- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Saturday, October 6, 2012







Amalan Turun Padang Secara Terancang Tidak Berkesan


Datuk Seri Ali Hamsa ketika mengambil alih jawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada penghujung Jun lalu, bertekad untuk turun padang bagi melihat sendiri proses penyampaian penjawat awam negara ini.

Tekad ini tentunya dari niat murni untuk memastikan tugas diamanahkan kepada penjawat awam dilakukan dengan cekap dan berkesan.


Pada masa sama, penjawat awam sendiri haruslah sedar mengenai amanah dan tanggungjawab masing-masing. Sesekali ketua jabatan perlu turun melihat sendiri masalah dihadapi pegawai, mendengar rintihan orang ramai dan membantu mengatasinya.


Ada masalah berpunca daripada sikap dan amalan yang tertinggal jauh di belakang dan ada daripada masalah kecil dan remeh yang dibiarkan berpanjangan.


Apabila sudah menjadi amalan sebati dengan seseorang, maka akan teruslah kekal sehingga benar-benar dilihat semula kesesuaiannya, diberikan teguran, bimbingan dan latihan, malah ada ketikanya tindakan tegas sebagai satu pengajaran.


Walau pun kelihatan remeh, namun dalam banyak keadaan turun padang akan menghasilkan banyak “penemuan” yang kadang-kadang boleh membuat kita termenung seketika mengenai perlakuan dalam organisasi” Sikap peri kemanusiaan melampau juga memberi kesan besar kepada sesetengah mereka yang boleh dianggap dalam istilah pengurusan dan pemasaran sebagai “sabotaj perkhidmatan” yang mengganggu kelicinan kerja kerana belas kasihan dan peraturan yang menyukarkan sesuatu tindakan diambil terhadap mereka yang nyata melanggar disiplin, bersikap sambil lewa dan tidak amanah sehingga masalah itu berpanjangan.


Ia sukar untuk ditangani, malah melemahkan semangat mereka yang benar-benar bekerja keras melaksanakan amanah.


Pilihan yang ada adalah jelas. Tindakan perlu diambil dan tidak menjadikannya sebagai faktor yang mengganggu sesuatu proses kerja sama ada dalam apa jua bidang tanggungjawab yang ada, walau pun pada masa sama sikap hati-hati penting agar tidak ada yang teraniaya.


Turun padang yang paling berkesan dan effektif adalah mengadakan lawatan mengejut yang tidak dirancang seperti yang dilakukan oleh Dato' Hassan Ibrahim dan Dato' Ishak Tadin semasa menjawat jawatan Kerajaan. Ini bermakna seseorang itu, pada mana-mana peringkat termasuk pengurusan tertinggi termasuk Ketua Setiausaha Negara dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian serta Ketua Pengarah-Ketua Pengarah, perlulah mengadakan lawatan mengejut dan melihat sendiri apa yang terjadi. 


Dengan tindakan turun padang membuat lawatan mengejut maka mereka akan dapat melihat sendiri tahap penyampaian perkhidmatan untuk memastikan tidak berlaku kelewatan dalam penyediaan perkhidmatan. Amalkan budaya turun padang ini ke lokasi penduduk, pusat-pusat operasi dan lawatan-lawatan tapak untuk mendapatkan maklumat dan keadaan sebenar yang boleh membantu meningkatkan tahap perkhidmatan di samping sebagai input dalam merangka dasar dan program Jabatan/Agensi.

Walau pun kelihatan remeh, namun dalam banyak keadaan turun padang secara mengejut adalah satu cara yang paling berkesan dan akan menghasilkan banyak “penemuan” yang kadang-kadang boleh membuat kita termenung seketika mengenai perlakuan dalam organisasi.


Ia boleh membuat kita melakukan muhasabah diri mengenai kepemimpinan seseorang pegawai, dan ketua jabatan, proses pelaksanaan kerja dan perancangan masa hadapannya bagi mengelakkan berlakunya pembaziran, kekhilafan dalam pelaksanaan peraturan apatah lagi untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti.


Memanglah secara idealnya dikatakan setiap pekerja dalam organisasi dan institusi sewajibnya mempunyai integriti, etika dan hemah tinggi dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang ada.


Idealnya juga, diharapkan sesuatu tempat kerja lebih anjal, bertolak ansur, menjaga kebajikan dan suatu tempat yang seronok dan membahagiakan kerana seseorang itu seringkalinya menghabiskan masa tidak kurang dari lapan jam, malah ada yang melebih 12 jam sehari. Malah ada juga yang terlampau "workerhorlick" akan mengadakan mesyuarat seawal jam 6.30 pagi dan mesyuarat terakhir akan habis jam 11.30 malam. 


Oleh kerana itu, satu daripada penyelesaiannya seharusnya bertolak daripada kesungguhan untuk turun padang dalam kalangan ketua-ketua jabatan dan mereka yang diberikan amanah untuk menyelia dan membuat pemantauan tanpa perlu ‘pukulan kompang’ dan notis awal dengan susun atur yang penuh upacara yang hanya membuang masa. Tambahan lagi  kerana selalunya taklimat ketua jabatan adalah flowery story dan hanya yang muluk2 sahaja, yang lain disimpan.


Ia adalah sebahagian dari proses kerja untuk melihat bagaimana seorang pembantu pejabat membancuh kopi, tukang sapu mencuci longkang sehinggalah kepada seorang pegawai yang berada dalam pejabatnya menyiapkan tugasan.


Lihat sendiri orang ramai beratur panjang dan sejauh mana benarnya “teknologi” yang dikatakan meningkatkan kecekapan. Lihat juga himpunan sampah sekitar kawasan dan bangunan, sehinggalah pengoperasian


sesuatu tempat, bangunan atau pun premis dan bagaimana proses kerja berjalan, di kaunter perkhidmatan, menjawab panggilan telefon, mengajar dalam bilik darjah dan kuliah, kedatangan ke tempat kerja dan pelbagai lagi secara terperinci.


Teknologi dan ilmu pengetahuan terkini semata-mata tidak akan memberi kesan dalam mengurus tadbir perkhidmatan awam, organisasi dan institusi.


Jika manusia yang menggunakan teknologi dan sepatutnya mendapat faedah daripadanya tidak melaksanakan amanah, diawasi dan dipantau akan terdapat kecuaian, kegagalan berfungsi dan disalahgunakan, apatah lagi jika kita juga makin jauh dari Tuhan.


Kepercayaan dan keyakinan yang kuat kepada Tuhan sepatutnya menjadi sumber integriti yang paling berkesan kerana kita boleh lepas daripada pandangan sesama manusia tetapi tidak dapat lari pandangan-Nya Dialah sebenarnya menjadi seluruh pancaindera dan hati nurani kita yang mengawasi setiap tindakan yang dibuat.
 
http://mail.aol.com/37058-111/aol-6/en-us/mail/get-attachment.aspx?uid=29932080&folder=Inbox&partId=1 http://mail.aol.com/37058-111/aol-6/en-us/mail/get-attachment.aspx?uid=29932120&folder=Inbox&partId=1
Lihatlah iklan-iklan haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan yang tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa terutamanya di Lembah Kelang. Walaupun mekanisma telahpun ada, tetapi ianya tidak laksanakan oleh pihak berkuasa. 
 
Pengemis-pengemis warga negara asing menjaja barang2 ditepi jalan disekitar Lembah Kelang yang tidak diambil tindakan dan mereka ini bermaharajalela
 
 
INI KERJA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DIBAWAH KEMENTERIAN WANITA, PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT. BAGI KITA, PERASAAN KESIAN TETAP ADA. PERLU BUAT PEMANTAUAN SENDIKIT. JABATAN KEBAJIKAN, ADA RUMAH PENGEMIS , LETAKKAN MEREKA DISANA

Apabila ada dalam kalangan “mamanda” yang memberikan laporan “segalanya baik dan semuanya beres serta terkawal” eloklah ada sedikit perasaan curiga dan ingin melihat sendiri segala yang dilapor dan dikata. Barangkali ada dinding yang retak, atap yang berlubang atau rakyat jelata yang menangisi sawah yang tidak menjadi atau anak buah yang mati dalam “kepuk padi” atau ada perkhidmatan yg tidak merakyatkan perkhidmatan.

Oleh itu, mekanisma turun padang yang paling berkesan adalah dengan mengadakan lawatan mengejut yang dapat melihat realiti sebenarnya dan pada masa yang sama dapat menjimatkan wang Kerajaan dari mengadakan jamuan semasa lawatan berjadual. 

Sebagai penjawat awam, mentaliti silo atau bekerja bersendirian mestilah diketepikan. Dengan ini, idea-idea baru yang bukan bersifat konvensional akan dapat dijana daripada pemikiran kreativiti dan pendekatan yang inovatif seterusnya meningkatkan lagi produktiviti penyampaian sektor awam.

Langkah mengadakan lawatan mengejut juga akan merealisasikan agenda “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” bagi memberikan perkhidmatan terbaik terus kepada rakyat, disamping memperaktikan budaya engagement dengan pihak-pihak berkepentingan dan budaya konsultasi juga boleh dilaksanakan bagi menyelesaikan isu yang melibatkan pelbagai golongan pengguna dan target group sesuatu perkhidmatan.

 Dengan demikian, sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan akan berupaya ‘delight the customer’.

No comments:

Post a Comment