yang datang menjemput kita.. InsyaAllah, dari sehari ke sehari, kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada kita, agar perkataan serta perbuatan kita menjadi semakin matang seiring pertambahan usia. Walau apa jua, pastikan kita sentiasa muhasabah diri, siapakah kita..dengan mengenali dan menyedari siapa kita, akan jelaslah hala tuju perjalanan hidup kita – dari mana kita datang, mengapa kita di sini dan ke mana kita akan pergi..

“Saya ini seorang pelajar perubatan. Saya ini seorang anak. Saya ini seorang warganegara Malaysia..dll” tetapi jangan sesekali kita lupa, yang paling utama.. “ Saya ini hamba Allah”
Menyedari kedudukan kita sebagai seorang hamba, tidak selayaknya kita mempunyai rasa memiliki terhadap apa sahaja yang diberi oleh tuan kita, yakni Allah. Hatta nyawa kita, badan kita, dan segala-galanya adalah milikNya. Benar, kita tidak punya apa-apa.. Semuanya adalah milik Allah, dan semuanya akan kembali padaNya, termasuk diri kita..Namun sememangnya kita ini manusia, mudah lalai dan leka. Kita tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan dalam kehidupan seharian kita..tetapi tidak bermakna kita membiarkan diri kita sendiri dibinasakan oleh segala kesalahan dan kesilapan kita..

Jiwa seorang insan yang mengaku dirinya beriman kepada Allah, akan sentiasa peka dan sensitif.. Pabila taat, tenang dirasa.. Pabila ingkar, resah tak terkata.. Dalam sedar ataupun tidak, salah satu kewajipan terbesar kita terhadap Allah, adalah sentiasa bertaubat, sentiasa memohon keampunan daripadaNya di atas segala dosa yang kita lakukan, dalam keadaan kita sedar ataupun tidak..

“ Nantilah..hari ni malas…esok aku try jadi ok”

“ Ala baru je ‘taubat’..rilek2 dulu..bukan ada buat apa sangat pun..seari dua lagi lah..”

Mengapa perlu ditangguh? Mengapa perlu ‘dikira’ berapa banyak kali kita ‘bertaubat’? Sudah terlalu yakinkah kita bahawa ‘taubat’ kita yang sebelum-sebelum ini diterima olehNya?

Cuba bayangkan suatu hari, kita ingin pulang ke kampung halaman, dari suatu tempat yang sangat asing.. Tiba-tiba kita kehilangan beg, di mana di dalamnya terdapat segala-galanya – dompet, handphone, passport, duit dan sebagainya. Tidak ada suatu pun yang ada pada kita. Dicari-cari tidak jumpa. Hendak meminta tolong, tidak tahu pada siapa. Mungkin tempat itu tidak ada yang memahami bahasa yang kita tuturkan. Malah mungkin sehingga kita hampir berputus asa. Dalam kekalutan kita itu, tiba-tiba seseorang datang kepada kita, dan mengatakan “Nah, ini beg!” Tidak terbayang reaksi kita, kerana kegembiraan yang amat sangat. Hanya sekadar suatu analogi yang kecil, apatah lagi analogi yang diberi dalam hadith di atas – seseorang yang kehilangan untanya di tengah-tengah hutan, dengan izin Allah, dapat menemuinya kembali..Tidak tergambar betapa girangnya hati saat dia menemui kembali untanya itu~

Kita tidak rugi, andainya hari-hari kita sentiasa dipenuhi dengan taubat kepadaNya.. Malah kita sendiri yang rugi, andainya kita menangguh-nangguh taubat kita.. Lihat sahaja di atas, betapa Allah sentiasa menantikan hamba-hambaNya untuk kembali padaNya. Betapa Allah Yang Maha Penyayang itu menghargai segala usaha kita untuk kembali padaNya..
Kita sanggup berbuat apa sahaja, demi menggembirakan insan2 yang kita sayangi..

…muhasabah kembali, siapa Allah di hati kita?
Jangan ditunggu, jangan ditangguh..

Comments

Popular posts from this blog