Mimpi Rasulullah S.A.W
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi- mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1
2
3
4
5
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah
didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan
untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu
disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan
azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA
YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang
dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis
lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS
IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai
yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut
dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari
seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,
setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika
itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi
minum hingga dia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan
para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia
datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG
SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam
keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam
keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang
terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan
orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah
SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU
lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara
mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan
api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS
KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api
tersebut.
Buat renungan bersama…
http://mavourneen.wordpress.com
Comments
Post a Comment