Tujuan Mengenali Allah Adalah Untuk Beribadat

Dr. Fadlan Mohd Othman
Syari’at secara umumnya adalah mengikut semua yang Nabi lakukan. Kemudian tarikat ialah mengikut seorang syeikh, kemudian hakikat iaitu mengEtahui hakikat sebenar kehidupan dan akhirnya barulah ma’rifat iaitu mengenali sebenar-benarnya Allah swt.

Perhatikan, jika Al-Asyairah mengenal Allah adalah matlamat, tasawwuf mengenal Allah juga adalah matlamat. Kerana itu ramai yang sudah ada Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyah, Tauhid Asmaa wa Sifaat dan sifat 20 tetapi masih merasakan ianya tidak cukup. Jadi perlunya mengikut seorang syeikh dan perlu mengamalkan ajaran Islam.

Walau bagaimana pun ianya masih tidak cukup kerana matlamat mereka adalah mengenal Allah. Jadi jika sudah membuat syari’at dan semua masih tidak cukup seperti tidak mengenal Allah lagi. Maka barulah sampai kepada peringkat ke-2 di dalam tasawwuf. Untuk mengenal Allah bukan sahaja perlu membuat amalan yang disuruhnya tetapi perlunya ada guru yang mendidik kita seperti syeikh.

Saya ada mendengar seorang pensyarah berkata, ‘hendak mendapat seorang guru mesti ada 2 orang guru yang bermimpi Nabi berjumpa mereka dan menyatakan dia adalah guru’. Maksudnya 2 orang syeikh yang sedia ada nampak di dalam mimpi mereka bahawa Nabi mengarahkan mereka atau menunjukkan kepada mereka berdua bahawa orang yang ketiga adalah guru juga.

Kemudian barulah kepada tahap hakikat iaitu mengenali dengan lebih terperinci lagi tentang apa hakikat sebenar kejadian dan di situlah apabila sudah bersih jiwa barulah naik kepada peringkat ma’rifat. Peringkat ma’rifat ini insyaallah kelas-kelas yang akan datang kita akan perhatikan bahawa caranya adalah dengan mabuk dahulu. Maksud mabuk di sini bukanlah mabuk meminum arak tetapi mabuk Ilahi. Mabuk ketuhanan ini disebabkan dia telah sucikan dirinya dia akan melihat banyak perkara-perkara yang orang lain tidak boleh melihatnya. Jadi apabila sudah mabuk dia akan berjumpa dengan tuhannya kemudian dia akan sedar kembali. Maka sedar kembali itulah dia akan membawa hikmat yang cukup banyak. Proses inilah yang memerlukan penyucian diri di gua dan sebagainya. ianya dilakukan digua kerana ambilan daripada aqidah-aqidah yang sebelum ini iaitu aqidah Buddha.

Sahabat saya ada yang masuk buddha dan bercerita kepada saya bahawa hendak mendapat satu titik di kepala bukanlah mudah. Untuk mendapat satu titik itu perlu melakukan riadah ataupun bersenam. Dia berkata jika dia tidak makan daging dia akan bertahan lama dan dengan itu barulah dia boleh mendengar bunyi-bunyi yang orang tidak boleh dengar. Itulah juga konsep yang diambil oleh piramit tasawwuf.

Al-Asyariah bukan tidak solat tetapi solat itu tidak termasuk di dalam perbincangan aqidah. Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran salaf menyatakan ibadat termasuk di dalam perbincangan aqidah. Apabila hendak menyebut aqidah bermaksud kamu perlu solat. Tetapi al-asyairah aqidahnya adalah mengenal Allah. Apabila perkara ini tidak ditekankan, maka inilah yang berlaku. Apabila seseorang itu menekankan bahawa, ‘saya hendak belajar kedoktoran, tetapi untuk apa’. Cuba kita letakkan 2 kumpulan, ‘awak belajar doktor awak perlu bedah orang, awak perlu lakukan pelbagai pembedahan untuk menyelamatkan orang’.

Manakala satu kumpulan lagi, ‘awak belajar doktor awak perlu tentang ilmu kedoktoran. Kita tidak tekankan langsung tentang sudut prektikal, maka apakah yang terjadi kepada kedua-duanya? Samalah seperti seorang ustaz disuruh menghafal hadith dan seorang lagi disuruh menghafal dan belajar kesemuanya, tetapi kamu perlu ingat kamu perlu masuk dan berdakwah untuk menyampaikan ilmu itu. Ini adalah 2 perkara yang berbeza. Jika seorang ini disuruh menghafal dan setelah dia habis menghafal dia akan terfikir apa tujuan dia menghafal dan apa yang perlu dilakukan. Tidak diceritakan kepadanya tentang dakwah dan kemungkinan yang berlaku kepadanya adalah dia mungkin boleh menjadikan dakwah itu sebagai sumber pendapatan. Dia akan beranggapan jika tidak ada bayaran maka dia tidak akan berdakwah. Disini menunjukkan orang ini tiada prinsip.

Manakala yang sorang lagi tadi disuruh menghafal dan berdakwah, tetapi berdakwah pula jangan mengharapkan dunia. Dia mempunyai prinsip contohnya dia akan berkata ‘jika hendak memanggil saya untuk berdakwah tiada masalah tetapi saya yang akan tentukan apa yang saya akan cakap’. Dia tidak mahu disuruh seperti contohnya ini adalah tauhid dan ini adalah syirik dan apabila hendak mengenal Allah dia menyuruh mengambil piramit taswwuf dengan kesyirikan, khurafat dan bid’ah yang ada. Maka ibadah itu akan tercemar. Ada pula yang menyatakan apabila hendak solat perlu bayangkan gambar tok guru atau sebagainya.

Jadi inilah kesilapan yang berlaku disini. Bukan mereka tidak solat ataupun zakat tetapi ini tiada di dalam silibus aqidah mereka. Jika dimasukkan pun ianya akan dimasukkan daripada gerakan aqidah salaf ini. Oleh kerana itu seorang al-asyairah telah menguasai pengajian sifat 20 akan di syorkan berguru iaitu masuk tarikat dimana syeikhnya itulah yang bakal memimpinnya kepada mengenali Allah lebih hampir lagi.
Rakaman oleh Abu Aqif Studi

“Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=3Mo7p71zJ5g
1
2
3

Comments

Popular posts from this blog