Kasih Allah

 

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman (dalam Hadis qudsi ) : “Barangsiapa memusuhi kekasihKu, maka Aku memberitahu-kan padanya bahwa ia akan Kuperangi – Kumusuhi. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan padaKu dan melakukan hal-hal yang sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah yang sebagai telinganya yang ia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang ia gunakanuntuk melihat, Akulah tangannya yang ia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Andaikata  ia meminta sesuatu padaKu, pastilah Kuberi dan andaikata memohonkan perlindungan padaKu, pastilah Kulindungi.”
(Riwayat Bukhari)

Subhanallah..betapa pengasihnya Allah terhadap kita. Tiada kekasih yang lebih Agung selain dariNya. Hanya Dia yang layak kita cintai kerana tanpa cintaNya kita tidak mungkin sama sekali di ciptakan di dunia ini..Alhamdulillah

Tidak mahukah kita menjadi kekasihNya. Pastinya kita seronok menjadi kekasih manusia di dunia apatah lagi jika kekasih kita itu seorang yang berpangkat besar atau seorang yang berkelulusan tinggi atau ‘good looking’ dan pelbagai lagi nikmat-nikmat Allah ada padanya. Tetapi apalah yang nak diseronokkan sangat jika kekasih yang Agung bukan milik kita. Tidakkah kita ‘jealous’ melihat kawan-kawan kita atau orang lain menjadi kekasihNya. Tidak mungkin akan bahgia kita selamanya jika kita hanya punya cinta makhluk ciptaanNya tanpa cinta Penciptanya.
 
Sedarlah wahai kawan-kawan ku bahawa cinta mana yang lebih bermakna dan bangunlah dari dibuaian cinta dunia. Carilah erti cinta Ilahi, yang kekal dan tiada limitnya. Tidak perlu kita takut adakah cinta Allah itu masih ada untuk kita. Yang penting adakah kita mahu menjadi kekasihNya. Hadis ini kerap kita dengari, namun anggap lah ia sebagai peringatan bagi yang lupa, dan suatu suntikan bagi yang belum mendengar.

Jika diamati betul-betul hadis ini, Allah ada memberikan teknik-teknik yang Dia mahu kita gunakan untuk memikat cintaNya. Bagi pendapat saya, antara teknik-teknik tersebut ialah menjalankan kewajiban yang telah Dia gariskan. Wah…simple nye!!! 

Kewajipan-kewajipan ini termasuklah melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan larangan-laranganNya. Untuk keterangan lanjut mengenai apa yang disuruh sila rujuk buku teks kita di semua muka surat iaitu Al-Quran. Elakkan diri dari menjadi Yahudi kerana mereka mengambil seaparuh dari suruhan Allah dan meninggalkan separuh lagi, mengikut kehendak mereka. Kerana itu mereka tidak berjaya mendapat cinta Allah. Jadi setelah lakukan suruhanNya, jangan lupa tinggalkan laranganNya dan lakukanlah ia secara bertahap dan berstrategi (sedikit demi sedikit) jika khuatir kita tidak  mampu dan takut tidak istiqamah. Cukuplah Allah yang mengetahui.

Amalan sunat pula dilakukan untuk menyempurnakan amalan-amalan wajib, dan selepas itu rayulah pada Allah untuk menjadi kekasihNya. insyaAllah, Allah akan menunjuk jalan yang lurus bagi orang-orang yang berusaha. Selepas itu, tiada yang lebih seronok dari mendapat cintaNya dan dalam setiap gerak geri jua tindakan kita, Allah yang menjaganya..

Wallahu’alam

 http://nowwhytwo.wordpress.com

Comments

Popular posts from this blog