MUHASABAH DIRI DALAM KUBUR




ana yang masih berjaga menghadap laptop menerpa ke ruang tamu apabila mendengar handphone bapa berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dan ana yang telah menjawab panggilan tersebut. Makcik ana merangkap sepupu bapa ana, memberitahu bahawa atuk (bapa saudara kepada bapa ana) telah meninggal dunia (baru sahaja sebelum panggilan dibuat). Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun..

Tiada kata, tiada reaksi. Ana hanya diam dan berfikir tanpa disedari ana tertekan butang merah pada kekunci handphone. Dengan langkah perlahan, ana menuju ke bilik dan memaklumkan kepada bapa dan mama ana mengenai berita tersebut. Berita ini menjadikan seisi rumah (walaupun hanya berlima sahaja) berjaga dan buat apa yang patut.


Ana seperti biasa, merangkap PA kepada bapa ana. Mencatat dan perlu diselesaikan dengan segera. Namun, otak ana masih aktif berfikir walaupun mata sudah mahu terpejam. Mati. Ya! Ana berfikir mengenai MATI. Mati itu pasti, mati itu penamat hidup bagi yang bernyawa, mati itu mengerikan, mati itu menyakitkan dan sebagainya.


"Bila tibanya waktu untukku, bagaimanakah keadaanku pada masa itu?". Soalan yang berlegar di fikiran. "Siapakah yang akan menguruskan jenazahku?." "Siapakah yang akan mentalqinkanku?". "Dan siapakah pula yang akan berterusan mendoakanku?". Itu belum lagi persoalan-persoalan yang melibatkan keadaan di dalam kubur yang sentiasa ana fikirkan. Aduh! Ngeri rasanya apatah lagi dalam keadaan diri yang penuh dosa dan alpa.


Dalam Al-Quran malah hadith Nabi saw sendiri membuktikan bahawa kematian itu pasti dan PASTI! Hanya kita tidak mengetahui bilakah dan di manakah kematian itu menjemput kita. Teringat hadith Nabi Muhammad saw mengenai mohon perlindungan daripada seksaan kubur yang sentiasa terpapar menjadi wallpaper laptop ana;


Musa bin Uqbah berkata, "Aku diberitahu oleh (Ummu Khalid 7/158) anak wanita Khalid bin Said bin Ash (Musa berkata, "Aku tidak mendengar seorang pun mendengar dari Nabi selain dia) bahawa puteri Khalid itu mendengar Nabi memohon perlindungan dari seksa kubur."

Abu Hurairah berkata, "Nabi selalu berdoa:

Maksudnya: 
''Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa kubur, seksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'."
                                                                                                                                 (Sohih Bukhari)

Betapa misterinya kematian itu, namun itulah yang akan menghampiri kita. Semoga arwah atuk, muslimin muslimat yang telah meninggal dunia dan kita yang bakal menyusuri mereka diberi kemudahan berhadapan di alam SANA, Amiin Ya Allah!


Comments

Popular posts from this blog