Memakai Seluar, Memakai Baju dan Berserban… Biarlah dengan Cara Rasulullah S.A.W

 

 Baginda Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

(( وَلاَ تَحْقِرَنَّ شَيْئًا مِنَ الْمَعْرُوفِ وَأَنْ تُكَلِّمَ أَخَاكَ وَأَنْتَ مُنْبَسِطٌ إِلَيْهِ وَجْهُكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنَ الْمَعْرُوفِ وَارْفَعْ إِزَارَكَ إِلَى نِصْفِ السَّاقِ فَإِنْ أَبَيْتَ فَإِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِيَّاكَ وَإِسْبَالَ الإِزَارِ فَإِنَّهَا مِنَ الْمَخِيلَةِ وَإِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ الْمَخِيلَةَ وَإِنِ امْرُؤٌ شَتَمَكَ وَعَيَّرَكَ بِمَا يَعْلَمُ فِيكَ فَلاَ تُعَيِّرْهُ بِمَا تَعْلَمُ فِيهِ فَإِنَّمَا وَبَالُ ذَلِكَ عَلَيْهِ.))

“Jangan engkau lepaskan kenikmatan perbuatan baik walaupun sedikit. Bercakaplah kepada saudaramu dengan wajah yang berseri-seri sebab hal itu juga sebuah kebaikan. Angkat kain sarungmu hingga setengah betis. Jika engkau enggan maka julurkan tepat di atas mata kaki. Janganlah kamu melakukan isbal, sebab isbal itu termasuk perbuatan sombong dan Allah tidak menyukai sifat sombong. Apabila ada seseorang yang mencela dan mencacimu dengan sesuatu yang ia ketahui dari dirimu, maka jangan engkau balas mencercanya dengan sesuatu yang engkau ketahui dari dirinya, sebab bencana tersebut hanya akan menimpa dirinya sendiri.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmidzi, Ahmad r.a.)

‘Isbal’ (melabuhkan pakaian bagi lelaki) itu bukan pada kain sarung saja tetapi juga pada serban, jubah dan baju lengan panjang. Oleh kerana itu janganlah sampai lengan bajunya melepasi pergelangan tangan dan serban jangan sampai hujungnya menjulur hingga kedua-dua pinggul, berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhu dari Nabi Shalallahu’ alaihi wa sallam, Baginda bersabda:

(( الإِسْبَالُ فِي الإِزَارِ وَالْقَمِيصِ وَالْعِمَامَةِ مَنْ جَرَّ مِنْهَا شَيْئًا خُيَلاَءَ لاَ يَنْظُرُ اللهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.))

“Isbal itu ada pada kain sarung, baju panjang dan serban. Sesiapa memanjangkannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat kelak.” (Hadis riwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasa-i dan Ibnu Majah r.a.)

Para ulama telah sepakat bahawa Isbal itu haram jika dilakukan atas dasar sombong dan mereka juga berselisih pendapat jika isbal dilakukan bukan kerana sombong. Dalam pada itu kebanyakan daripada mereka tidak mengharamkan bagi isbal tanpa kesombongan dan para ulama sepakat jika isbal tanpa kesombongan, maka hukumnya adalah makruh.
 
 http://ustazam.blog.com/
1
2
3
4
5
6
7
8
9
 

Comments

Popular posts from this blog