Menjadi Orang Yang Sibuk
Kata
orang, jika sesuatu kerja hendak disiapkan, berikan kerja itu kepada
orang yang sibuk. Eh, betulkah? Memang benar. Justeru orang yang sibuk
sahaja akan menguruskan masa mereka dengan baik. Orang sibuk sahaja
dapat memberi keutamaan kepada kerja-kerja yang banyak – mana yang
utama, mana yang penting.
Tetapi sebelum itu, yang paling penting tanyakan diri terlebih
dahulu, sibuk itu untuk apa? Sibuk atau buat-buat sibuk. Sibuk atau
menyibuk? Sebagai muslim, sibuk kita mesti disebabkan kerana ibadah. Tidak
kiralah ibadah asas, ibadah umum atau ibadah sunat. Atur sahaja
kehidupan mengikut prinsip-prinsip ibadah, nescaya kesebokan kita
berbaloi. Sebok kerana Allah.
Untuk mengatur prioriti pelajari atau telaah sedikit apa yang
dikatakan oleh Dr. Yusuf Al Qardhawi dalam fiqh aulawiyat. Insya-Allah,
banyak panduan di sana. Ah, malu kita dengan para sahaba, masa yang
diberikan kepada mereka dan kita sama sahaja, tetapi mereka bertebaran
ke seluruh muka bumi menyebarkan Islam. 3/4 daripada mereka meninggal
dunia di luar jaziratul Arab. Sampai ke Cyprus, India, China dan Asia.
Tanpa kapal terbang, tanpa kemudahan IT dan alat-alat canggih seperti
yang dimiliki kita hari ini. Sibuk, ya mereka sibu sekali.
Kita? Wah, berapa banyak masa di hadapan TV? Berapa banyak masa
membaca Al-Quran berbanding membaca Koran (akhbar). Kalau nak dikatakan
sibuk, memang sibuk. Ada diantara kita yang sambil memandu atau
menunggang motosikal masih sempat ber'SMS'. Menguyah makanan sambil
berbual di telifon bimbit. Yang berkerja sambil tidak sempat menziarah
ibu-bapa di kampung. Mahasiswa/i atau pelajar di IPT dan IPTA 'terlupa' menalifon ibu-bapa. Sibuk SANGAT
Manusia menjadi hamba apa yang dicintainya. Apa yang kita cintai? Itulah yang akan menyibukkan kita. Ingat, musuh perkara yang 'lebih penting'
ialah perkara yang penting. Para sahabat sudah merasa berdosa jika
mereka tersilap dalam memilih keutamaan dalam melakukan kebaikan – "khilaful Aula".
Kekadang mereka merasakan begitu sukar memilih antara bersedekah
dengan solat sunat, berdakwah dengan berniaga, berjihad dengan menuntut
ilmu, antara yang baik itu, mana yang lebih baik mengikut masa, situasi
dan kondisi. Mereka cintakan Allah, mereka disibukkan kerana Allah.
Dengar apa yang dirintihkan oleh Sayidina Umar Al Khattab, "aku
tidak tidur di malam hari, bimbang urusan ku dengan Allah tidak selesai.
Aku juga tidak tidur di siang hari takut urusanku dengan manusia tidak
selesai." Ertinya apa? Ya, Umar adalah individu yang paling "sibuk" sewaktu memimpin urusan umat Islam.
Ditengah-tengah kekalutan dan keserabutan kita, kononnya terlalu sibuk, "pause" sebentar. Renungi dalam-dalam, panjang-panjang, apa yang sebenarnya kita sebokkan? Bimbang, kesebokkan kita ada satu "deraan" yang kita cipta sendiri akibat membelakangkan kecintaan Allah.
Stress, "tension", boring, adalah toksid baru untuk jiwa manusia moden yang meremehkan kekuasaan Allah. Cari semula pangkal jalan dan tujuan hidup. Tanyakan semula apa yang aku cari dengan hidup yang singkat ini. Ingat kata Imam Safie, "peredaran masa adalah suatu yang aneh, tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya."
Syaitan, musuh yang tidak pernah tidur. Malaikat, pencatat setia
setiap masa. Siapa temanmu dalam kesebokan waktu? Suara siapa yang
sering berbisik di hatimu? Ilham dari para malaikat atau waswas yang
datang daripada syaitan. Kasih-sayang Allah sesungguhnya masih sudi
singgah di hati yang berdosa.
Kekadang "jemputan ke daerah kebaikan" singgah secara tiba-tiba. Kutiplah titipan kasih daripada Allah apabila suara hatimu tiba-tiba berbisik, "sampai bila aku harus begini..." Kata hukama, "apabila seseorang didatangi rasa hati yang begitu, ertinya dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke daerah kebaikan!"
Jangan berlengah lagi wahai diri, perhatikan kesibukan mu. Untuk siapa, apa, kenapa dan ke mana?
Jika ternyata, sudah tersasa, menghindarkan kesibukan kita di akhirat.
Kesibukan di akhirat itu Neraka! Syurga itulah tempat rehat kita.
Allahumma zukna. Amin.
- Artikel iluvislam.com
Comments
Post a Comment