Malu untuk Berbogel, Tapi Tak Malu untuk Berpakaian Tapi Berbogel


Seumur hidup aku, rasanya tak pernah lagi kalau aku pergi ke shopping complex, aku tak nampak perempuan seksi. Kalau aku tak nampak, mungkin aku lupa sebab masa tu aku kecik lagi. Menjengah dewasa ni, tanpa gagal aku pasti akan nampak perempuan seksi di shopping complex.
 

Kalau yang kafir tu, kita sedia maklumlah. Tapi, walau sedia maklum macam mana pun, lelaki yang tak gay, goyah juga imannya. Yang tak boleh terima tu, wanita-wanita muslim tu. Berpakaian ketat, sendat yang mungkin membuatkan nafas tersekat-sekat. Mungkin nafas si pemakai pakaian ketat tu tersekat-sekat sebab pengaliran udara tak baik. Si lelaki yang tengok pun boleh jugak mengalami nafas tersekat-sekat sebab gelojak nafsu yang mencanak-canak. Apakah reaksi anda kalau anda nampak keadaan ini


Apa yang perlu kita fokuskan adalah, 'ada baiknya' perempuan-perempuan jenis ini terus berbogel saja apabila keluar rumah. Yalah, mereka sebenarnya telahpun mempamerkan segala aset tubuh mereka tak kira bentuk kaki, tangan, badan, buah dada, dan punggung. Mereka cuma membalut tubuh saja, bukan menutup aurat. Tapi, apabila disarankan berbogel, pasti mereka malu!
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”[HR Muslim no. 3971] Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.”[Al-Muwatta’, no. 1421]



Inilah kekeliruan yang membunuh. Mereka malu untuk berbogel apabila keluar rumah, tapi mereka tidak malu untuk BERPAKAIAN TETAPI BERBOGEL. Inilah akibatnya apabila anasir-anasir jahat daripada kaum kafir dengan mudah menerobos dalam kehidupan masyarakat hari ini. Apa saja fesyen yang diperkenalkan hari ini, umat Islamlah yang rata-rata menjadi 'pendokong' kepada fesyen itu.

Ada setengah-tengahnya  baru saja balik dari mengerjakan haji atau umrah. Di Mekah pakaian sungguh bersopan dan menutup aurat tetapi sungguh malang sekali mereka tidak mendapat hidayah illahi untuk terus berpakaian begitu tetapi sebaliknya masih dengan tradisi lama mereka iaitu berpakaian sama seperti sebelum ke Mekah


Kemudian, apabila masyarakat mula sedar akan hakikat penutupan aurat, mereka cipta pula fesyen-fesyen yang nampak islamik. Dikenakan tudung pula. Tapi yang lainnya semua ketat-ketat belaka sehingga menyebabkan sang lelaki tak tentu hala. Tak kurang juga mereka membuat fesyen jubah terkini. Kononnya jubah tersebut adalah pakaian muslimah. Tapi ternyata jubah tersebut tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Allah SWT. Contohnya jubah ketat yang menampakkan bentuk dan potongan badan. Fesyen islamik kah ini?

Takkan golongan wanita Melayu baju sendat tidak bertudung ini tidak tahu menahu mengenai pesanan penting dari Ustaz Azhar Idrus ini.  Rata-rata wanita Melayu ini  memiliki beralbum-album gambar peribadi di Facebook yang banyak foto-foto berpakaian ketat sendat dan tidak bertudung di dalamnya. Apakah mereka tidak mengambil pengajaran dari pesanan ustaz tersebut ? Atau mereka memilih kata-kata ustaz yang menarik pada nafsu dan telinga mereka sahaja?

Bila bab nikah kahwin, bab suami pilihan terbuka luas telinga mereka.Bila bab aurat dan adab berpakaian Muslimah terus pekak telinga mereka.


Kepada yang suka berpakaian tetapi berbogel, 'ada baiknya' anda hanya berbogel saja apabila keluar rumah. Anda tidak perlu lagi untuk membeli pakaian yang mahal-mahal. Dan anda juga sebenarnya telahpun menayang aset anda secara percuma. Cuma, anda BALUT saja dengan pakaian ketat tu. 'Apa salahnya' anda terus berbogel saja? Senang bukan? Sebab anda tidak malu untuk berpakaian ketat! Kalau tak malu untuk berpakaian ketat, kenapa nak malu pulak apabila disarankan berbogel saja?

 
Melayu Pakai Tudung Main-Main....Sekejap Ada Sekejap Hilang

Gambar hiasan semata-mata

Terdapat 7 situasi di mana kita boleh menyaksikan perempuan-perempuan Melayu 'free hair' tegar atau perempuan-perempuan Melayu 'kaki malas' bertudung tiba-tiba memakai tudung mereka:
  1. Menziarah jenazah atau ke kubur.
  2. Bernikah di surau atau masjid.
  3. Di majlis doa selamat, solat hajat atau bacaan Yassin.
  4. Masa Ramadhan atau hari raya.
  5. Di pejabat di mana 99% rakan mereka bertudung.
  6. Dalam filem/drama memegang watak Muslimah.
  7. Bila bertandang kerumah mentua.
Bertudung/menjaga aurat tu WAJIB sama macam Solat 5 Waktu. Apa pasal pula timbul isu pakai tudung ikut situasi? Adakah mereka belum sampai SERU atau belum dapat HIDAYAH ALLAH atau akan BERUBAH setelah meningkat DEWASA/TUA atau terus menerus berpakaian seksi dan tidak menutup aurat? atau mereka akan MENUNGGU sehingga aurat mereka DITUTUPKAN AURAT MEREKA BUAT SELAMA-LAMANYA OLEH ORANG LAIN DENGAN KAIN KAFAN SETELAH MEREKA MATI?
Jawapan kepada soalan-soalan di atas itu ada pada diri wanita-wanita berkenaan
Patutlah Sampai Ke Tua Ganyut Tak Tutup Aurat !


Aku suka free hair,
Nak bertudung pun ikut majlis,
Suka dressing sendat-sendat,
Aku suka berleggings bila keluar,
Aku no hal dedah cleavage,
Pakai mini skirt aku ok,
Pakai T-shirt lengan pendek favourite aku,

Pastinya takkan aku nak pilih..
Bakal suami yang akan menghalang kebebasan aku berfesyen ?
Aku tak mahu suami yang mengongkong aku !

Masa meniti masa..
Hari meniti hari..
Akhirnya aku temui lelaki idaman aku,
Yang bakal kujadikan dia suami,
Pilihan aku sendiri sudah pastinya..
Menepati taste aku,

1 tahun sudah..
Aku bergelar isteri..
Aku masih bebas berpakaian seperti masa bercinta dahulu,
Tanpa sekatan dan kongkongan dari suami tersayang..
Dia memang understanding..

Masa meniti masa..
Hari meniti hari..
Kini aku sudah tua ganyutttttt...
Aku masih tidak menutup aurat dengan sempurna !
Padan muka aku
!

Inilah masalah umat yang sangat kronik. Masalah ini hanya dipandang sepi oleh pemerintah. Tiada hukuman dikenakan ke atas 'pembogel-pembogel' ini. Tapi pemerintah kita cukup sibuk menangkap orang yang berdakwah atas alasan mereka adalah ekstrimis, berdakwah tanpa tauliah, dan sebagainya. Apa lagi yang diharapkan daripada pemerintah yang meminta bala daripada Allah SWT ini? Mereka sibuk menangkap dan mengganggu golongan yang menggoyang kedudukan mereka, tetapi tidak sibuk untuk menerapkan hukum-hakam Allah.

*Kepada lelaki, tak bermakna aurat kita ciput, kita boleh sesuka hati dedahkan aurat. Lebih-lebih lagi masa bersukan. Kalau lelaki tengok aurat perempuan nafsu mencanak-canak, tak mustahil bagi perempuan untuk berlaku perkara yang sama.

 Check Suami Anda DAYUS Atau Tidak !


DAYUS menurut seorang Ustaz, dipetik dari sebuah kuliah agamanya dari Youtube (video link).

" Tidak akan masuk syurga lelaki yang Dayus....Apa yang dikatakan Dayus ialah seorang lelaki yang membiarkan (kecantikan) tubuh badan anak isterinya dinikmati oleh lelaki-lelaki bukan muhrim. Bahawasanya, 'dinikmati' itu ada 2 iaitu pertama dinikmati menerusi farajnya dan yang kedua dinikmati menerusi mata (lelaki-lelaki itu)...apabila lelaki-lelaki bukan muhrim itu berasa seronok (seksual) melihat kecantikan tubuhnya, maka si isteri telah jatuh berdosa kerana sengaja berpakaian sedemikian dan si suaminya telah menjadi seorang yang Dayus kerana membiarkan.."

Ramai wanita di Malaysia bangga memiliki suami yang berwajah tampan dan bergaya segak. Ramai wanita juga bangga suami mereka kononnya macho, berbadan tegap dan gagah perkasa. Namun, walau segagah mana pun suami mereka itu, sedangkan si isteri di bawah jagaannya ke hulu ke hilir tidak bertudung malah berpakaian sendat dan ketat atas dan bawah. Dari sudut Islam suami sebegitu adalah LEMBIK dan TIDAK BERCIRI KHALIFAH kerana tidak mampu untuk bertegas menegur isterinya supaya menutup aurat mengikut syariat Islam...

Tudung Style UNTA !


Soalan:
Betul ke lawa pakai tudung style UNTA ni.....?
Lawa ke......gedik..??
Tudung biasa yang old-skool lagi lawa dan sopan !
Betul tak ?
 
 http://www.soutulmujahid.com

Comments

Popular posts from this blog