- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, October 2, 2012










BERITA PEMBINAAN Masjid Al-Mustaqim BSP, DI BANDAR SERI PUTRA, BANGI, SELANGOR



Dana terkumpul kini mencecah RM2,863,558.63 (berakhir bulan Ogos 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-34 pada 21 September 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

- bulan Julai-Ogos 2012 = RM1,241,080.86 (RM 1 juta adalah peruntukan JPM yang disalurkan melalui Pejabat ICU Selangor)

  • Masjid Al-Mustaqim BSP Sedikit Perkembangan Mutakhir perbincangan ketika mesyuarat:

    - JK Pembinaan dimaklumkan kerja-kerja cerucuk akan siap sebelum 31 Oktober 2012 dengan progress terkini kira-kira 60% kerja-kerja telah siap (mengikut laporan 19 Sept 2012)

    - MPKJ telah mengeluarkan surat kelulusan rasmi pelan masjid pada 13 Julai 2012 lalu. Salinan surat ini serta pelan-pelan telah dihantar ke LHDN untuk tindakan selanjutnya.
     
    - Dengan kelulusan rasmi pelan ini, JK Pembinaan menjangkaan akan dapat mengeluarkan dokumen untuk tender pembinaan struktur bangunan seawal pertengahan November ini, dan kerja-kerja pembinaan bangunan masjid dijangka akan bermula pada awal Januari 2013.
    AJK Pembinaan sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan Yayasan Al Bukhari dan mohon mendoakan agar Yayasan itu akan menyumbang satu jumlah dana yang ‘substantial’ kepada dana pembinaan Masjid kita.
     
    - JK Pembinaan dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Selangor juga telah bersetuju untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sehingga nilai RM50,000 setahun berdasarkan bil.
     
    - Setiausaha JK Pembinaan juga telah mengirim kira-kira 2 ribu pucuk surat dalam fasa ke-2 bagi memohon dana daripada syarikat dan badan korporat yang telah dikenalpasti.
     - JK Pembinaan juga telah meluluskan pembinaan billboard besar untuk mempamerkan kutipan terkini Tabung Dana Pembinaan di tapak masjid. Langkah ini diharap dapat menaikkan semangat warga BSP untuk menyumbang ke dalam Tabung Pembinaan.

    -  Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.
    -   Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

    OLEH ITU  PEMBACA BUDIMAN DI POHON UNTUK MENYUMBANGKAN WANG YANG DIKECUALIKAN INCOME TAX UNTUK PEMBINAAN Masjid Al-Mustaqim di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor atas tapak disediakan oleh pemaju Bandar Seri Putra. SUMBANGAN BOLEH DIKREDITKAN ATAS Nama Akaun: MASJID AL-MUSTAQIM
    - Maybank Islamic : 5628 3450 4024 
    - CIMB Islamic: 12 3700 006 081 08
    - Bank Islam : 1202 9010 0595 85

    Resit rasmi boleh diperolehi daripada Bendahari (sdr Ahmad Nizam tel:019-2462115) atau
    Setiausaha (Tn. Hj. Anwar tel: 019-8852321)

No comments:

Post a Comment