- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, September 4, 2012







Kutukan VS Kritikan Membina

“Kau memang ce****! Jangan jadi bo***, kau ingat kau pandai sangat?” Kutuk seorang komentator di forum alam maya.
Sebenarnya bukan seorang, malah ramai yang mempraktikkan amalam mengutuk orang bila tahap kemarahan sudah cecah takat didih. Terutamanya kita boleh lihat di laman-laman blog yang menulis tentang politik.
“Sebenarnya, tulisan ini sudah memberi kesan, cuma kalau boleh di lain waktu tambahkan lagi kesan khas dengan kata-kata hikmah, pedoman dan lain-lain. Semoga Allah menambah ilmu dan iman kita.” Ini suatu kritikan, tetapi kritikan yang penuh dengan nilai-nilai hikmah, beradab dan menjaga akhlaq.
Sepanjang saya menulis blog, saya juga tidak dapat lari daripada menghadapi golongan spesis ini. Jika ada tulisan yang menikam lubuk hati mereka, nescaya kata-kata kesat, makian, kutukan dan pelbagai cakap kotor lain menjadi keutamaan. Mereka seolah-olah menonjolkan diri sebagai manusia yang tidak berakhlaq dan tidak berpanduankan kepada ajaran ad-Deen.
Walhal Rasulullah SAW, sebagaimana yang kita tahu tidak pernah mengajarkan umatnya untuk memaki hamun dan berkata buruk pada individu lain. Kita semua tahu tentang ini. Si kecil yang belajar di TADIKA atau TASKI juga mengerti.
Pernah dahulu saya menulis mengenai kata-kata dan akhlaq. Barangkali ada yang terlepas membaca, maka kalian boleh rujuk artikel ini.

Kutukan
Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, kutukan ini sebenarnya lebih bersifat kepada menjahanamkan perasaan orang lain. Dalam erti kata lain, si pengutuk menggunakan senjata kutukan ini demi untuk memuaskan nafsu dan keegoaan sendiri. Bahkan dia akan berbangga sekiranya kutukannya itu menyebabkan hati musuhnya terguris dan terasa.

Itulah sebenarnya kepuasan si pengutuk. Kalau mahu fikirkan faedah, tiada langsung faedah yang diperolehi. Malah beroleh dosa percuma pula. Alhasil, akan wujud perpecahan ketara hingga berlarutan kepada isu-isu lain. Ia tak akan terhenti, sebab dendam kesumat sentiasa menjadi keutamaan.
 

Saat itu, syaitan lekas memainkan peranannya untuk terus mencucuk hati pengutuk supaya jangan ada sehari tanpa mengutuk orang. Kalau boleh kutuk mengutuk ini menjadi hobi sebati hingga akhir hayat.
Melalui ‘Aisyah r.a, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat: “Apakah kalian mengetahui riba yang paling besar di sisi Allah?

Mereka berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”
Rasulullah melanjutkan sabdanya: “Sesungguhnya riba yang paling besar di sisi Allah adalah menghalalkan kehormatan seorang muslim untuk dicemari. Kemudian Rasulullah membaca firman Allah SWT: ‘Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.’ (al-Ahzab: 58)” (Hadis riwayat Abu Ya’la, al-Mundziri dan al-Haitsami berkata periwayatan hadis ini sohih)
Dan juga hadis yang berbunyi:
Dari Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai kata-kata kotor dan perbuatan keji…” (Mutafaq alaih)
Maka tegahan seperti ini adalah terpundak pada setiap muslimin dan muslimat seluruhnya. Barangsiapa yang ingkar, bererti dia tidak mempraktikkan sunnah dan akhlaq Baginda SAW.

Soal saya, apakah si pengutuk itu sedar bahawa ungkapan kata-kata yang dinyatakan itu membawa manfaat? Hanya orang kurang cerdik sahaja mengatakan ia bermanfaat.

Kritikan Membina
Kritikan membina sama sekali berbeza dengan kutukan. Sebab kritikan membina itu kata-katanya disulam peringatan, nasihat berguna untuk penambahbaikan di masa akan datang. Saya percaya, jika benar cara nasihatnya, pasti akan ada yang tertawan (pada akhlaq Islami) dan menerimanya dengan hati terbuka.

Faedahnya cukup besar, di samping beroleh pahala, kita juga mampu memperteguhkan kembali renggangan tali silaturahim. Malah dapat membikin ummah yang berilmu dan berakhlaq mulia.
Tidak sukar, hanya bermodalkan ayat-ayat cinta berhikmah saja.
Pesan Rasulullah SAW lagi:
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam.” (Mutafaq ‘alaih)
Berpandukan pada hadis di atas, Baginda SAW memberikan kita 2 solusi berguna untuk kita.
Pertamanya: Berkata baik. Sesiapa yang suka berkata tentang kebaikan, menyeru tentang kebenaran. Ayuh, teruskan usaha murni kalian. Mungkin di sebalik kata-kata baik itu, kita beroleh pahala yang tak terjangkakan pula.
Keduanya: Diam. Nah, jika mulut kalian atau jari-jemari kalian jenis gemar mengutuk orang – hingga tak boleh berhenti siang dan malam – , diamlah. Diam lebih baik bagimu.
Simple, tapi sukar bukan? Jika begitu, buatlah pilihan tepat sebelum terlambat.

Jgn Zip Mulut camni....

atau camni... (ni zip gigi)

Zip la camni... lagi baik...

dipetik dari: faridrashidi.com

No comments:

Post a Comment