- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Friday, October 5, 2012







PETIKAN DARI BLOGPERIBADI RASULULLAH





3 amanat penting di pagi Jumaat

by peribadirasulullah
http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/155199_474022235964080_1762964846_n.jpg
1- Rasulullah SAW menunggu selawat daripada umatnya.
2- Sinarilah kubur kita dengan bacaan Surah Al-Kahfi.
3- Jangan sia-siakan waktu doa yang amat mustajab.


6 Selawat yang tersirat 6 rawatan

by peribadirasulullah
http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/541998_3596812272830_1778207905_n.jpg

Syafaat Mu Ya Rasulullah…

by peribadirasulullah
http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/p206x206/385166_178694412225473_783881424_n.jpg
Dari Usman bin Affan dari Abbas, Rasulullah bersabda, “Aku adalah orang yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan membuang tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata, ‘Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahwa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah serta dibenarkan oleh para rasul’.”Ibnu Abbas berkata, “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad. Malaikat Jibril akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian surga.”

Malaikat Jibril akan menyeru, “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad?” Bumi menjawab, “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganungku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad.”

Rasulullah bersabda, “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Israfil bersuara, “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah berdiri, beliau telah membuang tanah di atas kepala dan janggut beliau. Rasulullah melihat kanan dan kiri. Beliau dapati, tiada lagi bangunan. Beliau menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Malaikat Jibril berkata kepada Rasulullah, “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah di tempat yang luas.” Rasulullah bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Jibril menjawab, “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah.”

Rasulullah berkata, “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril bertanya, “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Rasulullah berkata, “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril berkata, “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Rasulullah berkata, “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Jibril berkata, “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Rasulullah berkata, “Niscaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril berkata, “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Malaikat Jibril datang bersama Buraq ke arah Rasulullah. Buraq meronta-ronta, lalu Jibril berkata kepadanya, “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah? Sudahkah Allah perintahkan kepadamu agar mentaatinya?” Buraq menjawab, “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki surga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah akan datang pada hari ini dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Rasulullah bersabda kepada Buraq, “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, niscaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan Rasulullah menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Rasulullah berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil menyeru, “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Allah Yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Dengan demikian, tersusunlah tulang-tulang, urat-urat memanjang, daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebagian mereka akan kekal ke atas sebagian tubuh tanpa roh.

Allah berfirman, “Wahai Israfil! Tiup sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izin-Ku akan penghuni kubur. Sebagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil menjerit, “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuhmu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Allah.”

Allah berfirman, “Demi keagungan dan ketinggian-Ku! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Rasulullah duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Rasulullah merupakan satu umat. Rasulullah berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan. Jibril menyeru, “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Rasulullah berjumpa satu umat, beliau akan bertanya, “Di mana umatku?” Jibril berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa datang, Jibril menyeru, “Tempatmu!” Maka nabi Isa dan Jibril menangis.

Rasulullah bertanya, “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Rasulullah bertanya, “Di mana umatku?” Jibril menjawab, “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Rasulullah menangis lalu bertanya, “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril menjawab, “Lihatlah mereka wahai Muhammad!” Apabila Rasulullah melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada beliau dengan apa yang telah Allah muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan beliau. Rasulullah juga gembira terhadap mereka. Rasulullah bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru, “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Rasulullah berkata, “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah seruan yang menyeru, “Di mana Jibril?” Jibril berkata, “Jibril di hadapan Allah.” Allah berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi, “Di mana umat Muhammad?” Jibril berkata, “Mereka adalah sebaik umat.” Allah berfirman, “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasih-Ku Muhammad bahwa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapan-Ku.”

Malaikat Jibril kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah.” Rasulullah berpaling ke arah umatnya lalu berkata, “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah.”

Orang-orang yang berdosa menangis karena terkejut dan takut akan azab Allah. Rasululah memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah. Allah berfirman, “Wahai hamba-Ku! Dengarkanlah kamu baik-baik kepada-Ku tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”

Hamba-hamba Allah terdiam. Allah berfirman, “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan siapa yang mentaati-Ku. Dan, Aku akan mengazab siapa yang durhaka terhadap-Ku. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!” Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata, “Wahai Malik! Allah telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya, “Apakah hari ini?” Jibril menjawab, “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata, “Wahai Jibril! Adakah Allah telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab, “Ya!” Malik bertanya, “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata, “Di hadapan Allah!”

Malik bertanya lagi, “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril menjawab, “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Anak-anak mulai beruban rambutnya. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Hari kiamat adalah waktu terakhir semua manusia, tidak ada lagi kesempatan untuk bertaubat, padahal Allah Maha Pengampun. Satu-satunya penolong hanyalah syafaat Rasulullah, dan syafaat itu berlaku untuk umat Rasulullah yang mengikuti sunnahnya. Oleh karena itu, marilah kita cintai dan ikuti Rasulullah mulai sekarang sebelum datangnya hari kiamat itu, jangan menganggap hari akhir itu masih lama datangnya, tidak usah menunggu tanda-tanda kiamat dahulu untuk bertaubat, karena dosa sebesar apa pun akan diampuni olah Allah mumpung hayat masih di kandung badan. Semoga kita terhindar dari keganasan malaikat Malik dan Neraka Jahannam. Amin Ya Rabb Al-'Alamin


6 Larangan Rasulullah SAW

by peribadirasulullah
http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/167618_137825252947485_4307627_n.jpg
Dari Warrod dia berkata, “Muawiyah (r.a) pernah menulis kepada Al-Mughirah bin Syu'bah r.a, ‘Tulislah kepadaku tentang apa yang pernah engkau dengar dari Rasulullah saw’.”
“Al-Mughirah lalu menulis, ‘Rasulullah saw melarang dari perkataan;
a). Si fulan mengatakan begini dan begitu,
b). Mensia-siakan harta,
c). Banyak bertanya,
d). Tidak mahu memberi tetapi meminta,
e). Derhaka kepada kedua orang tua dan
f). Mengubur anak perempuan hidup-hidup’.” [0297] Riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad. Juga terdapat dalam Muslim.
Antara Pengajaran :

1. Jangan sesekali malu menuntut ilmu. Kadangkala kita menyangka kita sudah berilmu, tetapi sebenarnya orang yang berilmu itu sentiasa dahagakan ilmu.
2. Menulis dapat menguatkan ingatan.
3. Mengenai enam larangan Rasulullah saw di atas;
a). Si fulan mengatakan begini dan begitu : Haramnya bergosip, mengumpat dan menyebarkan apa sahaja yang didengarnya tanpa mengetahui kesahihan sesuatu perkara itu. Lebih-lebih lagi orang yang menyampaikan sesuatu hadith tanpa mengetahui statusnya walaupun ia keluar dari mulut seseorang yang bergelar ustaz.
b). Mensia-siakan harta : Larangan bersikap boros dan membelanjakan kepada sesuatu yang tidak bermanfaat dan berunsur maksiat. Sekiranya harta itu disedekahkan, maka ia lebih baik.
c). Banyak bertanya : Bertanya perkara yang tidak bermanfaat atau berbaur provokasi atau menyakitkan hati seperti bertanya mengenai perkara-perkara ghaib, pertanyaan untuk melarikan diri dari hukum syariat dan sebagainya.
d). Tidak mahu memberi tetapi meminta : Orang yang tidak mahu berzakat dan bersedekah kerana terlalu bakhil malah menuntut pula sesuatu harta yang bukan haknya seperti menolak faraidh dan seumpamanya.
e). Derhaka kepada kedua orang tua : Sedia maklum.
f). Mengubur anak perempuan hidup-hidup : Larangan membunuh anak jika tidak menyukainya. Larangan ini berterusan dari zaman jahiliyyah hingga ke zaman kita ini. Jelas sejak akhir-akhir ini bukan sahaja anak perempuan, malah anak lelaki juga telah dibunuh. Mereka tidak menguburkannya, tetapi dibuang di tempat sampah, longkang, semak dan pelbagai tempat lagi. Lebih mudah lagi, ada yang mencampakkan sahaja dari dalam rumah ke luar rumah.


Ulamak Yahudi memeluk Islam kerana kesucian wanita Islam

by peribadirasulullah
http://images.alwatanvoice.com/news/large/9998340167.jpg
Ulamak Yahudi Robert Galhm dari Institut Albart Einstein memeluk Islam disebabkan mengakui hukum Iddah dalam selama 3 bulan yang disyariatkan dalam Islam adalah hukum Allah SWT yang paling sempurna. Tempoh masa iddah selama 3 bulan dalam Islam meletakkan wanita Islam benar-benar suci sebelum memulakan pernikahan seterusnya.

أعلن عالم الأجنة روبرت غيلهم، اعتناقه الإسلام، وذلك بعدما أذهلته الآيات القرآنية، التى تحدثت عن عدة المرأة المطلقة، وهو الذى أفنى عمره فى أبحاث تخص البصمة الزوجية للرجل، وتأكد بعد أبحاث مضنية أن بصمة الرجل تزول بعد ثلاثة أشهر.
ونقلت صحيفة المصريون عن الدكتور عبد الباسط محمد السيد أستاذ التحاليل الطبية بالمركز القومى بمصر واستشارى الطب التكميلى قوله : “إن العالم روبرت غيلهم، زعيم اليهود فى معهد ألبارت أنشتاين، والمختص فى علم الأجنة، أعلن إسلامه بمجرد معرفته للحقيقة العلمية ولإعجاز القرآن فى سبب تحديد عدّة الطلاق للمرأة، بمدة 3 أشهر”، حيث أفاد المتحدث أن إقناع العالم غيلهم كان بالأدلة العلمية، والتى مفادها أن جماع الزوجين ينتج عنه ترك الرجل لبصمته الخاصة لدى المرأة، وأن كل شهر من عدم الجماع يسمح بزوال نسبة معينة تتراوح ما بين 25 إلى 30 بالمائة، وبعد الأشهر الثلاثة تزول البصمة كليًا، مما يعنى أن المطلقة تصبح قابلة لتلقى بصمة رجل آخر.
وتلك الحقيقة دفعت عالم الأجنة اليهودى للقيام بتحقيق فى حى أفارقة مسلمين بأمريكا، تبين أن كل النساء يحملن بصمات أزواجهن فقط، فيما بينت التحريات العلمية فى حى آخر لأمريكيات متحررات أنهن يمتلكن بصمات متعددة من اثنتين إلى ثلاث، مما يوضح أنهن يمارسن العملية الجنسية خارج الأطر الشرعية المتمثلة فى الزواج.
وكانت الحقيقة مذهلة للعالم حينما قام بإجراء التحاليل على زوجته ليتبين أنها تمتلك ثلاث بصمات، مما يعنى أنها كانت تخونه، وذهب به الحد لاكتشاف أن واحدًا من أصل ثلاثة أبناء فقط هو ابنه، وعلى إثر ذلك اقتنع أن الإسلام هو الدين الوحيد الذى يضمن حصانة المرأة وتماسك المجتمع، وأن المرأة المسلمة أنظف امرأة على وجه الأرض.
Terjemahan  Google

Diisytiharkan dunia Robert Galhm embrio, menukar kepada Islam, selepas dia ayat mimpi Al-Quran, yang bercakap tentang bilangan wanita bercerai, yang Ifni lama dalam penyelidikan yang berkaitan dengan jejak perkahwinan lelaki itu, dan pastikan selepas sungguh-sungguh penyelidikan untuk cap jari lelaki itu hilang selepas tiga bulan.

Akhbar dipetik di Mesir untuk profesor Dr Abdel Basset Mohamed al-Sayed ujian perubatan di Pusat-Negara di Mesir dan yang Perubatan Komplementari nasihat sebagai berkata: "Dunia Robert Galhm, pemimpin Yahudi di di Institut Albart Einstein, dan berwibawa dalam kajian embriologi, mengumumkan penukaran beliau kepada Islam tidak lama lagi tahu kebenaran saintifik dan batang Al-Quran ke dalam punca pilih pelbagai Perceraian untuk Wanita, tempoh 3 bulan ", di mana menurut jurucakap itu meyakinkan yang Galhm dunia adalah bukti saintifik, dan yang kesan bahawa itu hubungan pasangan itu menghasilkan meninggalkan lelaki itu untuk cetakan sendiri beliau untuk wanita, dan bahawa setiap bulan hubungan bukan-membolehkan yang kematian peratusan satu tertentu dari 25 hingga 30 peratus , dan selepas tiga bulan dari jejak sepenuhnya, yang bermaksud bahawa mutlak menjadi bertanggungjawab untuk menerima jejak lelaki lain.

Bahawa fakta mendorong embrio dunia Yahudi lakukan untuk mencapai itu Daerah Afrika umat Islam di Amerika, menunjukkan bahawa semua wanita mempunyai yang cap jari suami mereka sahaja, manakala menunjukkan siasatan saintifik dalam kejiranan lain bagi Amerika membebaskan mereka mempunyai cap jari gandaan dua kepada tiga, membuat ia jelas bahawa mereka terlibat dalam hubungan seks luar kesahihan rangka kerja perkahwinan.

The dunia fakta menakjubkan apabila dia menjalankan molekul ke atas isterinya untuk membuktikan ia memiliki 3 cap jari, yang bermakna ia telah mengkhianati, dan pergi oleh pengurangan untuk mengetahui bahawa 1 daripada tiga kanak-kanak adalah hanya anak, dan kemudiannya yakin bahawa Islam adalah yang agama sahaja yang menjamin wanita imuniti dan perpaduan masyarakat, dan bahawa pembersih wanita wanita Islam di atas muka bumi.


Warga Britain memeluk Islam secara langsung-SubhanAllah

by peribadirasulullah
http://images.alwatanvoice.com/news/large/9998340887.jpg
 anda akan mengalir airmata menyaksikan video ini, Alhamdulillah


Buku Agama Islam di Britain mendapat sambutan kerana filem penghinaan Islam

الفيلم المسيء يرفع مبيعات كتب الإسلام في بريطانيا
http://images.alwatanvoice.com/news/thumbs/9998344043.jpg
الفيلم المسيء يرفع مبيعات كتب الإسلام في بريطانيا
Penjualan buku-buku  berkaitan agama Islam makin meningkat setelah berlaku penghinaan terhadap Rasulullah SAW melalui filem. SubhanAllah.

 http://peribadirasulullah.wordpress.com

No comments:

Post a Comment