- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Wednesday, September 5, 2012








MENUJU ALAM KUBUR



1. Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima:

A. Harta untuk warisnya.
B. Nyawanya untuk Malaikat Maut.
C. Dagingnya untuk ulat-ulat.
D. Tulangnya untuk tanah.
E. Amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.

2. Apabila bercerai nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

A. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggakan engkau?
B. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
C. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuh engkau?

3. Apabila dihantar ketempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

A. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa engkau lemah?
B. Hai anak Adam di manakah lidah engkau yang fetah bercakap mengapa engkau diam?
C. Hai anak Adam, di manakah kekasih engkau mengapakah yang jadi mulia rakan engkau?

4. Apabila dibawa keatas kain kapan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

A. Hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
B. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
C. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama- lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

5. Apabila mayat dibawa di atas perusung (keranda) maka meyerulah suara dari langit tiga kali:

A. Hai anak Adam berungtunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi orang yang bertaubat. 
B. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagia) kamu jika amal mu baik.
C. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagia) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah Ðan dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang di murkai Allah.

6. Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
A. Wahai anak Adam, segala amalmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
B. Wahai anak Adam, jika amalmu baik kamu akan lihat baik.
C. Wahai anak Adam, jika amalmu buruk maka kamu akan lihat buruk.


Wasiat IMAN ANNAS BIN MALIK RADZIYALLAH

No comments:

Post a Comment