- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Friday, September 14, 2012











Kita Perlu Fikir Semasa Mengambil Wuduk...






1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,


"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".



2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,


"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,


"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,


"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".




5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,


"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".




6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,


"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".




7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.


"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,


"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".




Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya." ( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

No comments:

Post a Comment